Ya allah….
Betapa indahnya hidayahMU
Buat insan sepertiku yang hanyut dalam arus duniawi
Arus yg bisa melemaskan sesiapa sahaja
Andai tersalah langkah bisa merosakkan diriku
Ya allah
Kau kurniakan ku sahabat2 yg mampu membuka pintu hatiku
Perwatakan mereka benar2 menyentuh hatiku
Hati aku bergetar melihat keimanan yg Kau anugerahkan kpd mereka
Begitu indah sekali, ya allah
Ya allah
Ku berperang dengan diriku sendiri
Untuk berubah terasa begitu berat
Tapi ya allah, Kau terus memimpinku ke arah cahayaMU
Sedikit demi sedikit ku mula mendekatiMU
Ya allah
Ketika itu ku terasa begitu hidupku penuh makna
Terisi dengan sesuatu yg tak dapat ku ungkapkan
Betapa ku bersyukur dengan hidayahMU
Semoga ku kekal di jalanMU selamanya
Ya allah
HidayahMU menyinari ruang kalbu ku yg kekosongan
Memberikan ku sinar harapan
Kau pimpinlah ku untuk menghayati petunjukMU ini
Untuk ku berubah menjadi muslimah solehah
Ya allah
Kau peliharalah sahabat2 ku
Berikan kepada mereka kebahagiaan dunia akhirat
Kau seiringkanlah langkah kami dalam mengejar keredhaan MU
Semoga kami sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah
Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah..Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Mahasuci Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.. Ar Rahman:76-78
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
Tiada kekuatan dapat membantu melainkan kekuatan dariMu

Hasbi rabbi jalallah
Cukuplah Tuhan bagiku, Allah Maha agung
Mafiqalbi khoirullah
Tiada di dalam hatiku kecuali Allah
Ku sandarkan segalanya padaMu
Segala-galanya wahai Yang Maha Kuasa
Kaulah perancang terbaik
Dikau jualah pelaksana yang terbaik
Dekapi daku ya Allah
Leraikanlah tiap perasaan ini
Semuanya serba baru buatku
Hanya padaMu ku berserah
Wahai hatiku….
Redholah …redholah….
Walau kau tertangis sepi
Tapi terimalah segalanya wahai hatiku
Pandanglah segalanya dari Allah
Masakan Allah sengaja membuatkan mutiara jernih ini tumpah
Masakan Allah mahu membuatkan hatimu berlagu sedih
Masakan Allah sengaja mentadbir segala-galanya sia-sia
Allah amat mengetahui kondisi hatimu
Allah amat mengenali hambaNya
Kerna DIA adalah pencipta kita
Wahai hatiku….
Berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata
Walau hidup ini tak selalu bahagia
Kadang2 awan mendung datang
Tapi…
Hujan yg turun menjadi rahmat buat makhluk2 lain
Begitulah hidup ini hatiku…
Tak semua yg kita kehendaki akan berlaku
Kadang2 disebalik awan mendung itu akan terbitlah pelangi
Pelangi yg mewarnai alam ini
Aturan Allah adalah yg terbaik buatmu
Redholah…redholah…..
Berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan
Senyumlah walau hati ini terasa lemah..walau diri ini rasa tak mampu bertahan
Kuatkan aku ya Allah…kuatkan aku…
Walau apa berlaku, jangan tinggalkan aku ya Allah
Wahai hatiku….
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?
Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..?
Aduhai hati.. yakinlah kasih Allah itu kasih sejati
Aduhai hati.. ingatlah janji Allah adalah pasti
Tidak Dia bebankan kita dengan sesuatu yg di luar kemampuan
Hadapilah dengan sabar …..
Hadapilah dengan tenang….
Hadapilah dengan redho..
Menangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..
Pasti kan kau temui jalannya nanti
Usahlah bersedih lagi..
Moga kasihNYA menyinari hari-hari yg menanti…
Tiada kekuatan lain yang dapat membantu melainkan kekuatan dariMU YA ALLAH……….
