Sunday, September 26, 2010

Kisah Teladan' RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG


Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilahÏakan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah SAW melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Beliau SAW langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah SAW menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain.
Rasulullah SAW mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah SAW meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau SAW telah diizinkan.

Rasulullah SAW mulailah berda'wah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah SAW telah sampaikan kebesaran Allah SWT dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah SAW, Beliau SAW pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah. Rasulullah SAW kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan.

Rasulullah SAW hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.

Begitu besar pengorbananmu ya Rasulullah, menitis air mata ini tatkala membaca kisah-kisah tentang mu wahai kekasih Allah. Betapa engkau sanggup mengorbankan seluruh hidupmu agar setiap hati disentuhi dengan kelembutan Islam. Walau tika itu kau seorang Rasul kau sanggup berjalan kaki semata-mata untuk menyampaikan Islam kepada semua insan. Kau tak pernah memikirkan dirimu, kau sanggup berbuat apa sahaja demi Islam tercinta.

Wahai kekasih Allah, kami malu denganmu. Kami ummatmu tapi kami lalai dengan amanah kami. Kami sibuk dengan kehidupan dunia, kami asyik dibuai kesenangan hidup, sedangkan ada insan2 yg memerlukan kami. Kami penat mengejar cita-cita kami, masa kami hanya dihabiskan hanya untuk diri sendiri tanpa ada tersisa untuk orang lain. Ampunkan kami ya Allah atas kelalaian ini. Dunia tiada nilainya, hanyalah tempat persinggahan sementara. Ya Allah, bantulah kami agar kami kuat untuk membantu agama-Mu. Sucikanlah hati& jiwa kami, ikhlaskan kami dalam memegang panji dakwah di muka bumi ini. Walau jasad kelesuan kerana beban kehidupan tapi itu semua bukanlah alasan untuk tidak menyampaikan. Sampaikanlah walau satu ayat kerana mungkin ada hati yg terkesan walau dengan satu ayat itu. Hanya DIA memegang hati2 manusia.

Mujahadahku
26/9/10
17:00 pm

Sunday, September 19, 2010

Allahu musta'an...



Manusia itu pada tabiatnya, kurang dan tidak sempurna.
Tak ada kesempurnaan apapun pada makhluk yang bernama manusia.
Meski ia mengerahkan seluruh upaya dan kemampuannya, dia tidak akan pernah sampai pada tahap kesempurnaan. Kecuali para nabi dan Rasul..Mereka juga sebenarnya tetap melakukan kesalahan, namun wahyu Allah yang meluruskan dan mengembalikan mereka kepada kesempurnaan itu.
Maka, kesempurnaan mutlak hanya MILIK ALLAH sahaja..

Terlalu banyak lubang kelemahan dan kekurangan pada diri ini.
Aku tidak redho untuk membenarkan beban kelalaian dan beban dosa terus menerus bersama dalam perjalanan kehidupan.
Kerana ia lebih berbahaya daripada penyakit fizikal manusia.
Yang menghancurkan dan mengikis iman tanpa jaga.

Iman itu bertambah dengan ketaatan.
Dan Iman itu berkurang dengan kemaksiatan.
Taqwa itu bertambah dengan amal soleh.
Dan aku sangat menyedari bahawa bekerja dalam dakwah, itulah amal soleh terbaik untuk menambah bekal taqwa.
Futur dari dakwah, adalah kerana pengaruh dari kelemahan iman dan kelemahan taqwa, ketundukan pada syahwat dunia yang ingin santai dan istirehat.

Semoga Allah terus memberi kita nikmat kehidupan yang memberi cahaya,kehidupan yang memberi makna,kehidupan yang membahagiakan..

" Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu" Anfal : 24)

Kerana rasa itu, rasa cintakan Islam, rasa cintakan Allah.adalah tersangat indah..yang takkan dapat dirasai kecuali mereka yang benar2 mencari..yang bukan sekadar ucapan, tapi adalah perasaan yang akan terjelma pada perbuatan.Yang pasti memberikan nafas baru dalam kehidupan..

