Saturday, November 20, 2010

Amanah....


Cuti ini aku berpeluang untuk menemui seorang teman lama semasa sekolah dahulu. Alhamdulillah atas kesempatan yg Allah berikan buat diri ini. Masa yg dihabiskan begitu bermakna kerana sahabatku ini berpeluang meluahkan segala masalahnya. Ujian datang mencurah-curah buatnya, ujian hidup membuatkan dirinya makin kurus& tampak tak bermaya. Semasa berhenti di tempat parking dia mula membuka segala kekusutan dalam jiwanya dan kami duduk di dalam kereta hampir 30 minit.Satu demi satu masalah diceritakan kepadaku sambil air matanya mengalir tanpa henti. Kemudian aku menemaninya membeli barangan untuk dibawa ke tempat kerja baru kelak.

Setelah habis membeli barangan kami menuju ke kedai untuk minum. Perbincangan di sambung semula mengenai apa yg berlaku dalam hidupnya. Aku hanya mampu menenangkan dirinya sambil tak putus2 memberi semangat buat dirinya. Ujian buat dirinya memang berat, setiap malam dia akan menangis sehinggalah dia tertidur. Kata sahabatku, dia tak mampu hidup bersendirian, dia tiada kekuatan kerana tiada orang yg memberikan sokongan juga semangat kepadanya. Dia kata alangkah bahagianya kiranya dia punya sahabat yg ramai seperti aku, hinggakan dia mahu mengajak aku menemaninya ke tempat kerja barunya untuk terus memberikan semangat juga nasihat kepada dirinya.

Terasa serba salah diri ini kerana jelaslah aku bukanlah sahabat yg baik apalagi seorang da’ie. Berdosanya aku pada dirimu sahabat kerana membiarkan kau terumbang ambing selama ini, kau ku biarkan tanpa aku bertanya khabar berita. Aku sekadar mengetahui keadaanmu dari facebook,membaca statusmu yg sering berada dalam kesedihan, tapi aku tidak sungguh bertanya tentang khabarmu kerna aku terlalu sibuk dengan duniaku…aku sibuk membina diriku dan orang lain di sini tanpa aku sedari masih ramai yg memerlukan aku…maafkan aku semua….aku bersalah kepada kalian….aku gagal menjalankan tanggungjawab aku sebagai sesama muslim. Perasaan bersalah mencengkam hatiku ini…

Dari saat itu aku tersedar, masih ramai insan di luar sana yg dahagakan cahaya Ilahi yg mendambakan kasihNya. Mungkin kerana tiada orang yg menyampaikan kepada mereka maka mereka terus dalam kegelapan. Aku khuatir nanti mereka akan meyalahkan aku tika di akhirat sana kerana tidak mengajak mereka kepada kebenaran, tidak membantu mereka tika mereka meraba dalam kegelapan.

Ya Allah, kuatkan aku…kuatkan aku…..aku hanyalah insan lemah, insan hina. Kuatkan fizikal& rohaniku untuk aku membantu insan lain. Untuk aku menyampaikan nur Islam kepada seluruh manusia. Aku ingin setiap nafasku dihazafkan untuk menyebarkan kalimah Allah…bagi memastikan kemanisan Islam sampai kepada setiap individu di bumi ini. Walau aku tidak punya ilmu juga kelebihan seperti orang lain, tapi akan aku berikan apa yg aku termampu, akan aku kongsikan apa yg aku ketahui dan juga akan aku sayangi mereka sepenuh hati kerana kita semua adalah bersaudara.

Ya Allah, Kau saksikanlah aku berjanji untuk meyerahkan seluruh hidupku kepadaMu , untuk meninggikan syiarKu di bumi milikMu ini…….

Mujahadahku...

Friday, November 19, 2010

Anugerah....


Bismillah hirahman nirrahim………

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Anugerah dariMu ya Allah, cahaya hidayah buat menerangi kehidupanku yg masih tersisa ini. Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana nur yg memancar dalam hidup ini. Tidak pernah terdetik hati ini bahawa aku akan merasai hidayah Allah yg terlalu indah. Aku pasti ramai yg telah melalui apa yg aku lalui, ditunjukkan jalan pulang setelah kian lama lemas dalam dunia yg menyempitkan nafas ini.

Iman dalam diri kita ini ada naik turunnya, dan tika iman sedang memuncak maka segala yg kita lakukan terasa ada ruhnya tapi apabila iman sedang menurun, kekosongan merobek hati. Terasa semuanya serba tak kena, ibadah pun mula hilang lazatnya. Maka, saat itu kita harus sensitive dengan diri kita, jangan biarkan diri kita terus jatuh menjunam, jangan biarkan syaitan menang menguasai diri kita. Bangkitlah, perbaharui niat kita, sucikan kembali hatimu. Mungkin kerana terlalu asyik dengan urusan dunia menyebabkan kita alpa kepada kekasih hati kita.

Rawatlah hati yg sedang mendambakan kasih Ilahi itu tapi sepertimana pahitnya ubat untuk merawat penyakit seperti itu jugalah pahitnya ubat untuk merawat hati kita. Berzikir, solat sunat, qiyam, membaca Al Quran, berselawat… semuanya pasti terasa berat untuk dilakukan, tapi itulah ubat yg paling mujarab untuk menyembuhkan hati yg sedang menderita. Biar terpaksa pada awalnya, kerana akhirnya pasti akan muncul kemanisannya.

Walau kita kalah dalam mujahadah kita tetapi janganlah berputus asa. Teruskan bermujahadah walaupun kita rasa terseksa walau kita rasa menderita ,kerana Allah melihat tiap usaha kita, tiap tangisan kita. Apa yg penting agar kita terus berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada pencipta kita. Tiada apa yg kita cari dalam hidup ini melainkan ‘Mardhatillah’ iaitu keredhaan Ilahi. Hanya padaNya kita sandarkan seluruh hidup kita, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku juga matiku hanyalah untukMu ya Allah. Terimalah pengabdian kami ini ya Allah………..

Mujahadahku...

Tuesday, October 26, 2010

.:Cont'd Shahadatul Haq:.




Jadi, maksud sebenar syahadatul-haq ini adalah menjelaskan kpd seluruh manusia tentang kebenaran yg nyata ini dan membimbing mereka utk melalui satu2nya jalan yg menghubungkn mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai contoh, kita singkap kembali kisah Abu Dzar Al-Ghiffari yg apabila dia beriman, tanpa ditunggu2 terus dia menyeru org ramai supaya turut beriman, walaupun dia tahu dia akan dipukul teruk oleh org2 kafir Quraisy. Kerana Abu Dzar merasai sgt indahnya Islam tu, seboleh2nya dia nk org lain merasakan juga apa yg dia rasa..

Ada satu lg soalan yg perlu dibangkitkan di sini. Apakah yg dimaksudkan dgn ‘aku naik saksi’ or ‘aku bersaksi’ dlm kalimah syahadah tu? Ia bukan shj membawa maksud yg kita mengakui dgn sepenuh hati, lisan dan perbuatan yg tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, tp ia membawa maksud yg lebih luas dr itu. Utk menjawab soalan ini, mari kita renung ayat ni:

“Dan demikian pula Kami menjadikan kamu (umat Islam) ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…”
Al-Baqarah: 143


Di dalam ayat tersebut, Allah ada menyebut yg umat islam ini adalah umat pertengahan. Apakah maksud umat pertengahan tu? Maksudnya, kita (umat islam) adalah perantara antara Rasulullah dan manusia seluruhnya, utk menyampaikan kalimah Allah di muka bumi. Umat islam ini menjadi saksi kepada org lain tntg kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu sendiri menjadi saksi kpd kita.

Baiklah, apa maksud saksi tu?? Analoginya seperti ini..

Ada sebuah syarikat, dia ada buat produk menguruskan badan. Macam mana nk menjual produk tu? Tentulah dgn membuat promosi habis2an, buat iklan utk tunjuk keberkesanan produk yg dijual. Bukan setakat iklan je, dia ambik bbrp org utk jadi model / saksi kpd org ramai, nk tunjukkan yg dlm bbrp minggu je, model2 ni dh kurus melidi.. barulah org percaya, kan?

Macam tu jugakla dgn kita. Sbg seorang muslim, kita adalah saksi kpd manusia yg lain tentang keindahan dan kesempurnaan Islam. Kita kena tunjukkan dan yakinkan org lain bahawa Islam itu agama yg benar, yg membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

Jadi, jelaslah di sini maksud ‘syahadatul-haq’.Tuntutan syahadatul-haq ini telah Allah sebut dalam firman-Nya:

“..Katakanlah: “Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?” Allah tidk lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.”
Al-Baqarah: 140


Jelaslah di sini bahawa Allah menuntut kita supaya melaksanakan tuntutan syahadatul-haq ni. Nnti di akhirat kelak, jika ada org bukan Islam yg berhujah dgn Allah, mengatakan yg dia tidak tahu Islam sbb tiada yg bgtahu kt dia, macam mana? Seandainya dia menuding jari kt kita, menyalahkan kita yg x pernah berusaha utk menerangkan tntg Islam kpd dia? Nauzubillah.. (takut pula bila fikirkan pasal ni.)

Tapi, bagaimanakah caranya utk menunaikan tuntutan ini? Sebab tu kita kena berdakwah.Ada org bila dgr word ‘dakwah’, diorg dh takut dh. jangan, usah takut dgn perkataan dakwah ni.