Monday, June 28, 2010
Hikmah atas ketentuannya (New Operator & Assistant)

28 June 2010, kami diinformkan penukaran partner untuk practical di clinic. Masing-masing berharap dan berdoa dalam hati agar dikurniakan partner/rakan sekerja yang disenangi. Dalam hatiku, telah aku redho apa jua yang ditetapkan Allah, siapa jua ‘partnerku’, yang pasti dia akan menjadi sahabatku,lebih daripada seorang kawan biasa,yang pasti dia adalah insan terpilih yang Allah tetapkan untuk ‘bekerja sambil belajar’ bersamaku, agar aku belajar sesuatu darinya dan begitu juga dia. List nama terpapar di cermin hadapan clinic, segalanya telah ditetapkanNya
Operator&Assistant):
Raihana-Sarah
Nana-Kamal
Farhana-K.Azizah
Liyana-Yusri
Hanis-Akmarina
Kepada sahabat2ku yang disayangi dan sentiasa dekat di hati, semoga di manapun kita berada, dengan siapapun kita bekerja, ikhlaskanlah hatimu. Lakukan apa yang dipelajari dengan penuh amanah dan rasa diperhati Allah. Siapapun ‘assistant’ kita, carilah segunung kebaikan daripadanya, tutupi segala kelemahan dan kekurangannya. Bantu dia mengatasi kelemahannya, berbincang dan berlapang dadalah atas segala masalah dan juga setiap keputusan yang dibincangkan bersama.. Hak-hak sahabat perlu dipelihara. Senyum dan mendoakan sesama kita. Jauhkan rasa iri hati dan hasad, kerana ia umpama api yang membakar kayu iman di dalam diri..
Jika timbul sesuatu masalah, uruskan dan perhalusi masalah itu dengan baik. Hanis bagi contoh mudah, menggunakan contoh ‘rumah tangga’ . Rumah tangga yang bahagia bukan terletak pada sempurnanya rumah tangga itu daripada sebarang permasalahan, sebarang kelemahan, sebarang kesilapan. Tetapi, keluarga yang bahagia itu adalah tatkala kita matang dan bisa menguruskan semua kelemahan, permasalahan dan kesilapan itu dengan jayanya. Bagaimana kita harus sabar dengan sahabat/partner yang tidak menyenangkan kita, hingga kita beroleh kebaikan dengan kematangan dalam menegur, kesabaran, dan berlapang dada..dan pasti dia akan menerima kebaikan iaitu berubah dari hal-hal yang tidak menyenangkan kita, bertambahnya keimanannya, mengeratnya ukhuwwah dengan kita (specific to sisters). Kerana kebahagian hati itu bukan pada kesempurnaan, tetapi bagaimana kita menguruskan ketidak sempurnaan itu.
Sahabatku, disinilah, tempat dimana separuh daripada kehidupan seharian kita dihabiskan, tempat dimana Allah mengumpulkan kita, adalah tempat di mana Allah mentarbiyah kita.. Perbaharui niat kalian, agar pusingan hidup kita tidak hanya sekadar rutin seperti hari-hari biasa, agar setiap waktu yang diberi, setiap kesempatan yang masih dipunyai, terisi dengan hal-hal yang bermanfaat, hal-hal yang akan menambahkan ilmu dan iman, hal-hal yang membuatkan kita bertambah khusyuk dan tawadhu’ pada Sang Pencipta. Yakinlah sahabatku, medan practical kita ini adalah medan terbaik untuk mentarbiyah sifat-sifat yang dicintai Allah..sabar, syukur, redho, berlapang dada..dan melalui tarbiyah ini,andai dirimu melaluinya dengan penuh sabar dan cinta,muwasafat tarbiyah pasti berakar umbi dalam diri..sihat tubuh badan, akhlak yang mantap, luas pengetahuan, tersusun urusannya, mampu berdikari, menepati masa, dan bermanfaat kepada orang lain…
Semoga kasih dan cinta Allah sentiasa bersama kita..
Sunday, June 27, 2010
Melangkah ke 4th Year Dentistry...

Semoga masa-masa yang masih tersisa di bumi kuantan ini diberkati..