NuurIlahi,
20/09/10
1.45am

Friday, September 3, 2010

Indahnya Tarbiyah dari Allah


Dipetik dari blog azzariyat.com | memberi erti pada diri

Marilah sama-sama kita hayati diolog dia antara dua sahabat ini. Fokuskan pada ibrah yg ada di dalam diolog ini.Moga Allah membuka pintu hati kita untuk melihat dengan mata hati….

Zarif : Dengar cerita dah nak fly?

Hafiz : 21hb ni, 11 pagi.

Zarif : Alhamdulillah. Kau pergi Universiti yang sama dengan awek kau ke?

Hafiz : Haah. Kitorang masuk university sama-sama, duduk rumah sama-sama… isy tak adalah, aku gurau je. Aku mana ada awek.

Zarif : Biar betul! Kenapa awek tak nak dengan kau? Kau memilih sangat kot?

Hafiz : Hmmm entahlah. Tak berminat nak ada awek ni… kenapa aku nak kena ada awek?

Zarif : Bila kita ada awek ni, jiwa kita lagi tenang. Ada tempat nak luahkan perasaan, kongsi masalah. Kawan-kawan lelaki ni, kalau nak ajak lepak-lepak minum kat kedai, sembang-sembang kosong ke bola ke, tak ada masalah. Tapi kalau nak cerita part-part emosi ni susah sikit, nanti kita pulak kena kutuk mat jiwang la ape la. Kalau diorang dengar pun masalah kita, diorang tak ambil serius dan bagi cadangan merepek-repek. Akhirnya, masalah tak selesai, kita pulak yang kena gelak.

Hafiz : Lagi?

Zarif : Naluri manusia la kan, ingin disayangi dan menyayangi. Lelaki ni kan bersifat melindungi. Macam mana nak jadi pelindung kalau tak ada yang nak dilindungi kan?
Lagipun, lelaki ni walaupun nampak macho ke ganas ke keras ke, tapi sebenarnya jauh di sudut hati, kita ni nak jugak dimanja-manja. Takkan nak bermanja dengan lelaki pulak kan, hubungan terlarang, hehe…

Hafiz : Hmmmmm…

Zarif : Tapi tu pendapat aku la. Orang lain aku tak tahu. Aku nak cerita lebih-lebih pun, aku tak pernah ada awek. Huhu…

Hafiz : Pendapat aku pulak, kalau ikut pengalaman aku, kalau itu yang kita dapat bila ada awek, aku tak perlukan awek pun aku boleh dapat semua tu.

Zarif : Wow cerita sikit…

Hafiz : Aku ikut usrah. Dalam usrah aku, kitorang bebas je nak cerita masalah masing-masing. Siap kadang-kadang tu, kitorang menangis sama-sama. Tapi bukanlah bermakna kitorang ni jenis mat-mat jiwa, yang tak boleh nak sosial ‘huha-huha’ semua tu. Kadang-kadang kitorang pergi berkelah, camping, mandi sungai, jogging, main bowling. Ala-ala macam keluar dating dengan awek jugak la. Bezanya, keluar dengan ahli usrah ni, senang nak jaga syariat.
Biasalah manusia kan, kadang-kadang kitorang gaduh, tapi disebabkan masing-masing saling memahami manusia ni memang banyak kelemahan, senang je kami nak berbaik semula.
Pendek kata, aku nak cakap, nikmat-nikmat bercinta tu aku dah dapat dalam usrah.
Tentang naluri untuk melindungi pulak, aku juga bawak usrah untuk junior-junior aku. Setiap masa aku akan fikir, macam mana lah aku nak beri pendedahan agama yang berkesan untuk mereka. Setiap kali mereka buat salah, aku rasa sedih sebab gagal tegur mereka. Setiap kali mereka buat baik, aku akan rasa gembira, kerana tahu mereka akan dapat pahala. Setiap antara kami saling menasihati agar semua dapat membuat pilihan yang tepat, dalam menentukan halatuju di akhirat.