‘Dakwah’ dalam bahasanya bermaksud ‘mengajak’. Apabila kita hendak berdakwah, bukanlah bermaksud kena buat program yang besar-besaran itu dan ini, atau berceramah pasal agama je. Ajak org pegi program pun sudah dikira berdakwah. Bercerita kisah2 pengajaran, berbuat baik dgn org, membantu org yg dibelenggu kesusahan pun dikira berdakwah juga. Kadang2 dgn senyuman pun kita dh boleh berdakwah. Mana tau, bila kita senyum kat org yg buat tak elok/menyakitkan hati kita, terbuka hati dia utk berhenti drpd menyakiti org lain ke..kan?

Dakwah ini ada dua. Bukan sahaja kita berdakwah kpd org yg bukan islam utk mengajak kpd Islam, tp yang lebih penting, kita juga perlu berdakwah kpd org yg sudah sedia islam, supaya dpt bersama2 memahami Islam yg sebenar, dan mengikut segala ajarannya.. Segala apa yg kita lakukan perlu dijaga. Bukan sahaja utk diri kita sendiri, tapi kita membawa imej Islam di mata org lain. Kalau kita sebut je yg Islam itu bagus, tapi tak menunjukkan bukti, susah org nk percaya..

Oleh itu, marilah kita sama2 muhasabah balik diri kita, adakah kita telah menunaikan tuntutan syahadatul-haq ini.. Jika belum, sama2lah kita berusaha utk menunaikannya. Bekerjalah! Sesungguhnya Allah melihat apa yang kalian lakukan untuk agamaNYa..
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh…” (At Taubah:111 )

NuurIlahi

Part 1 SH




Syahadatul Haq

15 October 2010, Alhamdulillah telah Allah memberi peluang kpd kami untuk lebih memahami erti sebenar syahadah, apa ertinya penyaksian selama ini..penyaksian kepada sebuah kebenaran.. Syahadatul Haq= penyaksian kebenaran. Bagaimana yang dikatakan dengan ‘penyaksian’? Samakah maksudnya dengan ‘pengakuan’?

Analoginya seperti ini, ketika Mr X sedang dalam perjalanan pulang, tiba2 Mr X ternampak satu kemalangan yang melibatkan seorang budak lelaki dilanggar oleh sebuah lori membawa barang2. Di mahkamah, Mr X berkata di hadapan hakim:

“ Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak itu dilanggar lori!”

Jadi, kita boleh katakan Mr X sebenarnya adalah seorang ‘syahid’, atau ‘orang yang naik saksi’. Agaknya, kenapa Mr X tak mengatakan sebegini-

Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan lori.”

Shbt2 nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.

Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.

Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".

Semoga dengan kasih sayang dan rahmatNya, kita memahami dengan jelasnya sekarang. Lalu, apa ertinya setiap hari kita ucapkan--

‘Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi Muhammad SAW pesuruh Allah’?


Atau ianya hanya sekadar di lisan, diucapkan ketika solat, dan selepas itu ianya berlalu tanpa ada apa2 yang berbekas di jiwa dan berlalu sehari-hari tanpa dibuktikan dengan apa2 tindakan dlm kehidupan?

Mari kita semak wahyu pertama yang Allah turunkan:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Al-‘Alaq (96) : 1-5


Dalam wahyu yang pertama ni, Allah mengenalkan Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana (Allah SWT) kpd Rasulullah SAW. Pada saat itu, Rasulullah sgt ketakutan dan baginda terus pulang ke rumah dan menyelimutkan diri. Semasa masih ketakutan, Allah turunkan pula wahyu-Nya yg kedua:

“Wahai orang yang berselimut. Bangunlah dan berilah peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji, dan janganlah engkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah. ”
Al-Muddassir (74) : 1-7


Kalau kita renung sejenak, first wahyu adalah utk beriman dgn Tuhan Yang Maha Esa, kemudian lepas tu Allah menyuruh Rasulullah bangun untuk memberi peringatan kepada manusia, bukannya suruh solat lima waktu sehari semalam or berpuasa di bulan Ramadhan. Kenapa ye?

Macam tu jugalah dgn Islam. bg kita yg dh bertemu jalan yg benar, sudah sepatutnya lah kita memberitahu dan mengajak org lain yg masih belum dapat sinar, agar kita sama2 menjadi org yg beruntung. Biar sebanyak mana pun dosa yg dilakukan, kalau kita yakin dgn syahadah kita bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, dan selagi tidak melakukan benda2 yg boleh membawa kpd syirik, tanggunggajawab dan beban dakwah itu tetap tergantung pada bahu kita. Seandainya keyakinan kepada syahadah yang diucapkan setiap hari itu kekal ‘bersarang’ dalam diri kita, kita pasti akan berusaha membersihkan diri kita kepada ‘zero maksiat’ walaupun tidak dapat mencapainya, sekurang2nya mujahadah semaksimumnya ke arah itu. Sehingga apabila sampai ajal kita nanti, kita adalah hambaNya yang matinya dalam keadaan sentiasa bertaubat kepada Allah. Menjadi hamba yang pemalu dan mati sebagai yang dirindu..


.:To be continue:.

Sunday, October 24, 2010

اجلس بنا نؤمن ساعة



Para mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal soleh dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Oleh itu menjadi satu keperluan untuk kita duduk bersama di dalam suasana tarbawi yang mendidik untuk kita beriman seketika (iaitu memperbaharui Iman)...
اجلس بنا نؤمن ساعة


Semoga Allah tetapkan hati2 kami..

Thursday, October 14, 2010

Seorang Murobbi itu...





Tangisannya tangisan sufi
Kebijaksanaannya bak ahli cendekiawan
Kepetahannya bagaikan pendebat
Kehebatannya seperti seorang ulama
Kasih sayangnya bagai seorang ibu
Keberaniannya tak ubah seorang mujahid
Kesensitifannya seperti seorang faqih..


Terima kasih kepada murobbiku..semoga aku berjaya mengikut jejak langkahmu..menyubur Deen Allah dalam diri ini dan jiwa setiap manusia...

Sunday, October 3, 2010

Merindui-MU YA ALLAH...


“WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, JANGANLAH KAU MENGATAKAN SESUATU YANG TIDAK KAMU KERJAKAN. ITU SANGATLAH DIBENCI DI SISI ALLAH JIKA KAMU MENGATAKAN APA YANG TAK KAMU KERJAKAN”

Astaghfirullahalazim….. Astaghfirullahalazim….. Astaghfirullahalazim…..

Aku menarik nafas dalam2, sambil beristighfar memohon keampunan dari dosa2 yg telah aku lakukan. Dosa yang dilakukan berulang-ulang kali kerana kalahnya aku dalam mujahadahku, kerana rapuhnya imanku ini yg hanyalah senipis kulit bawang. Lemahnya aku ya Allah, terkalah dengan nafsuku sendiri. Ya Allah, aku kalah lagi…sudah banyak kali aku kalah ya Allah.. setiap kali itu ,pasti istighfar membasahi bibir ini. Menyesali dosa yang dilakukan berulang-ulang kali. Maafkan aku kekasih hati kerana selalu membuat-MU melihat dari atas sana dosa-dosa yg aku lakukan. Tanpa segan silu aku melakukan kemaksiatan kepada-MU padahal pandangan KAU meliputi seluruh alam.

Ya Allah, aku insane yg tak tahu mensyukuri nikmat-MU, dulu aku sengsara dan sering keluh kesah tapi KAU hadir menyinari hidupku tatkala aku terumbang ambing. Tapi setelah aku mengecapi ketenangan juga kebahagiaan, aku mula alpa, aku lalai kembali. Lantas KAU menjauh dariku, dan saat itu aku merasakan perasaan rindu yg teramat sangat pada-MU, aku mula merindui diriku pada saat aku mula-mula mengenali-MU, saat di mana aku mula belajar menyintai Pencipta diriku, saat di mana aku merasai manisnya ukhuwah kerana-MU ya Allah, saat di mana aku mula mendekati ibadah2 yg cukup jarang aku lakukan, aku merasai nikmatnya beribadah hanya untuk-MU. Ya Allah, hadirkanlah kembali perasaan itu yang kian hilang kerana aku gagal untuk istiqamah dalam setiap ibadahku, kerana lemhanya iman ini dalam bermujahadah melawan nafsuku.

Ya Allah aku hadir pada-MU , dengan jasad dan jiwaku yg dipenuhi dosa-dosa noda. Aku mohon dengan sangat ya Allah agar KAU tidak membiarkan aku sendiri walau sejenak kerana aku tersangat membutuhkan MU YA ALLAH. Aku terlalu ingin menjadi milik-MU, aku ingin KAU mendakapi aku dengan kasih sayang-MU, membelai aku dengan pemeliharaan dari-MU, dan cukuplah KAU bagiku ya Allah. Aku tidak memerlukan selain dari-MU, aku tak ingin mencari cinta yg lain selain dari diri-MU. AKU INGIN MENGABDIKAN DIRIKU HANYALAH UNTUKMU YA ALLAH….

Ya Allah, jadikan tiap yg aku perkatakan aku kuat untuk turut melaksankannya bukanlah sekadar manis bicara. Aku tidak mahu menjadi insane yg KAU murkai kerana pastinya hidupku takkan bahagia. Ya Allah, lindungilah diri ini dari godaan syaitan durjana yg tak pernah putus asa menghasut manusia agar menjauhi diri-MU. Aku takkan mampu untuk terus bernafas tanpa-MU disisiku ya Allah. Cukuplah tika KAU jauh dariku seketika, pasti segala yg berlaku dalam hidupku serba tak kena ya Allah. Pasti aku akan melangkah lemah, pasti ketenangan akan diragut, pasti jiwaku terasa kekosongan. Aku tak rela dengan semua itu, aku tak mahu semua itu berlaku. Cukuplah….cukuplah…cukuplah… hatiku derita andai berterusan begini. Jiwaku meronta mahu mendekati Sang Pemilik Cinta…..

