Tuesday, June 23, 2009

suara hatiku




Maha Suci Allah zat yg berkuasa ke atas alam semesta juga pemilik jasad ini. Aku bersyukur padaMu ya Ilahi atas segala nikmat kurniaanMU buat diri ini. Ya Allah, hambaMU melakukan terlalu banyak dosa2 tapi Kau tetap memberikan aku nikmatMU. Terasa tak layak untuk semua ini ya Allah.

Hamba bersujud memohon pengampunan dariMU. Ampunkan segala dosa-dosaku .HambaMU terasa bertuah menghuni alam milikMU ini kerana KAU begitu penyayang begitu pemurah kepadaku. Ya Allah, tetapkan& kukuhkan keimanan dalam hatiku ini. Moga apa yg ku rasakan kini berkekalan ya Allah.

Sebelum ini sahabat aku, jie pernah menangis satu masa dahulu kerana dia terpedaya dengan cinta manusia seketika, lantas dia merasakan Allah sudah tidak memperdulikannya, dia merasakan sudah kehilangan rasa berada di bawah perlindunganNYA. Saat itu aku belum mengerti setiap yg dia katakan kerana aku masih jauh dariMU,masih tak mengenalMU.Tapi kini aku mula memahami segala yg dia perkatakan. Terima kasih sahabat untuk semua itu.

Ya Allah, aturanMU adalah yg terbaik& terhebat buat diri ini. Segalanya bagaikan mimpi buat diri ini tapi hakikatnya semuanya adalah realiti dalam hidupku. Inilah yg telah KAU tetapkan buatku. Ya ALLAH, semoga hari-hari ku yg bakal berlalu hanyalah untukMU, untuk agamaMU…benarkanlah aku YA ALLAH untuk terus mendekati MU, untuk terus merasai perlindungan di bawah rahmat kasihMU.

YA ALLAH, Kau kuatkanlah jalinan kasih sayang antara aku dengan hamba2 MU yg menyintaiMU. Semoga aku dapat menimba ilmu dari mereka& lantas menjadi hambaMU yg bertakwa. Terima kasih yg tak terhingga buat teman2 yg disayangi. Tak terbalas jasa2 kalian buat diri ini….

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.