Monday, July 18, 2011

Inilah jalanku





Alhamdulillah sudah beberapa minggu berada di bumi Kuantan. Sudah pelbagai dilalui di sini. Masa yg berlalu terlalu cepat hinggakan tidak terasa masa meninggalkan kita. Sesungguhnya dakwah ini bukanlah untuk orang yg manja. Jalan ini menjanjikan penuh onak dan duri. Jalan ini menuntut pengorbanan sepenuhnya dari kita. Apa itu pengorbanan?? Pengorbanan adalah bila mana kita berbuat sesuatu yg akan menjejaskan kita. Contohnya , tidur kita hanya 1 atau 2 jam sahaja kerana sibuk menguruskan tarbiyah, harta kita diinfakkan sepenuhnya ke jalan Ilahi , badan kita terasa sangat penat dan lesu kerana sibuk mengikuti program tarbiyah. Tapi adakah kita sudah cukup berkorban untuk jalan ini?? Atau sebenarnya selama ini kita belum mengorbankan apa-apa lagi untuk dakwah. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Jalan ini memerlukan kita mempunyai niat yg benar2 ikhlas kerana agamaNya , jika niat kita adalah selain mengejar redhaNya maka kita akan mudah mengeluh , sampai suatu masa pasti kita akan rebah dan tak mampu bangun lagi. Keikhlasan dalam bekerja adalah penentu samada apa yg kita lakukan diterimaNya atau tidak. Jika kita lakukan hanya kerana untuk mencari pujian manusia atau kerana mahu dikatakan baik, maka jadilah kita orang yang rugi kerana segala amalan yg kita lakukan hanyalah bagaikan debu-debu yg berada di atas batu yg kemudiannya di tiup angin. Moga kita semua ikhlas dalam bekerja kerana mungkin kita tidak nampak apakah ganjaran yg Allah sediakan buat hamba-hambaNya yg berada di atas jalan para Nabi,tetapi kita harus yakin bahawa jalan ini menjanjikan kemuliaan di sisi Allah.

Memang benar terasa penat dan lelah bilamana segala masa, fikiran dan kudrat di habiskan untuk jalan ini. Tapi kepenatan, kelelahan ini terasa manis…terasa bermakna… kerana setiap peluh yg menitik, setiap langkah yg diayunkan, setiap air mata yg tercurah pasti akan menjadi saksi kita di hadapan Allah yg kita telah bekerja menyampaikan Islam kepada manusia. Jangan terlalu berorientasikan keduniaan kerana kita hanya singgah sebentar sahaja di sini, akhirat sana adalah kekal abadi. Dunia ini adalah ladang untuk kita menanam , dan hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak insyaAllah. Selamat bekerja buat semua mujahid dan mujahidah di luar sana. Jangan jadikan kesibukan kita sebagai alasan untuk kita menjauh dari dakwah…

Katakanlah (Muhammad) 'Inilah jalanku , aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada ALLAH dengan YAKIN , Mahasuci ALLAH dan aku tidak termasuk dalam golongan orang yang Musyrik".[Yusuf:108]

Adakah syurga itu tidak cukup menggiurkan ???