Thursday, July 22, 2010

Bila suara hati berkata-kata………….


Allah…ya Allah……
Angin malam membuai sayu….
Seiring dengan perasaanku ini…
Terasa kerdil aku ya Allah..
Terasa hina sungguh aku ini…..
Siapalah aku di mataMu YA ALLAH…

Allah….Allah…..
Aku bertaubat padaMu ya Allah..
Aku akan kembali padaMu ya Allah..
Bila-bila masa sahaja ya Allah..
Mungkin malam ini, saat ini….
Aku akan dijemput pergi….
Tapi ya Allah…..
Amal-amalku…..
Dosa-dosaku….
Taubatku…..
Aku tak sedia lagi ya Allah…
Amalku masih tak cukup..
Taubatku masih terpatah lagi….

Ya Allah….
Dengan sisa masa yg aku perolehi
Jadikanlah taubatku ini yg sejati…
Sucikanlah hatiku ini ya Allah…
Aku sesali tiap dosa-dosaku…

Ya Allah….
TanpaMU aku binasa
Tanpa hidayahMu aku mungkin tidak berada di sini
Tanpa cahayaMu aku mungkin masih bergelumang dosa2
Ya Allah……
Terima kasih …..
Atas segala kasih sayangMu..
Atas segala rahmatMu…
Atas kurnianMu buatku…..
Ampunkan dosaku terimalah taubatku….
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa2 besar….
Andai esok bukan milikku lagi….
Moga Kau menerima tiap amalanku…
Moga Kau membersihkan segala dosa-dosaku…….
HANYA PADAMU AKU KEMBALI…………

Friday, July 9, 2010

Cahaya Ilahi.......


Wahai rumput yg menghampar,
Adakah kau bawa benih kasih?
Pada tanah sukma yg gersang&kontang ini,
Supaya bisa kubajai kesuburannya dari mati kehausan

Wahai angin yg mengiwir,
Adakah kau bawa berita gembira?
Pada sekeping hati yg berkecamuk ini,
Supaya bisa kutenteramkan ia dari badai&rebut kencang

Wahai bulan,
Bukankah cahayamu indah dikala malam?
Kupohon kau bersinar tiap kali malamku muncul,
Supaya tidakku berjalan di dalam zulmat.

Wahai matahari ,
Masihkah kau bersinar di antara dua ufuk?
Melatar jumantara dengan warna jingga di kala senja.
Supaya bisa kutumpang cahayanya biar seketika Cuma

Wahai Tuhan,
Yg menghamparkan rerumput di bumi
Yg meniupkan angin
Yg menyinari malam
Yg memijarkan siang
Aku perlukan lembayung rahmatMu
Tuhan…….
TanpaMu………AKU BINASA!!

Dipetik dari E-book Sekudus Nur Ilahi...

Yang Takkan Berlalu Pergi


Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi
Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi
Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?
Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.
Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita

Apabila diuji dengan kesakitan



Kesakitan..jika itu yang Dia inginkan berlaku kepadamu, sungguh kerana Dia ingin membersihkan dirimu daripada dosa-dosa..kerana Dia ingin memberimu pahala dan cinta.. kerana Dia ingin kau tahu Dia sangat dekat denganmu,sentiasa bersamamu..

Tika ini langkahmu mungkin terasa payah, nafas terasa lelah, hati amat gelisah..namun yakinlah pada janji Ar Rahman, dikau tak pernah sunyi, tak mungkin rasa sunyi kerana kasihNya sentiasa ada buatmu..tabahlah menghadapi hari-harimu..teguhlah terus berdiri kerana kau pasti mampu menghadapinya..tetaplah sujud menghadapNYa, merintih dan menangis menagih cintaNya..kerana Dia Khaliqmu, pasti ada sebab setiap kisah hidupmu yang telah direncanakanNya..

Teruslah tersenyum, kerana senyuman dikala duka itu, menggambarkan kerelaan hatimu menempuh dugaan dari Allah..dan apabila nikmat sihat itu datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dengan sia-sia..dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali..hargai walau sedetik masa yang Dia kurniakan..sedetik bersama dirimu..sedetik dari Tuhanmu..

100710
2:23am

Kisah Cawan




Kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat,kisah yang memberi teladan kepada kita tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa ujian,dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan..

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan itu berbicara, :

"Terima kasih untuk perhatian kamu, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik..Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Berhenti! Berhenti! teriakku lagi. Tapi orang ini terus meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Berhenti! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Tetapi ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Berhenti! Berhenti! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku berhampiran kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

the lessons….

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup kita akan banyak menghadapi keadaan yang tidak menyenangkan, kesakitan, penuh penderitaan, dan banyak menumpahkan air mata. Tetapi inilah merupakan cara atau aturan Allah yang indah untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'..

Jangan lupa bahawa ujian yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Jangan cepat mengalah dan berputus asa dari rahmatNya, kerana Tuhan sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai,kita akan melihat betapa cantiknya Allah membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan..

Sila renungi ayat cinta dari Allah- Al Baqarah:216

Tuesday, July 6, 2010

Dakwah Bukan Untuk Orang Manja


Assalamualaikum wbt..

Menemui keluarga tarbiyah yang dikasihi sekalian. semoga perkongsian ini mampu memberi muhasabah buat diri kita yang sentiasa lalai dan lupa. Semoga kita terus menjadi "insan-insan terpilih"..untuk terus menelusuri jalan yang panjang ini..InsyaAllah.


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

-Al Muntalaq-