Zarif : Nampak macam ideal sangat je cerita engkau ni. Dulu pun aku ikut usrah, tak ada pun macam tu. Diorang ni cakap je ukhuwwah tu penting la ape la, last-last asyik bergaduh, usrah ponteng, naqib aku pun asyik cakap isi sama je setiap minggu. Aku pun bosan, aku keluar dari usrah tu.

Hafiz : Zarif, kita kena sedar, usrah ni bukan kumpulan malaikat. Usrah ni kumpulan manusia yang nak jadi baik, maknanya mereka belum baik lagi. Jadi setiap orang termasuk kita, bertanggungjawab untuk saling menegur kelemahan ahli, agar sama-sama kita tidak menjadi golongan yang rugi. Kan Allah berfirman, setiap manusia ni rugi, kecuali yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Allah suruh kita saling berpesan, bukan hanya menerima pesanan.

Zarif : Betul jugak eh. Aku tersilap! Dulu aku marah sangat, ikut perasaan. Sebenarnya naqib aku tu baik sangat, selalu tanya aku solat subuh jemaah ke tidak, siap tidur kat rumah aku lagi untuk pastikan solat subuh aku berjemaah. Banyak kesalahan aku pada dia, aku kena mintak maaf pada dia.

Hafiz : Kita kena la saling belajar untuk menerima diri masing-masing seadanya. Kan kalau bercinta dengan awek pun kita kena buat macam tu?
Eh tapi kau jangan salah faham, aku bukan gay! Aku masih bernafsu nak kahwin, dan aku sedar memang kita perlukan wanita dalam kehidupan. Cumanya, untuk mempunyai awek, aku tak nampak signifikan dia kat mana. Nanti bila aku dah serius nak kahwin, baru aku cari calon isteri.

Zarif : Huhu menarik jugak pandangan kau. Aku hormati pendapat kau. Lain kali kalau ada masa, kita boleh bersembang lagi. Mana tahu kau nak bercinta dengan aku pulak, nak bawak usrah online untuk aku… huhu… salam

Hafiz : Huhu Insyaallah. Salam…

Terkesan hati ini pabila membaca dialog ini. Ana sendiri sudah merasai hidup berkapel dan hidup berusrah. Walaupun baru hampir setahun ana join usrah tetapi impaknya tersangat besar dalam hidup ana. Terlalu banyak perubahan yg berlaku dalam hidup ana, bagaikan ana dilahirkan semula ke dunia ini. ‘Turning point’ yg telah merubah hidup ana 360 ⁰. Bagaikan baru semalam ana hidup bergelumang dosa-dosa, hidup bertemankan cinta yg tidak halal. Alhamdulillah, cahaya cinta-Nya melebihi segalanya. Allah tidak pernah khilaf pada hambaNya. Hidayah yg diberi terlalu berharga buat diri yg hina ini. Betapa berbezanya hidup ana sekarang berbanding dengan dahulu. Tidak pernah terlintas di benak ini untuk mengalami apa yg ana lalui sekarang. Apatah lagi untuk menhazafkan diri ini untuk kepentingan tarbiyah. Perancangan Allah adalah yg terbaik, walau pelbagai ujian menimpa, walau terkadang lemah tak berdaya tetapi biarlah diri ini jatuh bangun di dalam tarbiyah-Mu ya Allah. Tiada apa yg kita akan dapat dengan berkapel melainkan segunung dosa juga kemurkaan Allah. Bahagianya hanyalah sementara tetapi deritanya pasti berpanjangan.

Bersyukurlah dengan nikmat terbesar yg Allah berikan buat kita, hanya insan yg ‘terpilih’ sahaja akan merasainya. Hargailah nikmat yg Allah berikan kepada kita dan manfaatkan sebaiknya. Binalah diri kita melalui wasilah2 tarbiyah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dari tarbiyah. Ya Allah izinkanlah kami untuk terus menelusuri jalan para nabi yg terdahulu. Kuatkan langkah kami ini walau badai melanda. Segalanya hanyalah untuk-Mu ya Allah……….

Mujahadahku
4/9/10 14:00 pm