Ya Allah, inilah aku, hamba-MU yang sangat-sangat merindui-MU.. Ampunkan aku ya Allah atas segala keterlanjuranku. .terimalah aku ya Allah, sambutlah cintaku ini walau ia tidak sesuci cinta para anbiya. AKU HADIR PADAMU……………………

Mujahadahku
3/10/10
14:30

Inilah Aku dihadapan-MU ya ALLAH

“WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, JANGANLAH KAU MENGATAKAN SESUATU YANG TIDAK KAMU KERJAKAN. ITU SANGATLAH DIBENCI DI SISI ALLAH JIKA KAMU MENGATAKAN APA YANG TAK KAMU KERJAKAN”

Astaghfirullahalazim….. Astaghfirullahalazim….. Astaghfirullahalazim…..

Aku menarik nafas dalam2, sambil beristighfar memohon keampunan dari dosa2 yg telah aku lakukan. Dosa yang dilakukan berulang-ulang kali kerana kalahnya aku dalam mujahadahku, kerana rapuhnya imanku ini yg hanyalah senipis kulit bawang. Lemahnya aku ya Allah, terkalah dengan nafsuku sendiri. Ya Allah, aku kalah lagi…sudah banyak kali aku kalah ya Allah.. setiap kali itu ,pasti istighfar membasahi bibir ini. Menyesali dosa yang dilakukan berulang-ulang kali. Maafkan aku kekasih hati kerana selalu membuat-MU melihat dari atas sana dosa-dosa yg aku lakukan. Tanpa segan silu aku melakukan kemaksiatan kepada-MU padahal pandangan KAU meliputi seluruh alam.

Ya Allah, aku insane yg tak tahu mensyukuri nikmat-MU, dulu aku sengsara dan sering keluh kesah tapi KAU hadir menyinari hidupku tatkala aku terumbang ambing. Tapi setelah aku mengecapi ketenangan juga kebahagiaan, aku mula alpa, aku lalai kembali. Lantas KAU menjauh dariku, dan saat itu aku merasakan perasaan rindu yg teramat sangat pada-MU, aku mula merindui diriku pada saat aku mula-mula mengenali-MU, saat di mana aku mula belajar menyintai Pencipta diriku, saat di mana aku merasai manisnya ukhuwah kerana-MU ya Allah, saat di mana aku mula mendekati ibadah2 yg cukup jarang aku lakukan, aku merasai nikmatnya beribadah hanya untuk-MU. Ya Allah, hadirkanlah kembali perasaan itu yang kian hilang kerana aku gagal untuk istiqamah dalam setiap ibadahku, kerana lemhanya iman ini dalam bermujahadah melawan nafsuku.

Ya Allah aku hadir pada-MU , dengan jasad dan jiwaku yg dipenuhi dosa-dosa noda. Aku mohon dengan sangat ya Allah agar KAU tidak membiarkan aku sendiri walau sejenak kerana aku tersangat membutuhkan MU YA ALLAH. Aku terlalu ingin menjadi milik-MU, aku ingin KAU mendakapi aku dengan kasih sayang-MU, membelai aku dengan pemeliharaan dari-MU, dan cukuplah KAU bagiku ya Allah. Aku tidak memerlukan selain dari-MU, aku tak ingin mencari cinta yg lain selain dari diri-MU. AKU INGIN MENGABDIKAN DIRIKU HANYALAH UNTUKMU YA ALLAH….

Ya Allah, jadikan tiap yg aku perkatakan aku kuat untuk turut melaksankannya bukanlah sekadar manis bicara. Aku tidak mahu menjadi insane yg KAU murkai kerana pastinya hidupku takkan bahagia. Ya Allah, lindungilah diri ini dari godaan syaitan durjana yg tak pernah putus asa menghasut manusia agar menjauhi diri-MU. Aku takkan mampu untuk terus bernafas tanpa-MU disisiku ya Allah. Cukuplah tika KAU jauh dariku seketika, pasti segala yg berlaku dalam hidupku serba tak kena ya Allah. Pasti aku akan melangkah lemah, pasti ketenangan akan diragut, pasti jiwaku terasa kekosongan. Aku tak rela dengan semua itu, aku tak mahu semua itu berlaku. Cukuplah….cukuplah…cukuplah… hatiku derita andai berterusan begini. Jiwaku meronta mahu mendekati Sang Pemilik Cinta…..

Ya Allah, inilah aku, hamba-MU yang sangat-sangat merindui-MU.. Ampunkan aku ya Allah atas segala keterlanjuranku. .terimalah aku ya Allah, sambutlah cintaku ini walau ia tidak sesuci cinta para anbiya. AKU HADIR PADAMU……………………

Mujahadahku
3/10/10
14:30

Sunday, September 26, 2010

Kisah Teladan' RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG


Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilahÏakan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah SAW melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Beliau SAW langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah SAW menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain.
Rasulullah SAW mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah SAW meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau SAW telah diizinkan.

Rasulullah SAW mulailah berda'wah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah SAW telah sampaikan kebesaran Allah SWT dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah SAW, Beliau SAW pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah. Rasulullah SAW kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan.

Rasulullah SAW hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.

Begitu besar pengorbananmu ya Rasulullah, menitis air mata ini tatkala membaca kisah-kisah tentang mu wahai kekasih Allah. Betapa engkau sanggup mengorbankan seluruh hidupmu agar setiap hati disentuhi dengan kelembutan Islam. Walau tika itu kau seorang Rasul kau sanggup berjalan kaki semata-mata untuk menyampaikan Islam kepada semua insan. Kau tak pernah memikirkan dirimu, kau sanggup berbuat apa sahaja demi Islam tercinta.

Wahai kekasih Allah, kami malu denganmu. Kami ummatmu tapi kami lalai dengan amanah kami. Kami sibuk dengan kehidupan dunia, kami asyik dibuai kesenangan hidup, sedangkan ada insan2 yg memerlukan kami. Kami penat mengejar cita-cita kami, masa kami hanya dihabiskan hanya untuk diri sendiri tanpa ada tersisa untuk orang lain. Ampunkan kami ya Allah atas kelalaian ini. Dunia tiada nilainya, hanyalah tempat persinggahan sementara. Ya Allah, bantulah kami agar kami kuat untuk membantu agama-Mu. Sucikanlah hati& jiwa kami, ikhlaskan kami dalam memegang panji dakwah di muka bumi ini. Walau jasad kelesuan kerana beban kehidupan tapi itu semua bukanlah alasan untuk tidak menyampaikan. Sampaikanlah walau satu ayat kerana mungkin ada hati yg terkesan walau dengan satu ayat itu. Hanya DIA memegang hati2 manusia.

Mujahadahku
26/9/10
17:00 pm

Sunday, September 19, 2010

Allahu musta'an...



Manusia itu pada tabiatnya, kurang dan tidak sempurna.
Tak ada kesempurnaan apapun pada makhluk yang bernama manusia.
Meski ia mengerahkan seluruh upaya dan kemampuannya, dia tidak akan pernah sampai pada tahap kesempurnaan. Kecuali para nabi dan Rasul..Mereka juga sebenarnya tetap melakukan kesalahan, namun wahyu Allah yang meluruskan dan mengembalikan mereka kepada kesempurnaan itu.
Maka, kesempurnaan mutlak hanya MILIK ALLAH sahaja..

Terlalu banyak lubang kelemahan dan kekurangan pada diri ini.
Aku tidak redho untuk membenarkan beban kelalaian dan beban dosa terus menerus bersama dalam perjalanan kehidupan.
Kerana ia lebih berbahaya daripada penyakit fizikal manusia.
Yang menghancurkan dan mengikis iman tanpa jaga.

Iman itu bertambah dengan ketaatan.
Dan Iman itu berkurang dengan kemaksiatan.
Taqwa itu bertambah dengan amal soleh.
Dan aku sangat menyedari bahawa bekerja dalam dakwah, itulah amal soleh terbaik untuk menambah bekal taqwa.
Futur dari dakwah, adalah kerana pengaruh dari kelemahan iman dan kelemahan taqwa, ketundukan pada syahwat dunia yang ingin santai dan istirehat.

Semoga Allah terus memberi kita nikmat kehidupan yang memberi cahaya,kehidupan yang memberi makna,kehidupan yang membahagiakan..

" Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu" Anfal : 24)

Kerana rasa itu, rasa cintakan Islam, rasa cintakan Allah.adalah tersangat indah..yang takkan dapat dirasai kecuali mereka yang benar2 mencari..yang bukan sekadar ucapan, tapi adalah perasaan yang akan terjelma pada perbuatan.Yang pasti memberikan nafas baru dalam kehidupan..

NuurIlahi,
20/09/10
1.45am

Friday, September 3, 2010

Indahnya Tarbiyah dari Allah


Dipetik dari blog azzariyat.com | memberi erti pada diri

Marilah sama-sama kita hayati diolog dia antara dua sahabat ini. Fokuskan pada ibrah yg ada di dalam diolog ini.Moga Allah membuka pintu hati kita untuk melihat dengan mata hati….

Zarif : Dengar cerita dah nak fly?

Hafiz : 21hb ni, 11 pagi.

Zarif : Alhamdulillah. Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?

Hafiz : Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.

Zarif : Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?

Hafiz : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak kena ada awek?

Zarif : Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan lelaki ni, kalau nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita pulak yang kena gelak.

Hafiz : Lagi?

