Badan terasa seram sejuk
Lemah tak bermaya
Entah kenapa dengan jasad ini
Dalaman aku juga seperti tak bertenaga
Setelah solat asar..aku memaksa diri untuk membaca kalamMU
Walaupun Cuma satu helai..terasa hati mulai tenang
Niat hati hendak tido sebelum ke kafe
Tapi…
Aku membatalkan niat itu
Aku mula menonton video2 yg aku suka
Untuk menaikkan kembali semangat
Rohani& juga jasmaniku
Bila badan terasa penat
Mulalah merasakan iman menurun
Tapi…
Itu bukanlah alasan untuk berehat di dunia ini
Kita harus meneruskan perjuangan
Sehingga ke nafas terakhir
Berehat hanyalah apabila kita telah meninggalkan dunia ini
Berkobarlah wahai imanku
Untuk mengejar kehidupan di sana
Hidup di dunia ini hanyalah untuk mencari bekalan
Untuk kehidupan yang kekal abadi
Bersemangatlah wahai jiwaku
Isilah sebanyak mungkin input2 ke dalam hatimu
Jangan biar segala kekalutan membuatmu lemah
Segala-galanya hanya untukMu ya Allah
Hidupku, ibadahku…juga matiku…..
Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah..Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Mahasuci Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.. Ar Rahman:76-78
Saturday, December 26, 2009
Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan biarkan damai ini pergi
Menerangi gelap hitam hati kami
Mententeramkan jiwa yg selalu resah
Bila jauh dari-MU
Kau memandu kami untuk kembali padaMU
Tak sanggup untuk hidup tanpa cahayaMU
Tak terdaya untuk melangkah tanpa hidayahMU
Kami lemah ya Allah, kami insan hina
Tak layak untuk meminta itu ini
Kerana kami sendiri tak bersedia untuk memberi
Tapi ya Allah
Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Walaupun hati kami dicemari dosa noda
Kau tetap menaburkan rahmat buat kami
Terima kasih ya Allah
Untuk segala nikmat dariMU
Kami hambaMU yg tidak tahu untuk bersyukur
Hanya dunia yg kami kejar
Hanya kekayaan, pangkat & darjat yg kami puja
Andai Rasulullah masih hidup
Pasti beliau kecewa& sedih dengan umatnya sekarang
Tenggelam dalam kemaksiatan
Sedarkah kita semua bahawa Rasulullah tersangat menyayangi kita?
Di ambang kematian, beliau masih menyebut ‘ummati’
Betapa dalamnya kecintaan beliau kepada kita
Tapi berapa ramai dari kita hari ini mengenali beliau?
Sedalam mana kita menyintai beliau?
Tepuk dada tanyalah hati masing2
Sanggupkah kita hendak berhadapan dengan Allah& Rasulullah dalam berlumuran dosa?
Mampukah kita untuk memikul beban2 dosa di atas bahu kelak?
Adakah jasad kita berupaya menahan azab neraka yg teramat dahsyat?
Tak sanggup ya Allah….
Jangan tinggalkan kami sendirian walau seketika
JanjiMU benar ya Allah
Azab yg dahsyat menanti mereka yg tidak mematuhi perintahMU
Bantu kami ya Allah…
Kami tak sanggup menanggung pedihnya seksaan neraka
Kami rindukan MU Ya Allah…
Kami juga rindukan mu Ya Rasulullah…
Ampunkan kami ya Allah atas kelalaian kami……….
21/12/09,22.30pm,M3 2.6

Subscribe to:
Posts (Atom)