Segala puji hanya milik Allah.
Kami memuji, memohon pertolongan,petunjuk dan ampunan hanya kepadaMU.
Kami memohon perlindungan kepadaMu dari keburukan jiwa kami dan dari buruknya akhlak kami.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak seorang pun mampu menyesatkannya.
Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak seorang pun bisa memberinya petunjuk.
Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Engkau Ya Allah.
Tiada sekutu bagiMu.
Kami bersaksi bahawa Muhammad SAW adalah hamba dan utusanMu.
Kurniakan kepada kami kekuatan dalam meniti hari-hari kami, menunaikan amanah, meneruskan risalah ini, menyambung perjuangan di bumi Kuantan.
Kekalkan keikhlasan dalam meniti hari-hari kami.
Kerana ikhlas itu adalah rahsia kejayaan dunia akhirat.
Ikhlas...rahsia antara Allah dan hambaNya..
Ia tiada diketahui malaikat, sehingga ia tiada kuasa menuliskannya.
Tiada pula diketahui syaitan, sehingga ia tiada kuasa merosakkannya.
Wallahua'lam.
Saturday, June 26, 2010

Setelah hampir 3 minggu diberi peluang oleh Allah agar digunakan sebaiknya memberi hak kepada ibu ayah,hak kepada saudara-mara dan jiran tetangga,juga sahabat-sahabatku yang lama tidak berjumpa, kini tiba masanya menyambung kembali perjuangan di bumi kuantan.
Banyak yang aku pelajari di rumah.
Apabila berseorangan baru aku terasa beratnya mujahadah.
Aku akui betapa tingginya nilai ukhuwwah.
Yang mengajak kepada membesarkan dan mengagungkan Allah.
Apabila sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan tiada disisi.
Lalu aku sedar tinggi rendahnya iman dalam diri.
Kadang-kadang terleka dibuai dengan nikmatnya dunia.
Sedang malaikat penjaga setia mencatat amalku di kanan kiri.
Sedang Allah tak pernah leka melihat hambaNya.
Malunya aku..
Ibadahku yang tidak sempurna.
Amalku yang sedikit.
Umurku yang berkurang.
Dosaku yang menggunung tinggi.
Taubatku yang hambar.
Pulangku ke kampung halaman baru-baru ini banyak mengajarku erti kematian. Seolah-olah 'hint' daripada Tuhan agar aku lebih menghayati makna dan hakikat kematian..Buku 'Malam Pertama di Alam Kubur', Dr A'idh Al Qarni, pernah aku baca dan tinggal beberapa mukasurat sahaja lagi untuk aku khatamkan ketika aku masih dalam tahun pertama pengajian. Namun buku kesayanganku itu entah pada siapa yang meminjamnya,masih belum dipulangkan. Tak apalah,mungkin dia terlupa,andai benar-benar terlupa,aku halalkan sahaja.
Sejak hari pertama aku tiba di rumah, berita kematian guru kesayanganku sampai di telinga. Kemudian menyusul dengan semua peristiwa, seolah mengingatkan aku 'hari itu' sangat hampir..:
Dalam inbox- Jemputan ke Pengurusan Jenazah oleh sahabatku di UIA pada 22 MEI lepas (tanggal hari lahirku).
Sedang makan bersama mak abah di sebuah gerai, tiba-tiba seorang pakcik yang berwajah tulus/hanif hulurkan sebuah buku 'Panduan Pengurusan Jenazah dan Yaasin'. Buku tersebut ada padaku sekarang,siapa yang berminat bolehlah msg(sempat promote^_^).
Jiranku meninggal dalam kemalangan,meninggalkan 3 orang anaknya..suami,isteri,2 orang anak,semuanya meninggal dalam kemalangan ngeri.
Banyak lagi sebenarnya.
Hati rasa tidak tenteram.
Seolah rindukan sesuatu..
Andai pengakhiranku sudah semakin hampir..
Ambillah nyawaku dalam husnul khotimah..
Takutnya aku saat itu..