Zarif : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau tak ada yang nak dilindungi kan?
Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke, tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…

Hafiz : Hmmmmm…

Zarif : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…

Hafiz : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh dapat semua tu.

Zarif : Wow cerita sikit…

Hafiz : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah masing-masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai, jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga syariat.
Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.
Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat dalam usrah.
Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan halatuju di akhirat.

Zarif : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun bosan, aku keluar dari usrah tu.

Hafiz : Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.

Zarif : Betul jugak eh. Aku tersilap! Dulu aku marah sangat, ikut perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.

Hafiz : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat macam tu?
Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, baru aku cari calon isteri.

Zarif : Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau. Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk aku… huhu… salam

Hafiz : Huhu Insyaallah. Salam…

Terkesan hati ini pabila membaca dialog ini. Ana sendiri sudah merasai hidup berkapel dan hidup berusrah. Walaupun baru hampir setahun ana join usrah tetapi impaknya tersangat besar dalam hidup ana. Terlalu banyak perubahan yg berlaku dalam hidup ana, bagaikan ana dilahirkan semula ke dunia ini. ‘Turning point’ yg telah merubah hidup ana 360 ⁰. Bagaikan baru semalam ana hidup bergelumang dosa-dosa, hidup bertemankan cinta yg tidak halal. Alhamdulillah, cahaya cinta-Nya melebihi segalanya. Allah tidak pernah khilaf pada hambaNya. Hidayah yg diberi terlalu berharga buat diri yg hina ini. Betapa berbezanya hidup ana sekarang berbanding dengan dahulu. Tidak pernah terlintas di benak ini untuk mengalami apa yg ana lalui sekarang. Apatah lagi untuk menhazafkan diri ini untuk kepentingan tarbiyah. Perancangan Allah adalah yg terbaik, walau pelbagai ujian menimpa, walau terkadang lemah tak berdaya tetapi biarlah diri ini jatuh bangun di dalam tarbiyah-Mu ya Allah. Tiada apa yg kita akan dapat dengan berkapel melainkan segunung dosa juga kemurkaan Allah. Bahagianya hanyalah sementara tetapi deritanya pasti berpanjangan.

Bersyukurlah dengan nikmat terbesar yg Allah berikan buat kita, hanya insan yg ‘terpilih’ sahaja akan merasainya. Hargailah nikmat yg Allah berikan kepada kita dan manfaatkan sebaiknya. Binalah diri kita melalui wasilah2 tarbiyah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dari tarbiyah. Ya Allah izinkanlah kami untuk terus menelusuri jalan para nabi yg terdahulu. Kuatkan langkah kami ini walau badai melanda. Segalanya hanyalah untuk-Mu ya Allah……….

Mujahadahku
4/9/10 14:00 pm

Monday, August 9, 2010

Bukan mudah menjadi Ghuraba di bumi ini……



Di mana di cari Pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Di mana jiwa Pasukan Badar berani
Menorah nama Mulya perkasa abadi

Entah mengapa diri ini merasa sedih& sayu malam ini. Lantas tangan laju menaip tiap bait-bait kata, nasyid I’tiraf menemani perasaan ini. Ya Allah, tetapkan hatiku ini, kuatkan aku dalam tiap pendirianku, biar apa mereka kata, biar dicemuh sana sini, aku tetap yakin dengan tiap keputusanku. Bukan aku ingin menjadi manusia yg mementingkan diri tetapi aku menilai segala keputusan dengan mata hatiku. Bukanlah bererti aku ni baik sangat tetapi aku Cuma tidak mahu melibatkan diri dalam perkara2 yg tidak memberi manfaat kepadaku.

Ya Allah….aku mohon padaMu tunjukkan aku jalan yg terbaik dalam tiap yg kulakukan…adakah segala tindakan aku ini benar ya Allah…aku mahu membersihkan diriku ini…aku tidak mahu cemari hati ini dengan perkara2 yg melaghokan juga terlibat dalam ikhtilat yg tidak KAU redhai ya Allah…cukuplah kisah silamku yg dahulu..aku telah banyak membuang masaku dengan perkara2 tak berfaedah..aku telah banyak melanggar batas2 ikhtilat…cukuplah semua itu. Dengan masa yg masih tersisa ini ya Allah, izinkan aku menebus kembali masa-masa silamku. Biarlah aku jatuh bangun dalam rahmat iman. Izinkan aku mengecapi rasa manisnya beribadah kepada-MU. Masa-masaku, biarlah terisi dengan sesuatu yg menghidupkan hatiku ini agar hati ini tidak mati berkali-kali.

Tidak ingin aku kembali seperti dahulu, moga nur tarbiyyah akan terus menyinari hidupku. Dan semoga tempias cahaya ini akan turut dirasai oleh sahabat-sahabat juga keluarga yg kusayangi. Aku bukanlah sesiapa di alam ini, aku Cuma insane kerdil yg tidak memiliki apa-apa, segala yg aku ada hanyalah dari-NYA. Dan DIA boleh mnegambil segalanya dalam sekelip mata sahaja, tapi ya Allah, walau aku kehilangan segalanya, aku pinta satu sahaja dariMu…moga aku terus berada dalam keimanan padaMu….moga aku terus berjalan seiring dengan orang2 yg menyintai agamaMu…

Ya Allah….tika aku lemah, KAU terus memberikan aku ‘hint2’ agar aku bangkit semula…tidak pernah KAU biarkan aku sendirian ya Allah. Tika terasa begitu malas& liat untuk beribadah& menghadiri program tarbiyyah pasti KAU hantarkan sesorang/ sesuatu bagi menyedarkan aku. Begitulah KAU YA ALLAH, tidak pernah walau sejenak membiarkan aku terus tenggelam dengan dunia ini. Dunia yg nilainya begitu murah, yg lebih hina dari bangkai kambing..malah dunia ini hanyalah permainan. Jadilah kita seperti orang yg bermusafir, yg singgah di dunia ini hanya untuk berteduh sementara sahaja kemudian kita akan meneruskan kembali perjalanan ini.

Menjadi asing di alam ini bukan mudah. Kerana ini adalah jalan yg di lalui para nabi terdahulu, mereka dipukul, dimarah dan dicaci oleh manusia lain. Itulah hakikatnya menjadi ghuraba dalam mempertahankan iman dalam diri agar binaan keimanan ini tidak runtuh ditiup angin keindahan dunia. Selalu segalanya dikorbankan kerana pembinaan diri, tak kira samada masa, tenaga atau wang ringgit. Tetapi itulah manisnya menjadi ghuraba, walau asing di mata manusia tapi dekat pada pandangan Allah. ‘Islam itu asing dan ia akan kembali asing’ . Moga aku berpeluang menjadi Igolongan yg asing itu. Amin…..

Mujahadahku
9/8/10
8.30pm

Friday, August 6, 2010

Renungan buat diriku juga dirimu…


Apa yg kita kejar dalam hidup ini..adakah distinction, 4 flat , segulung ijazah semata-mata.. setakat itu sahajakah matlamat kita. Hanya dunia matlamat kita, hanya kebahagiaan dunia yg kita idamkan. Bagaimana dengan kehidupan kita setelah kita ,meninggal kelak? Bekalan apakah yg akan kita bawa ke sana, adakah di hadapan Allah nanti kita hendak mengatakan “ saya cemerlang di dalam semua exam di dunia, saya mendapat distinction, 4 flat …segalanya cemerlang “. Cukupkah semua itu untuk menyelamatkan kita dari azab api neraka? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Bagaimana kita lalui kehidupan seharian, sudah la memulakan hari dengan subuh yg lewat. Solat pula dengan tergesa-gesa, entah apa yg dikejar. Sudah solat subuh sempat lagi tidur pulak, padahal masa yg ada boleh digunakan untuk melantun ayat-ayat suci Al-Quran dan mathurat. Syaitan yg bergayut di mata bersorak keriangan kerana berjaya mengalahkan iman di dalam dada. Pergi ke kuliyyah pula diiringi dengan niat yg tidak betul bukan kerana Allah yang Esa. Di kuliyyah, masa terluang dihabiskan dengan bergosip, mengumpat dan membuka aib orang sana sini. Sanggupkah kita memakan daging saudara kita sendiri di akhirat sana? Macamlah kita sempurna sangat, macamlah kita baik sangat hendak memperkatakan keburukan orang lain. Tutuplah keaiban orang lain nescaya Allah akan menyembunyikan aibmu. Tidak perlu meletihkan mulut bercakap perkara sia-sia, tidak perlu juga membiarkan salivary gland penat merembeskan air liur kerana kita tak henti2 bercakap. Tidak penat ka vocal cord kita yg terpaksa vibrate tiap masa untuk kita mengeluarkan suara juga facial muscle pasti lelah hendak contract& relax silih berganti. Ingatlah saudaraku, setiap organ ini akan menjadi saksi kepada setiap apa yg kita lakukan juga perkatakan di dunia ini. Pada masa itu, mulut kita akan terkunci dan hanya oran-organ ini akan member keterangan atas segala dosa-dosa kita.

