
Cuti ini aku berpeluang untuk menemui seorang teman lama semasa sekolah dahulu. Alhamdulillah atas kesempatan yg Allah berikan buat diri ini. Masa yg dihabiskan begitu bermakna kerana sahabatku ini berpeluang meluahkan segala masalahnya. Ujian datang mencurah-curah buatnya, ujian hidup membuatkan dirinya makin kurus& tampak tak bermaya. Semasa berhenti di tempat parking dia mula membuka segala kekusutan dalam jiwanya dan kami duduk di dalam kereta hampir 30 minit.Satu demi satu masalah diceritakan kepadaku sambil air matanya mengalir tanpa henti. Kemudian aku menemaninya membeli barangan untuk dibawa ke tempat kerja baru kelak.
Setelah habis membeli barangan kami menuju ke kedai untuk minum. Perbincangan di sambung semula mengenai apa yg berlaku dalam hidupnya. Aku hanya mampu menenangkan dirinya sambil tak putus2 memberi semangat buat dirinya. Ujian buat dirinya memang berat, setiap malam dia akan menangis sehinggalah dia tertidur. Kata sahabatku, dia tak mampu hidup bersendirian, dia tiada kekuatan kerana tiada orang yg memberikan sokongan juga semangat kepadanya. Dia kata alangkah bahagianya kiranya dia punya sahabat yg ramai seperti aku, hinggakan dia mahu mengajak aku menemaninya ke tempat kerja barunya untuk terus memberikan semangat juga nasihat kepada dirinya.
Terasa serba salah diri ini kerana jelaslah aku bukanlah sahabat yg baik apalagi seorang da’ie. Berdosanya aku pada dirimu sahabat kerana membiarkan kau terumbang ambing selama ini, kau ku biarkan tanpa aku bertanya khabar berita. Aku sekadar mengetahui keadaanmu dari facebook,membaca statusmu yg sering berada dalam kesedihan, tapi aku tidak sungguh bertanya tentang khabarmu kerna aku terlalu sibuk dengan duniaku…aku sibuk membina diriku dan orang lain di sini tanpa aku sedari masih ramai yg memerlukan aku…maafkan aku semua….aku bersalah kepada kalian….aku gagal menjalankan tanggungjawab aku sebagai sesama muslim. Perasaan bersalah mencengkam hatiku ini…
Dari saat itu aku tersedar, masih ramai insan di luar sana yg dahagakan cahaya Ilahi yg mendambakan kasihNya. Mungkin kerana tiada orang yg menyampaikan kepada mereka maka mereka terus dalam kegelapan. Aku khuatir nanti mereka akan meyalahkan aku tika di akhirat sana kerana tidak mengajak mereka kepada kebenaran, tidak membantu mereka tika mereka meraba dalam kegelapan.
Ya Allah, kuatkan aku…kuatkan aku…..aku hanyalah insan lemah, insan hina. Kuatkan fizikal& rohaniku untuk aku membantu insan lain. Untuk aku menyampaikan nur Islam kepada seluruh manusia. Aku ingin setiap nafasku dihazafkan untuk menyebarkan kalimah Allah…bagi memastikan kemanisan Islam sampai kepada setiap individu di bumi ini. Walau aku tidak punya ilmu juga kelebihan seperti orang lain, tapi akan aku berikan apa yg aku termampu, akan aku kongsikan apa yg aku ketahui dan juga akan aku sayangi mereka sepenuh hati kerana kita semua adalah bersaudara.
Ya Allah, Kau saksikanlah aku berjanji untuk meyerahkan seluruh hidupku kepadaMu , untuk meninggikan syiarKu di bumi milikMu ini…….
Mujahadahku...