Kerana ia titik awal kenikmatan atau azab kehidupanku di alam abadi..
Doaku agar..
Ketika sakaratul maut
Datanglah beribu-ribu malaikat
Mereka berhenti sejauh mata memandang
Dan hanya dua malaikat yang datang mendekat
Sambil membawa haanut (kain kafan yang sangat halus dan wangi)
Dan dikatakan kepada ruh itu..
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhoi, masuklah dalam golongan-golongan hamba-hambaNya,dan masuklah ke dalam syurgaNya.."
Allahuakbar!!
Aku mohon dengan sangat..
2350
260610
Monday, June 21, 2010
Tabuk dahulu dan “Tabuk” hari ini

Peperangan Tabuk berlaku pada 8 Hijriyah dalam kondisi panas menyengat dan pada ketika itu masyarakat sedang menanti musim buah-buahan. Dalam peperangan ini, Umar bin Khattab telah menyerahkan separuh dari hartanya manakala Utsman telah menyerahkan 300 unta& 1000 dinar.
Sahabat,
Hadirkanlah bayangan kita saat-saat tentera Islam menghadapi pasukan sekitar 4000 pasukan Romawi itu terjadi. Bagaimana para sahabat di bawah terik matahari memenuhi panggilan Rasulullah dalam keadaan yg meletihkan. Para sahabat sanggup melepaskan kenikmatan untuk menuai buah-buahan yg tidak lama lagi akan masak ranum, mereka turut mengorbankan keselesaan bersantai bersama keluarga tersayang. Mereka keluar menyahut seruan jihad demi Islam yg mereka cintai.
Sebelum peperangan ini bermula, diceritakan ada sejumlah sahabat Rasulullah yg termasuk orang2 faqir sehingga mereka tidak mempunyai peralatan untuk berjihad. Mereka datng kepada Rasulullah dan berkata, “ Ya Rasulullah, sy tidak ada apa2 untuk berjihad”. Mata mereka menitiskan butiran-butiran jernih kerana terlalu sedih,hancur luluh kerana merasakan diri mereka bagai orang yg tak mampu, yg tak berguna & bodoh kerana melepaskan kesempatan mulia. Maka Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang redha terhadap perasaan mereka& Allah mengampuni mereka kerana mereka sebenarnya adalah org2 yg tulus.
Sahabat,
Para sahabat nabi mengalirkan air mata bukan kerana mengenangkan dosa2 yg mereka lakukan, tetapi tangisan & cucuran air mata mereka adalah kerana mereka tak bisa melakukan ketaatan. Berbeda sekali dengan tangisan kita hari ini bukan, kita bukan sahaja tidak menangis meski luput melakukan ketaatan. Kita bahkan tidak bersedih dan masih bisa bergembira dalam keadaan kita berulangkali mengabaikan perintah Allah.
Jika dahulu medan Tabuk hanya kekurangan satu, dua atau lima orang tetapi “Tabuk” hari ini kekurangan ribuan bahkan jutaan pejuang yg sanggup meninggalkan kediaman untuk menyerukan dakwah& mempertahankan agama Allah. Dahulu biaya perang ditanggung oleh Abu Bakar yg menginfakkan seluruh hartanya juga Umar yg mengeluarkan separuh hartanya. Tapi sahabat, “Tabuk” hari ini diwarnai kehidupan yg memprihatinkan di Palestin, dengan jumlah umat Islam yg peduli hanyalah segelintir sahaja. Tabuk dahulu yg mana ahlinya tetap termotivasi untuk berangkat dengan mengabaikan indahnya musim buah, kehangatan yg membara. Tetapi “Tabuk” hari ini kita diasyikkan dengan kenikmatan bersama isteri& anak2, kemewahan hidangan makanan juga harta2 yg membukit.