Segalanya ingatan buat diriku ini…janganlah kita mensia-siakan masa yg kita ada. Garaplah segala peluang yg muncul untuk memperbaiki diri kita. Yakinkah kita esok masih ada untuk kita? Bagaimana andai Allah mencabut nyawa kita saat ini, adakah kita hendak meminta penangguhan saat itu? ”Tunggu sebentar, saya masih belum sempat bertaubat lagi” . Saat itu semuanya sudah tidak bermakna lagi, tiap tangis juga rayuan kita tidak akan dilayan. Bersiap sedialah untuk menghadapi alam kubur serta seksaannya. Insaflah wahai diriku juga dirimu. Kita masih punya masa, kita masih punya kesedaran..jangan biarkan hatimu mati berkali-kali. Jangan biarkan jiwamu kekosongan dan kegersangan tanpa ada makanan buatnya. Kita sibuk menyajikan hiburan buat diri tapi sebenarnya hiburan2 itu tak mampu memberi ketenangan buat kita malah menggundah gulanakan lagi hati kita. Kasihanilah hati kita, saban hari kian terseksa. Rawatlah hati kita dengan medication Quran, qiyamulail, mathurat, solat awal waktu, zikrullah, pengisian rohani dan pelbagai. Jika kita boleh meluangkan masa berjam2 untuk sahabat2 kita juga berhibur mengapa kita tidak luangkan masa untuk DIA walau sekejap? Padahal siapalah kita tanpa DIA, DIA jualah yang mengurniakan sahabat2 kepada kta…bukankah kita seperti ‘kacang lupakan kulit’? Maaf andai ada yg terasa hati, tiada kaitan yg hidup mahupun yg sudah mati. Segalanya hanyalah ingatan buat diriku juga dirimu….INGATLAH KEMATIAN ITU PASTI…SAMADA KITA BERSEDIA ATAU TIDAK, IA PASTI KAN DATANG……………..

Mujahadahku
7/08/10
8am...

Tinta buat usrahku…….



Kali pertama kita bertemu di dalam usrah
Walaupun kita saling mengenali
Tapi belum terbit rasa sayang sesama kita
Bermula dari tiga orang…
Usrah kita berkembang menjadi 8 orang
Syukur pada Ilahi
Dengan rahmatNya ini

Buat teman-temanku,
Ku mohon jutaan kemaafan
Aku bukanlah insan sempurna
Dipenuhi dosa-dosa silam
Aku sendiri serba kekurangan

Buat sumber inspirasiku,
Maafkanku kerana tidak dapat bersama kalian
Tika kalian ditimpa kesusahan
Tika kalian dalam kesedihan
Hanya doa kukirimkan buat kalian

Kalian adalah kekasih hatiku
Kalian adalah sumber kekuatanku
Kalian adalah penawar hatiku
Tiada kata dapat kugambarkan
Betapa diriku menyayangi setiap dari kalian
Setiap seorang punya tempat dalam hati ini
Ukhwah terbina atas dasar Islam
Kasih sayang tersemai kerana Ilahi
Pengorbanan dibuat atas dasar persaudaraan

Buat usrah yg kusayangi,
Ingatlah hidup ini penuh pancaroba
Penuh onak& duri
Pelangi tak selalunya indah
Ribut mendatang menggegar iman
Tapi sahabat2,
Ingatlah ribut itu bagi menguji
Pohon manakah yg akarnya bertaut kukuh di bumi
Jadilah kita seperti pohon yg akarnya menjulang ke dalam tanah
Bertahan biar angin yg menggila melanda

Teman seusrahku,
Masa kian berlalu
Kini kita sudah tidak asing lagi
Berprogram bersama2
Qiyam bersama2
Berusrah bersama2
Berehlah bersama2
Makan dalam talam bersama2
Malah menitiskan air mata juga bersama2
Indahnya ikatan hati ini ya Allah
Manisnya ia sehinggakan kami tak mampu berpisah
Kerana ikatan bukan mainan
padaMu ya Allah kami serahkan jasad& jiwa kami
Andai kami terpisah di dunia ini
Temukanlah kami di syurgaMu kelak
Satukanlah hati-hati ini selamanya ya Allah
Walau di mana kami berada tetapkanlah kami atas jalanMu

Terakhir kali buat buah hatiku ,
Terima kasih atas segalanya
Moga kita terus bersahabat walau sudah jauh di mata
Jangan biarkan ikatan ini terputus di sini
Jalinkan kasih sayang ini hingga ke akhirnya…..

Ikhlas dariku, Sarah..ditujukan khas buat sahabat2 seusrah...juga teristimewa buat Murobbi tersayang =)Jazakillah atas tiap pengorbananmu....

Thursday, August 5, 2010

Apa Itu Bahagia?



''Sesungguhnya KEBAHAGIAAN itu ialah,anda hidup...

untuk pemikiran yg benar dan kukuh,
untuk akidah terbesar yg menyelesaikan,
permasalahan alam yg lampau,
persoalan yg disoal oleh org yg tertanya tanya,
semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir,
dari mana datangnya aku?Kemanakah aku hendak pergi?
kenapa aku dijadikan?adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah kenyakinan dalam jiwa,
terusir segala keraguan yg degil,
terdidiklah fikiran yg waras,
terciptalah akhlak yg mulia,
dan kembalilah setiap akal yg menyeleweng,
kejalan yg benar dan lurus.

Hidupmu akan dikurniakan nilai,
oleh Tuhanmu,
agar hidupmu terbina,
supaya matamu memandang di segala ufuk,
ke arah cita-cita yg tinggi,
lalu hiduplah kamu didunia untuk akhirat,
disanalah kamu hidup kekal dan tidak fana'
kau tudung bumimu dengan langit,
dan para malaikat menjadi saksi.
Itulah akidah islam untuk muslim yg BAHAGIA.
Itulah asas ,itulah tiang serinya.
Sesiapa yg hidup memikulnnya sambil memekik.
dengan namanya,dialah org yg berbahagia.

-As-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi-

Thursday, July 22, 2010

Bila suara hati berkata-kata………….


Allah…ya Allah……
Angin malam membuai sayu….
Seiring dengan perasaanku ini…
Terasa kerdil aku ya Allah..
Terasa hina sungguh aku ini…..
Siapalah aku di mataMu YA ALLAH…

Allah….Allah…..
Aku bertaubat padaMu ya Allah..
Aku akan kembali padaMu ya Allah..
Bila-bila masa sahaja ya Allah..
Mungkin malam ini, saat ini….
Aku akan dijemput pergi….
Tapi ya Allah…..
Amal-amalku…..
Dosa-dosaku….
Taubatku…..
Aku tak sedia lagi ya Allah…
Amalku masih tak cukup..
Taubatku masih terpatah lagi….

Ya Allah….
Dengan sisa masa yg aku perolehi
Jadikanlah taubatku ini yg sejati…
Sucikanlah hatiku ini ya Allah…
Aku sesali tiap dosa-dosaku…

Ya Allah….
TanpaMU aku binasa
Tanpa hidayahMu aku mungkin tidak berada di sini
Tanpa cahayaMu aku mungkin masih bergelumang dosa2
Ya Allah……
Terima kasih …..
Atas segala kasih sayangMu..
Atas segala rahmatMu…
Atas kurnianMu buatku…..
Ampunkan dosaku terimalah taubatku….
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar….
Andai esok bukan milikku lagi….
Moga Kau menerima tiap amalanku…
Moga Kau membersihkan segala dosa-dosaku…….
HANYA PADAMU AKU KEMBALI…………

Friday, July 9, 2010

Cahaya Ilahi.......


Wahai rumput yg menghampar,
Adakah kau bawa benih kasih?
Pada tanah sukma yg gersang&kontang ini,
Supaya bisa kubajai kesuburannya dari mati kehausan

Wahai angin yg mengiwir,
Adakah kau bawa berita gembira?
Pada sekeping hati yg berkecamuk ini,
Supaya bisa kutenteramkan ia dari badai&rebut kencang

Wahai bulan,
Bukankah cahayamu indah dikala malam?
Kupohon kau bersinar tiap kali malamku muncul,
Supaya tidakku berjalan di dalam zulmat.

Wahai matahari ,
Masihkah kau bersinar di antara dua ufuk?
Melatar jumantara dengan warna jingga di kala senja.
Supaya bisa kutumpang cahayanya biar seketika Cuma

Wahai Tuhan,
Yg menghamparkan rerumput di bumi
Yg meniupkan angin
Yg menyinari malam
Yg memijarkan siang
Aku perlukan lembayung rahmatMu
Tuhan…….
TanpaMu………AKU BINASA!!

Dipetik dari E-book Sekudus Nur Ilahi...

Yang Takkan Berlalu Pergi


Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi
Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi
Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?
Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.
Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita

Apabila diuji dengan kesakitan



Kesakitan..jika itu yang Dia inginkan berlaku kepadamu, sungguh kerana Dia ingin membersihkan dirimu daripada dosa-dosa..kerana Dia ingin memberimu pahala dan cinta.. kerana Dia ingin kau tahu Dia sangat dekat denganmu,sentiasa bersamamu..

Tika ini langkahmu mungkin terasa payah, nafas terasa lelah, hati amat gelisah..namun yakinlah pada janji Ar Rahman, dikau tak pernah sunyi, tak mungkin rasa sunyi kerana kasihNya sentiasa ada buatmu..tabahlah menghadapi hari-harimu..teguhlah terus berdiri kerana kau pasti mampu menghadapinya..tetaplah sujud menghadapNYa, merintih dan menangis menagih cintaNya..kerana Dia Khaliqmu, pasti ada sebab setiap kisah hidupmu yang telah direncanakanNya..

Teruslah tersenyum, kerana senyuman dikala duka itu, menggambarkan kerelaan hatimu menempuh dugaan dari Allah..dan apabila nikmat sihat itu datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dengan sia-sia..dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali..hargai walau sedetik masa yang Dia kurniakan..sedetik bersama dirimu..sedetik dari Tuhanmu..

100710
2:23am

Kisah Cawan




Kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat,kisah yang memberi teladan kepada kita tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa ujian,dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan..

