Jangan biarkan damai ini pergi
Menerangi gelap hitam hati kami
Mententeramkan jiwa yg selalu resah
Bila jauh dari-MU
Kau memandu kami untuk kembali padaMU
Tak sanggup untuk hidup tanpa cahayaMU
Tak terdaya untuk melangkah tanpa hidayahMU
Kami lemah ya Allah, kami insan hina
Tak layak untuk meminta itu ini
Kerana kami sendiri tak bersedia untuk memberi
Tapi ya Allah
Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Walaupun hati kami dicemari dosa noda
Kau tetap menaburkan rahmat buat kami
Terima kasih ya Allah
Untuk segala nikmat dariMU
Kami hambaMU yg tidak tahu untuk bersyukur
Hanya dunia yg kami kejar
Hanya kekayaan, pangkat & darjat yg kami puja
Andai Rasulullah masih hidup
Pasti beliau kecewa& sedih dengan umatnya sekarang
Tenggelam dalam kemaksiatan
Sedarkah kita semua bahawa Rasulullah tersangat menyayangi kita?
Di ambang kematian, beliau masih menyebut ‘ummati’
Betapa dalamnya kecintaan beliau kepada kita
Tapi berapa ramai dari kita hari ini mengenali beliau?
Sedalam mana kita menyintai beliau?
Tepuk dada tanyalah hati masing2
Sanggupkah kita hendak berhadapan dengan Allah& Rasulullah dalam berlumuran dosa?
Mampukah kita untuk memikul beban2 dosa di atas bahu kelak?
Adakah jasad kita berupaya menahan azab neraka yg teramat dahsyat?
Tak sanggup ya Allah….
Jangan tinggalkan kami sendirian walau seketika
JanjiMU benar ya Allah
Azab yg dahsyat menanti mereka yg tidak mematuhi perintahMU
Bantu kami ya Allah…
Kami tak sanggup menanggung pedihnya seksaan neraka
Kami rindukan MU Ya Allah…
Kami juga rindukan mu Ya Rasulullah…
Ampunkan kami ya Allah atas kelalaian kami……….
21/12/09,22.30pm,M3 2.6
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.