Sahabat,
Adakah syurga Allah sedikit pun tidak menggiurkan kita? Adakah kita kira segala yg kita lakukan sudah cukup untuk membuatkan kita berkata “Ya Allah, inilah segala usahaku untuk agamaMu” . Mampukah kita gah mengatakan begitu di hadapan Allah kelak? Apakah sudah banyak yang kita korbankan demi melihat Islam menjulang tinggi atau hanyalah serangkai alasan demi alasan yg kita hujahkan tiap kali kita diperlukan? Fikirkan dalam-dalam sahabat, kita sebagai da’ie bukanlah satu pilihan tetapi itu adalah kewajipan kita, untuk memastikan bahawa Islam sampai kepada seluruh manusia. Mana mungkin Islam akan tersebar tanpa ada orang yg menggerakkan proses penyebaran itu. Hentikanlah memberi alasan, mulalah mengorak langkah walau usahamu tidak sebanyak mana tetapi pastikan ianya istiqamah. Sy banyak kerja, sy tiada masa, sy penat, sy itu dan ini…alasan sahaja semua itu… Jangan salahkan semua itu kerana kita yg tidak bijak mengatur waktu.. Beginilah kita hari ini sahabat2 jauh berbeza sekali dibandingkan dengan umat zaman terdahulu. Marilah kita mengutip semangat dari kisah2 sejarah Islam dahulu, kerana mereka tidak pernah beralasan untuk berjihad demi Islam…
Sunday, June 20, 2010
KEKUATAN ZMP(ZERO MIND PROCESS)

ALLAHU’ AKBAR…ALLAHU’AKBAR…..
Betapa besarnya kekuasaanMU ya ALLAH…Kau berikan cahaya kepada kami tika kami dalam kegelapan.. zero mind process bermaksud kita merasa diri kita ZERO & menyerahkan segalanya padaNYA ,DIA yg SATU….
1/O=INFINITI(X TERHINGGA)
Meletakkan diri kita NOR(ZERO) di hadapan Tuhan dan hanya ALLAH sebagai
pusat(SATU).Kekuatan dari ALLAH akan memancar…
Infiniti di sini merujuk kita berserah dengan segala kekuasaan DIA, YG MAHA BERKUASA atas segalanya.. tika kekuatan manusia tidak mampu berbuat apa2, tika semua kuasa tidak berdaya membantu kita:
“YA ALLAH LAKUKAN SEMUA YG KAU KEHENDAKI, AKU PASRAH DENGAN SELURUH
KEBERADAANKU, AKU REDHA DENGAN APA YG TELAH KAU TAKDIRKAN UNTUKKU, AKU
BERTAWAKKAL PADAMU , KERANA AKU YAKIN KAU TIDAK AKAN MENJERUMUSKANKU MENUJU
KEMUDHARATAN”
Peringatan buat diri& juga buat sahabat2 yg membaca blog ini, walau dalam apa keadaan sekalipun, seterdesak mana pun kita ketika itu, pasrahkanlah diri kita hanya KEPADANYA….kita serahkan segala yg bakal berlaku kepada diri kita hanya kepada DIA…HANYA KEPADA DIA…..
Janganlah kita berputus asa dengan hidup ini, kerana pasti di sebalik setiap yg DIA tentukan untuk kita adalah yg terbaik buat diri kita….YA ALLAH TIKA INI KU TERASA TENANG…..TENANG SETENANGNYA….. YA ALLAH KAU BERKUASA MEMEGANG HATI&JIWAKU INI…MAKA KAU PEGANGLAH HATIKU INI..PENUHILAH HATIKU INI DENGAN CINTA KEPADAMU …..BIARLAH JIWAKU SARAT DENGAN KASIHKU KEPADA HAMBAMU YG MENYINTAIMU……SEMOGA KAU KURNIAKAN KEPADAKU KEKUATAN UNTUK TERUS MENGEJAR CINTAMU……CI NTA YG SEBENAR-BENAR CINTA…..
Buat sahabat& diri ini yg masih mencari erti hidup ini, marilah kita merenungi alam ini…betapa hebatnya alam ciptaan ALLAH…. DIA menciptakan semua ini untuk kita berfikir dan terus berfikir tentang PENCIPTA YG MAHA BERKUASA INI… fikirkanlah apa tujuan kita diciptakan, siapakah kita di bumi yg luas ini, siapakah TUAN kita, fikirkanlah semuanya…adakah kita diciptakan hanya untuk berseronok, menikmati kemewahan dunia yg pastinya tidak kekal…..luangkanlah masa sejenak untuk muhasabah diri kita…….untuk mencari diri kita yg sebenar……………
Sinaran cintaMu dalam hidupku

Oh TUHANKU…..