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan itu berbicara, :

"Terima kasih untuk perhatian kamu, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik..Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Berhenti! Berhenti! teriakku lagi. Tapi orang ini terus meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Berhenti! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berhampiran kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

the lessons….

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup kita akan banyak menghadapi keadaan yang tidak menyenangkan, kesakitan, penuh penderitaan, dan banyak menumpahkan air mata. Tetapi inilah merupakan cara atau aturan Allah yang indah untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'..

Jangan lupa bahawa ujian yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Jangan cepat mengalah dan berputus asa dari rahmatNya, kerana Tuhan sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai,kita akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan..

Sila renungi ayat cinta dari Allah- Al Baqarah:216

Tuesday, July 6, 2010

Dakwah Bukan Untuk Orang Manja


Assalamualaikum wbt..

Menemui keluarga tarbiyah yang dikasihi sekalian. semoga perkongsian ini mampu memberi muhasabah buat diri kita yang sentiasa lalai dan lupa. Semoga kita terus menjadi "insan-insan terpilih"..untuk terus menelusuri jalan yang panjang ini..InsyaAllah.


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

-Al Muntalaq-

Wednesday, June 30, 2010

INDAHNYA HIDAYAHMU…….

Ya allah….
Betapa indahnya hidayahMU
Buat insan sepertiku yang hanyut dalam arus duniawi
Arus yg bisa melemaskan sesiapa sahaja
Andai tersalah langkah bisa merosakkan diriku
Ya allah
Kau kurniakan ku sahabat2 yg mampu membuka pintu hatiku
Perwatakan mereka benar2 menyentuh hatiku
Hati aku bergetar melihat keimanan yg Kau anugerahkan kpd mereka
Begitu indah sekali, ya allah
Ya allah
Ku berperang dengan diriku sendiri
Untuk berubah terasa begitu berat
Tapi ya allah, Kau terus memimpinku ke arah cahayaMU
Sedikit demi sedikit ku mula mendekatiMU
Ya allah
Ketika itu ku terasa begitu hidupku penuh makna
Terisi dengan sesuatu yg tak dapat ku ungkapkan
Betapa ku bersyukur dengan hidayahMU
Semoga ku kekal di jalanMU selamanya
Ya allah
HidayahMU menyinari ruang kalbu ku yg kekosongan
Memberikan ku sinar harapan
Kau pimpinlah ku untuk menghayati petunjukMU ini
Untuk ku berubah menjadi muslimah solehah
Ya allah
Kau peliharalah sahabat2 ku
Berikan kepada mereka kebahagiaan dunia akhirat
Kau seiringkanlah langkah kami dalam mengejar keredhaan MU
Semoga kami sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah

Tuesday, June 29, 2010

Tiada kekuatan dapat membantu melainkan kekuatan dariMu


Hasbi rabbi jalallah
Cukuplah Tuhan bagiku, Allah Maha agung
Mafiqalbi khoirullah
Tiada di dalam hatiku kecuali Allah
Ku sandarkan segalanya padaMu
Segala-galanya wahai Yang Maha Kuasa
Kaulah perancang terbaik
Dikau jualah pelaksana yang terbaik
Dekapi daku ya Allah
Leraikanlah tiap perasaan ini
Semuanya serba baru buatku
Hanya padaMu ku berserah
Wahai hatiku….
Redholah …redholah….
Walau kau tertangis sepi
Tapi terimalah segalanya wahai hatiku
Pandanglah segalanya dari Allah
Masakan Allah sengaja membuatkan mutiara jernih ini tumpah
Masakan Allah mahu membuatkan hatimu berlagu sedih
Masakan Allah sengaja mentadbir segala-galanya sia-sia
Allah amat mengetahui kondisi hatimu
Allah amat mengenali hambaNya
Kerna DIA adalah pencipta kita
Wahai hatiku….
Berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata
Walau hidup ini tak selalu bahagia
Kadang2 awan mendung datang
Tapi…
Hujan yg turun menjadi rahmat buat makhluk2 lain
Begitulah hidup ini hatiku…
Tak semua yg kita kehendaki akan berlaku
Kadang2 disebalik awan mendung itu akan terbitlah pelangi
Pelangi yg mewarnai alam ini
Aturan Allah adalah yg terbaik buatmu
Redholah…redholah…..
Berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan
Senyumlah walau hati ini terasa lemah..walau diri ini rasa tak mampu bertahan
Kuatkan aku ya Allah…kuatkan aku…
Walau apa berlaku, jangan tinggalkan aku ya Allah
Wahai hatiku….
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..?
Aduhai hati.. yakinlah kasih Allah itu kasih sejati
Aduhai hati.. ingatlah janji Allah adalah pasti
Tidak Dia bebankan kita dengan sesuatu yg di luar kemampuan
Hadapilah dengan sabar …..
Hadapilah dengan tenang….
Hadapilah dengan redho..
Menangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti
Usahlah bersedih lagi..
Moga kasihNYA menyinari hari-hari yg menanti…
Tiada kekuatan lain yang dapat membantu melainkan kekuatan dariMU YA ALLAH……….

Monday, June 28, 2010

Hikmah atas ketentuannya (New Operator & Assistant)



28 June 2010, kami diinformkan penukaran partner untuk practical di clinic. Masing-masing berharap dan berdoa dalam hati agar dikurniakan partner/rakan sekerja yang disenangi. Dalam hatiku, telah aku redho apa jua yang ditetapkan Allah, siapa jua ‘partnerku’, yang pasti dia akan menjadi sahabatku,lebih daripada seorang kawan biasa,yang pasti dia adalah insan terpilih yang Allah tetapkan untuk ‘bekerja sambil belajar’ bersamaku, agar aku belajar sesuatu darinya dan begitu juga dia. List nama terpapar di cermin hadapan clinic, segalanya telah ditetapkanNya

Operator&Assistant):

Raihana-Sarah
Nana-Kamal
Farhana-K.Azizah
Liyana-Yusri
Hanis-Akmarina

Kepada sahabat2ku yang disayangi dan sentiasa dekat di hati, semoga di manapun kita berada, dengan siapapun kita bekerja, ikhlaskanlah hatimu. Lakukan apa yang dipelajari dengan penuh amanah dan rasa diperhati Allah. Siapapun ‘assistant’ kita, carilah segunung kebaikan daripadanya, tutupi segala kelemahan dan kekurangannya. Bantu dia mengatasi kelemahannya, berbincang dan berlapang dadalah atas segala masalah dan juga setiap keputusan yang dibincangkan bersama.. Hak-hak sahabat perlu dipelihara. Senyum dan mendoakan sesama kita. Jauhkan rasa iri hati dan hasad, kerana ia umpama api yang membakar kayu iman di dalam diri..

Jika timbul sesuatu masalah, uruskan dan perhalusi masalah itu dengan baik. Hanis bagi contoh mudah, menggunakan contoh ‘rumah tangga’ . Rumah tangga yang bahagia bukan terletak pada sempurnanya rumah tangga itu daripada sebarang permasalahan, sebarang kelemahan, sebarang kesilapan. Tetapi, keluarga yang bahagia itu adalah tatkala kita matang dan bisa menguruskan semua kelemahan, permasalahan dan kesilapan itu dengan jayanya. Bagaimana kita harus sabar dengan sahabat/partner yang tidak menyenangkan kita, hingga kita beroleh kebaikan dengan kematangan dalam menegur, kesabaran, dan berlapang dada..dan pasti dia akan menerima kebaikan iaitu berubah dari hal-hal yang tidak menyenangkan kita, bertambahnya keimanannya, mengeratnya ukhuwwah dengan kita (specific to sisters). Kerana kebahagian hati itu bukan pada kesempurnaan, tetapi bagaimana kita menguruskan ketidak sempurnaan itu.

Sahabatku, disinilah, tempat dimana separuh daripada kehidupan seharian kita dihabiskan, tempat dimana Allah mengumpulkan kita, adalah tempat di mana Allah mentarbiyah kita.. Perbaharui niat kalian, agar pusingan hidup kita tidak hanya sekadar rutin seperti hari-hari biasa, agar setiap waktu yang diberi, setiap kesempatan yang masih dipunyai, terisi dengan hal-hal yang bermanfaat, hal-hal yang akan menambahkan ilmu dan iman, hal-hal yang membuatkan kita bertambah khusyuk dan tawadhu’ pada Sang Pencipta. Yakinlah sahabatku, medan practical kita ini adalah medan terbaik untuk mentarbiyah sifat-sifat yang dicintai Allah..sabar, syukur, redho, berlapang dada..dan melalui tarbiyah ini,andai dirimu melaluinya dengan penuh sabar dan cinta,muwasafat tarbiyah pasti berakar umbi dalam diri..sihat tubuh badan, akhlak yang mantap, luas pengetahuan, tersusun urusannya, mampu berdikari, menepati masa, dan bermanfaat kepada orang lain…

Semoga kasih dan cinta Allah sentiasa bersama kita..

Sunday, June 27, 2010

Melangkah ke 4th Year Dentistry...




Semoga masa-masa yang masih tersisa di bumi kuantan ini diberkati..
Segala puji hanya milik Allah.
Kami memuji, memohon pertolongan,petunjuk dan ampunan hanya kepadaMU.
Kami memohon perlindungan kepadaMu dari keburukan jiwa kami dan dari buruknya akhlak kami.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun mampu menyesatkannya.
Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak seorang pun bisa memberinya petunjuk.
Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Engkau Ya Allah.
Tiada sekutu bagiMu.
Kami bersaksi bahawa Muhammad SAW adalah hamba dan utusanMu.
Kurniakan kepada kami kekuatan dalam meniti hari-hari kami, menunaikan amanah, meneruskan risalah ini, menyambung perjuangan di bumi Kuantan.
Kekalkan keikhlasan dalam meniti hari-hari kami.
Kerana ikhlas itu adalah rahsia kejayaan dunia akhirat.
Ikhlas...rahsia antara Allah dan hambaNya..
Ia tiada diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa menuliskannya.
Tiada pula diketahui syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosakkannya.
Wallahua'lam.

Saturday, June 26, 2010



Setelah hampir 3 minggu diberi peluang oleh Allah agar digunakan sebaiknya memberi hak kepada ibu ayah,hak kepada saudara-mara dan jiran tetangga,juga sahabat-sahabatku yang lama tidak berjumpa, kini tiba masanya menyambung kembali perjuangan di bumi kuantan.

Banyak yang aku pelajari di rumah.
Apabila berseorangan baru aku terasa beratnya mujahadah.
Aku akui betapa tingginya nilai ukhuwwah.
Yang mengajak kepada membesarkan dan mengagungkan Allah.
Apabila sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan tiada disisi.
Lalu aku sedar tinggi rendahnya iman dalam diri.
Kadang-kadang terleka dibuai dengan nikmatnya dunia.
Sedang malaikat penjaga setia mencatat amalku di kanan kiri.
Sedang Allah tak pernah leka melihat hambaNya.
Malunya aku..
Ibadahku yang tidak sempurna.
Amalku yang sedikit.
Umurku yang berkurang.
Dosaku yang menggunung tinggi.
Taubatku yang hambar.


Pulangku ke kampung halaman baru-baru ini banyak mengajarku erti kematian. Seolah-olah 'hint' daripada Tuhan agar aku lebih menghayati makna dan hakikat kematian..Buku 'Malam Pertama di Alam Kubur', Dr A'idh Al Qarni, pernah aku baca dan tinggal beberapa mukasurat sahaja lagi untuk aku khatamkan ketika aku masih dalam tahun pertama pengajian. Namun buku kesayanganku itu entah pada siapa yang meminjamnya,masih belum dipulangkan. Tak apalah,mungkin dia terlupa,andai benar-benar terlupa,aku halalkan sahaja.

Sejak hari pertama aku tiba di rumah, berita kematian guru kesayanganku sampai di telinga. Kemudian menyusul dengan semua peristiwa, seolah mengingatkan aku 'hari itu' sangat hampir..:

Dalam inbox- Jemputan ke Pengurusan Jenazah oleh sahabatku di UIA pada 22 MEI lepas (tanggal hari lahirku).

Sedang makan bersama mak abah di sebuah gerai, tiba-tiba seorang pakcik yang berwajah tulus/hanif hulurkan sebuah buku 'Panduan Pengurusan Jenazah dan Yaasin'. Buku tersebut ada padaku sekarang,siapa yang berminat bolehlah msg(sempat promote^_^).

Jiranku meninggal dalam kemalangan,meninggalkan 3 orang anaknya..suami,isteri,2 orang anak,semuanya meninggal dalam kemalangan ngeri.

Banyak lagi sebenarnya.
Hati rasa tidak tenteram.
Seolah rindukan sesuatu..
Andai pengakhiranku sudah semakin hampir..
Ambillah nyawaku dalam husnul khotimah..
Takutnya aku saat itu..
Kerana ia titik awal kenikmatan atau azab kehidupanku di alam abadi..

Doaku agar..
Ketika sakaratul maut
Datanglah beribu-ribu malaikat
Mereka berhenti sejauh mata memandang
Dan hanya dua malaikat yang datang mendekat
Sambil membawa haanut (kain kafan yang sangat halus dan wangi)
Dan dikatakan kepada ruh itu..
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhoi, masuklah dalam golongan-golongan hamba-hambaNya,dan masuklah ke dalam syurgaNya.."
Allahuakbar!!
Aku mohon dengan sangat..

2350
260610

Monday, June 21, 2010

Tabuk dahulu dan “Tabuk” hari ini


Peperangan Tabuk berlaku pada 8 Hijriyah dalam kondisi panas menyengat dan pada ketika itu masyarakat sedang menanti musim buah-buahan. Dalam peperangan ini, Umar bin Khattab telah menyerahkan separuh dari hartanya manakala Utsman telah menyerahkan 300 unta& 1000 dinar.

Sahabat,
Hadirkanlah bayangan kita saat-saat tentera Islam menghadapi pasukan sekitar 4000 pasukan Romawi itu terjadi. Bagaimana para sahabat di bawah terik matahari memenuhi panggilan Rasulullah dalam keadaan yg meletihkan. Para sahabat sanggup melepaskan kenikmatan untuk menuai buah-buahan yg tidak lama lagi akan masak ranum, mereka turut mengorbankan keselesaan bersantai bersama keluarga tersayang. Mereka keluar menyahut seruan jihad demi Islam yg mereka cintai.

Sebelum peperangan ini bermula, diceritakan ada sejumlah sahabat Rasulullah yg termasuk orang2 faqir sehingga mereka tidak mempunyai peralatan untuk berjihad. Mereka datng kepada Rasulullah dan berkata, “ Ya Rasulullah, sy tidak ada apa2 untuk berjihad”. Mata mereka menitiskan butiran-butiran jernih kerana terlalu sedih,hancur luluh kerana merasakan diri mereka bagai orang yg tak mampu, yg tak berguna & bodoh kerana melepaskan kesempatan mulia. Maka Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang redha terhadap perasaan mereka& Allah mengampuni mereka kerana mereka sebenarnya adalah org2 yg tulus.

Sahabat,
Para sahabat nabi mengalirkan air mata bukan kerana mengenangkan dosa2 yg mereka lakukan, tetapi tangisan & cucuran air mata mereka adalah kerana mereka tak bisa melakukan ketaatan. Berbeda sekali dengan tangisan kita hari ini bukan, kita bukan sahaja tidak menangis meski luput melakukan ketaatan. Kita bahkan tidak bersedih dan masih bisa bergembira dalam keadaan kita berulangkali mengabaikan perintah Allah.
Jika dahulu medan Tabuk hanya kekurangan satu, dua atau lima orang tetapi “Tabuk” hari ini kekurangan ribuan bahkan jutaan pejuang yg sanggup meninggalkan kediaman untuk menyerukan dakwah& mempertahankan agama Allah. Dahulu biaya perang ditanggung oleh Abu Bakar yg menginfakkan seluruh hartanya juga Umar yg mengeluarkan separuh hartanya. Tapi sahabat, “Tabuk” hari ini diwarnai kehidupan yg memprihatinkan di Palestin, dengan jumlah umat Islam yg peduli hanyalah segelintir sahaja. Tabuk dahulu yg mana ahlinya tetap termotivasi untuk berangkat dengan mengabaikan indahnya musim buah, kehangatan yg membara. Tetapi “Tabuk” hari ini kita diasyikkan dengan kenikmatan bersama isteri& anak2, kemewahan hidangan makanan juga harta2 yg membukit.

Sahabat,
Adakah syurga Allah sedikit pun tidak menggiurkan kita? Adakah kita kira segala yg kita lakukan sudah cukup untuk membuatkan kita berkata “Ya Allah, inilah segala usahaku untuk agamaMu” . Mampukah kita gah mengatakan begitu di hadapan Allah kelak? Apakah sudah banyak yang kita korbankan demi melihat Islam menjulang tinggi atau hanyalah serangkai alasan demi alasan yg kita hujahkan tiap kali kita diperlukan? Fikirkan dalam-dalam sahabat, kita sebagai da’ie bukanlah satu pilihan tetapi itu adalah kewajipan kita, untuk memastikan bahawa Islam sampai kepada seluruh manusia. Mana mungkin Islam akan tersebar tanpa ada orang yg menggerakkan proses penyebaran itu. Hentikanlah memberi alasan, mulalah mengorak langkah walau usahamu tidak sebanyak mana tetapi pastikan ianya istiqamah. Sy banyak kerja, sy tiada masa, sy penat, sy itu dan ini…alasan sahaja semua itu… Jangan salahkan semua itu kerana kita yg tidak bijak mengatur waktu.. Beginilah kita hari ini sahabat2 jauh berbeza sekali dibandingkan dengan umat zaman terdahulu. Marilah kita mengutip semangat dari kisah2 sejarah Islam dahulu, kerana mereka tidak pernah beralasan untuk berjihad demi Islam…

Sunday, June 20, 2010

KEKUATAN ZMP(ZERO MIND PROCESS)


ALLAHU’ AKBAR…ALLAHU’AKBAR…..

Betapa besarnya kekuasaanMU ya ALLAH…Kau berikan cahaya kepada kami tika kami dalam kegelapan.. zero mind process bermaksud kita merasa diri kita ZERO & menyerahkan segalanya padaNYA ,DIA yg SATU….
1/O=INFINITI(X TERHINGGA)
Meletakkan diri kita NOR(ZERO) di hadapan Tuhan dan hanya ALLAH sebagai
pusat(SATU).Kekuatan dari ALLAH akan memancar…

Infiniti di sini merujuk kita berserah dengan segala kekuasaan DIA, YG MAHA BERKUASA atas segalanya.. tika kekuatan manusia tidak mampu berbuat apa2, tika semua kuasa tidak berdaya membantu kita:
“YA ALLAH LAKUKAN SEMUA YG KAU KEHENDAKI, AKU PASRAH DENGAN SELURUH
KEBERADAANKU, AKU REDHA DENGAN APA YG TELAH KAU TAKDIRKAN UNTUKKU, AKU
BERTAWAKKAL PADAMU , KERANA AKU YAKIN KAU TIDAK AKAN MENJERUMUSKANKU MENUJU
KEMUDHARATAN”

Peringatan buat diri& juga buat sahabat2 yg membaca blog ini, walau dalam apa keadaan sekalipun, seterdesak mana pun kita ketika itu, pasrahkanlah diri kita hanya KEPADANYA….kita serahkan segala yg bakal berlaku kepada diri kita hanya kepada DIA…HANYA KEPADA DIA…..