Aku adalah hambaMu
Tika ini aku menghadapkan wajahku padaMu
Ya Allah…
Aku lemah, aku tak kuat…
Sering kali aku kalah dalam mujahadahku
Sering juga aku melakukan dosa2 yg sama
Lemahnya imanku ini
Ya Allah….
Walau sehina mana diriku
Aku meohon padaMu ya Allah
Jangan sesekali KAU tinggalkanku sendirian
Jangan KAU biarkan aku merasa nikmat bermaksiat padaMu
Jangan Kau biarkan aku terus jatuh dalam jurang yg dalam
Ya Allah…
Sambutlah cintaku ini..
Cintaku tidaklah sesuci cinta insan2 yg menyintaiMu
Tapi ya Allah….
Aku masih tetap menyintaiMu sepenuh hatiku
Walau ku tahu, aku terlalu hina di depanMu
Ya Allah….
Mereka hidup bertemankan ‘kekasih’
Tapi aku memilihMu ya Allah
Aku korbankan segalanya keranaMu
Aku terseksa meninggalkan cinta terlarang
Semuanya keranaMu wahai kekasih hati
Aku tinggalkan cinta dunia demi meraih cintaMu yg MAHA HEBAT
Kerna aku tersangat yakin
CintaMu lebih berharga dari cinta2 yg murah harganya
Cinta2 yg hanya dicampakkan kepada org yg tidak halal
Aku pernah merasainya dahulu
Dan sejak itu
Aku pasti tiada cinta lain yg lebih manis berbanding cintaMu
Bertitik tolak dari situ
Kehidupanku mula bersinar
CahayaMu menyinari setiap langkahku
Satu demi satu nikmatMu muncul
Bersujud aku bersyukur padaMu
Dengan semua cinta yg hadir setelah aku memilihMu
KAU mula mentarbiyyah aku
Sedikit demi sedikit…
Hinggalah saat ini..
Jazakillah buat akhwat2 yg kusayangi
Kerna terus memimpin tangan ini
Tak pernah kalian melepaskan gengaman tangan
Walau aku kadang cuba memberontak
Tapi kini…
Aku takkan melepaskan gengaman ini
Moga ianya terus erat walaupun badai melanda
Andai aku masih mengejar cinta manusia
Mana mungkin akan aku merasai cinta Ilahi
Kerna kebatilan takkan mungkin bercampur dengan kebenaran
Pilihan harus di buat samada cinta dunia yg kita mahu
Atau cinta dari pemilik cinta………………..
Friday, June 18, 2010
Ingatan cinta seorang Murobbi..

Setelah setahun lebih tidak mengupdate blog ni(lamanya!),akhirnya jari-jemari ini menulis juga. Banyak juga entry2 sebelum ni yang tidak di post,hanya bersarang dalam laptop=)Baru sebentar tadi meneliti kembali pesanan2 murobbiku, yang jauh di mata namun sangat dekat di hati..kata2nya begitu halus, lembut dan berhikmah..tidak pernah kulihat daripada riak wajahnya akan kelelahan untuk berdakwah..Ya Allah, teguhkan kami sebagai penerus perjuangan KekasihMu..Hayatilah bait2 pesanan seorang Murobbi yang dicintai..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Kehadapan ikhwah dan akhawat yang dihormati sekelian,
Hari berganti hari, malam berlalu siang mendatang, kerja meningkat, masa tidak mencukupi, tanggung jawab tetap akan dipersoalkan. Catatan malaikat Raqib dan Atid sentiasa diperkemaskini. Tiada sesuatu pun yang dikecualikan.