Janganlah kita berputus asa dengan hidup ini, kerana pasti di sebalik setiap yg DIA tentukan untuk kita adalah yg terbaik buat diri kita….YA ALLAH TIKA INI KU TERASA TENANG…..TENANG SETENANGNYA….. YA ALLAH KAU BERKUASA MEMEGANG HATI&JIWAKU INI…MAKA KAU PEGANGLAH HATIKU INI..PENUHILAH HATIKU INI DENGAN CINTA KEPADAMU …..BIARLAH JIWAKU SARAT DENGAN KASIHKU KEPADA HAMBAMU YG MENYINTAIMU……SEMOGA KAU KURNIAKAN KEPADAKU KEKUATAN UNTUK TERUS MENGEJAR CINTAMU……CI NTA YG SEBENAR-BENAR CINTA…..

Buat sahabat& diri ini yg masih mencari erti hidup ini, marilah kita merenungi alam ini…betapa hebatnya alam ciptaan ALLAH…. DIA menciptakan semua ini untuk kita berfikir dan terus berfikir tentang PENCIPTA YG MAHA BERKUASA INI… fikirkanlah apa tujuan kita diciptakan, siapakah kita di bumi yg luas ini, siapakah TUAN kita, fikirkanlah semuanya…adakah kita diciptakan hanya untuk berseronok, menikmati kemewahan dunia yg pastinya tidak kekal…..luangkanlah masa sejenak untuk muhasabah diri kita…….untuk mencari diri kita yg sebenar……………

Sinaran cintaMu dalam hidupku


Oh TUHANKU…..
Aku adalah hambaMu
Tika ini aku menghadapkan wajahku padaMu
Ya Allah…
Aku lemah, aku tak kuat…
Sering kali aku kalah dalam mujahadahku
Sering juga aku melakukan dosa2 yg sama
Lemahnya imanku ini

Ya Allah….
Walau sehina mana diriku
Aku meohon padaMu ya Allah
Jangan sesekali KAU tinggalkanku sendirian
Jangan KAU biarkan aku merasa nikmat bermaksiat padaMu
Jangan Kau biarkan aku terus jatuh dalam jurang yg dalam

Ya Allah…
Sambutlah cintaku ini..
Cintaku tidaklah sesuci cinta insan2 yg menyintaiMu
Tapi ya Allah….
Aku masih tetap menyintaiMu sepenuh hatiku
Walau ku tahu, aku terlalu hina di depanMu

Ya Allah….
Mereka hidup bertemankan ‘kekasih’
Tapi aku memilihMu ya Allah
Aku korbankan segalanya keranaMu
Aku terseksa meninggalkan cinta terlarang
Semuanya keranaMu wahai kekasih hati
Aku tinggalkan cinta dunia demi meraih cintaMu yg MAHA HEBAT
Kerna aku tersangat yakin
CintaMu lebih berharga dari cinta2 yg murah harganya
Cinta2 yg hanya dicampakkan kepada org yg tidak halal
Aku pernah merasainya dahulu
Dan sejak itu
Aku pasti tiada cinta lain yg lebih manis berbanding cintaMu

Bertitik tolak dari situ
Kehidupanku mula bersinar
CahayaMu menyinari setiap langkahku
Satu demi satu nikmatMu muncul
Bersujud aku bersyukur padaMu
Dengan semua cinta yg hadir setelah aku memilihMu
KAU mula mentarbiyyah aku
Sedikit demi sedikit…
Hinggalah saat ini..
Jazakillah buat akhwat2 yg kusayangi
Kerna terus memimpin tangan ini
Tak pernah kalian melepaskan gengaman tangan
Walau aku kadang cuba memberontak

Tapi kini…
Aku takkan melepaskan gengaman ini
Moga ianya terus erat walaupun badai melanda
Andai aku masih mengejar cinta manusia
Mana mungkin akan aku merasai cinta Ilahi
Kerna kebatilan takkan mungkin bercampur dengan kebenaran
Pilihan harus di buat samada cinta dunia yg kita mahu
Atau cinta dari pemilik cinta………………..

Friday, June 18, 2010

Ingatan cinta seorang Murobbi..


Setelah setahun lebih tidak mengupdate blog ni(lamanya!),akhirnya jari-jemari ini menulis juga. Banyak juga entry2 sebelum ni yang tidak di post,hanya bersarang dalam laptop=)Baru sebentar tadi meneliti kembali pesanan2 murobbiku, yang jauh di mata namun sangat dekat di hati..kata2nya begitu halus, lembut dan berhikmah..tidak pernah kulihat daripada riak wajahnya akan kelelahan untuk berdakwah..Ya Allah, teguhkan kami sebagai penerus perjuangan KekasihMu..Hayatilah bait2 pesanan seorang Murobbi yang dicintai..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Kehadapan ikhwah dan akhawat yang dihormati sekelian,

Hari berganti hari, malam berlalu siang mendatang, kerja meningkat, masa tidak mencukupi, tanggung jawab tetap akan dipersoalkan. Catatan malaikat Raqib dan Atid sentiasa diperkemaskini. Tiada sesuatu pun yang dikecualikan.

Ikhwan dan akhawat sekelian, dunia tarbiyah penuh dengan pancaroba, penuh dengan ujian untuk mengistiqomahkan apa yang selama ini kita ikrarkan; beribadat kepada Allah dengan sepenuh hati, untuk mencontohi Rasulullah, untuk memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan walaupun dalam keadaan senang dan susah.

Di celah-celah kehidupan kita, kesibukan melanda. Kesibukan, keletihan digunakan sebagai alasan untuk membenarkan diri, menutupi kelemahan dan ketidakkemampuan kita. Tanpa usaha untuk mengatasinya. Kita tidak membuktikan kepadaNya bahawa cinta kita kepadaNya mengatasi cinta kepada diri, keluarga dan segala apa yang ada di atas dunia yang fana ini. Takutilah ikwah dan akhawat sekelian, terhadap istidraj, yang datang memakan jiwa.... sedikit demi sedikit..... tanpa disedari. Kemanisan iman akan hilang, kemanisan bermunajat dengan Allah sudah tidak semanis dulu, keghairahan untuk berdakwah sudah menurun, ukhuwah akan turut menjadi hambar. Mengapa itu terjadi? Tidakkah kita da'i illallah? Tidakkah kita berjanji mahu berusaha untuk menuju ke syurgaNya? Manusia, makhluk yang lemah.

Allah telah menunjukkan jalan ini kepada kita. Telah memberi jalan kebaikanNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kesyukuran kita harus dibuktikan. Dengan apa? Dengan... ibadat. Ibadat yang benar dimulai dengan istighfar. Allah Maha Pemurah! Mengembalikan fadhilat istighfar itu kepada kita.
"Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu" Nuh:10-12

Istighfar yang diiringi dengan taubat pula punyai fadhilat lain. Maha Pemurah Allah!
"Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu" Hud: 52

Tidak hanya setakat itu, akan amanlah orang yang banyak istighfar dari azab di dunia dan di akhirat.
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun" Al Anfal:33

Ikhwah dan akhawat, Allah menguji kita sehingga Dia membersihkan saf dakwah daripada orang yang tidak ikhlas, orang yang tidak membuktikan pengorbanannya, orang yang tidak bersungguh-sungguh. ...rumusannya. ... orang yang tidak layak berada di atas kedudukan yang mulia. Dunia dakwah tidak dihias dengan permaidani merah, tidak ditabur dengan bunga mawar. Tetapi.... jalan yang penuh duri, yang licin sehingga seseorang itu mudah gelincir jika tidak disokong dengan iman yang mendalam (imanul amiq).... cinta yang kukuh (hubbul wathiq) ...dan amalan yang berterusan (amalul mustamirrah) .

Oleh itu, ikhwah dan akhawat, bagi sesiapa saja, saat turun dan naik dalam iman dan amal berlaku pada bila-bila masa. Carilah perisai takwa. Lindungilah diri dengan tombak, pedang yang sentiasa terhunus melawan segala ancaman yang cuba merusak jiwa. Pohon kepada ALlah agar diberikan istiqomah. Titik beratkan agenda seharian.... .. Matsurat, pagi dan petang, solat dhuha, puasa sunat Isnin dan Khamis, Tilawah Quran sekurang-kurangnya setengah juz sehari, istighfar 100 kali, salawat ke atas Nabi sebanyak mungkin, hafalan Quran dan hadis, membaca (spiritual reading), solat sunat rawatib, dan tidak kurang pentingnya Qiyamullail. Interaksi dengan manusia perlu dijaga agar hati tidak ditutupi dengan noktah hitam; menjaga akhlak, menundukkan pandangan, aurat harus ditutup kemas, maka..berjalanlah di atas muka bumi dengan tawadhu, penuh harap kepada redha Allah, di samping punyai perasaan takut dan cemas terhadap ketentuanNya. Hati manusia berada dalam genggaman Allah, oleh itu pohonlah agar Dia menetapkan hati kita di atas agamaNya, di atas ketaatanNya.

Semoga pertemuan kita sentiasa disiram dengan cahaya ilahi.

Wassalamualaikum
Mck