Ikhwan dan akhawat sekelian, dunia tarbiyah penuh dengan pancaroba, penuh dengan ujian untuk mengistiqomahkan apa yang selama ini kita ikrarkan; beribadat kepada Allah dengan sepenuh hati, untuk mencontohi Rasulullah, untuk memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan walaupun dalam keadaan senang dan susah.
Di celah-celah kehidupan kita, kesibukan melanda. Kesibukan, keletihan digunakan sebagai alasan untuk membenarkan diri, menutupi kelemahan dan ketidakkemampuan kita. Tanpa usaha untuk mengatasinya. Kita tidak membuktikan kepadaNya bahawa cinta kita kepadaNya mengatasi cinta kepada diri, keluarga dan segala apa yang ada di atas dunia yang fana ini. Takutilah ikwah dan akhawat sekelian, terhadap istidraj, yang datang memakan jiwa.... sedikit demi sedikit..... tanpa disedari. Kemanisan iman akan hilang, kemanisan bermunajat dengan Allah sudah tidak semanis dulu, keghairahan untuk berdakwah sudah menurun, ukhuwah akan turut menjadi hambar. Mengapa itu terjadi? Tidakkah kita da'i illallah? Tidakkah kita berjanji mahu berusaha untuk menuju ke syurgaNya? Manusia, makhluk yang lemah.
Allah telah menunjukkan jalan ini kepada kita. Telah memberi jalan kebaikanNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kesyukuran kita harus dibuktikan. Dengan apa? Dengan... ibadat. Ibadat yang benar dimulai dengan istighfar. Allah Maha Pemurah! Mengembalikan fadhilat istighfar itu kepada kita.
"Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu" Nuh:10-12
Istighfar yang diiringi dengan taubat pula punyai fadhilat lain. Maha Pemurah Allah!
"Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu" Hud: 52
Tidak hanya setakat itu, akan amanlah orang yang banyak istighfar dari azab di dunia dan di akhirat.
"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun" Al Anfal:33
Ikhwah dan akhawat, Allah menguji kita sehingga Dia membersihkan saf dakwah daripada orang yang tidak ikhlas, orang yang tidak membuktikan pengorbanannya, orang yang tidak bersungguh-sungguh. ...rumusannya. ... orang yang tidak layak berada di atas kedudukan yang mulia. Dunia dakwah tidak dihias dengan permaidani merah, tidak ditabur dengan bunga mawar. Tetapi.... jalan yang penuh duri, yang licin sehingga seseorang itu mudah gelincir jika tidak disokong dengan iman yang mendalam (imanul amiq).... cinta yang kukuh (hubbul wathiq) ...dan amalan yang berterusan (amalul mustamirrah) .
Oleh itu, ikhwah dan akhawat, bagi sesiapa saja, saat turun dan naik dalam iman dan amal berlaku pada bila-bila masa. Carilah perisai takwa. Lindungilah diri dengan tombak, pedang yang sentiasa terhunus melawan segala ancaman yang cuba merusak jiwa. Pohon kepada ALlah agar diberikan istiqomah. Titik beratkan agenda seharian.... .. Matsurat, pagi dan petang, solat dhuha, puasa sunat Isnin dan Khamis, Tilawah Quran sekurang-kurangnya setengah juz sehari, istighfar 100 kali, salawat ke atas Nabi sebanyak mungkin, hafalan Quran dan hadis, membaca (spiritual reading), solat sunat rawatib, dan tidak kurang pentingnya Qiyamullail. Interaksi dengan manusia perlu dijaga agar hati tidak ditutupi dengan noktah hitam; menjaga akhlak, menundukkan pandangan, aurat harus ditutup kemas, maka..berjalanlah di atas muka bumi dengan tawadhu, penuh harap kepada redha Allah, di samping punyai perasaan takut dan cemas terhadap ketentuanNya. Hati manusia berada dalam genggaman Allah, oleh itu pohonlah agar Dia menetapkan hati kita di atas agamaNya, di atas ketaatanNya.
Semoga pertemuan kita sentiasa disiram dengan cahaya ilahi.
Wassalamualaikum
Mck
Subscribe to:
Posts (Atom)