Sunday, September 4, 2011

Sahabat kerana keimanan........


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sudah lama blog ini tidak diupdate kerana diri ini yg kononya sibuk padahal apalah sangat tanggungjawab yg dipikul jika hendak dibandingkan dengan Rasulullah.
Siapalah aku suatu masa dahulu…seorang insan yg tidak sedar sedang bermain dalam lumpur yg sangat kotor. Aku hanyalah insane hina, insane yg terjatuh ke dalam jurang dosa dan bertepuk tanganlah si syaitan kerana Berjaya menumbangkan aku tika itu.

Tapi…………….

Allah tak biarkan aku terus lemas..munculnya tangan-tangan yg menarik aku keluar dari lumpur yg kotor itu. Mereka tak pernah sesekali berputus asa mebimbing aku padahal aku tidak layak untuk bersahabat dengan mereka. Dunia aku dahulu hanyalah untuk keseronokan semata-mata. Yg aku kejarlah adalah kebahagiaan yg terlarang. Yg aku kecapi adalah kegembiraan yg sementara.

Namun………

Segalanya sudah berubah, segalanya sudah ku tinggalkan. Peneman aku kini adalah sahabat-sahabat yg Allah kurniakan buatku. Mereka banyak berkorban kerana aku. Tapi aku pula tidak pernah berkorban untuk mereka. Aku bukan sahabat yg baik kerana aku punya terlalu banyak kelemahan, tak layak untuk berteman dengan insane-insan seperti mereka.

Tapi….

Aku ingin sekali bertemu dengan mereka semua di syurgaMu ya Allah. Aku ingin sekali berpimpin tangan dengan mereka merentasi sungai-sungai indah di syurgaMu. Aku ingin sekali meneguk air yg enak bersama mereka di dalam mahligai yg diperbuat dari emas dan perak .

Tapi….

Layakkah aku untuk bersama mereka ya Allah?? Layakkah aku untuk menjejakkan kaki ke syurgaMu yg disediakan untuk orang-orang beriman??
Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku. Terimalah taubatku, Kau sucikanlah hati-hati kami. Kuatkanlah ikatan hati kami. Janganlah ikatan ini goyah kerana dosa-dosa yg kami lakukan. Ya Allah, jadikan kami sahabat-sahabat dalam keimanan bukan hanya di dunia tapi juga di syurgaMu.

Buat sahabat- sahabat yg kucintai kerana Allah, maafkan diri ini kerana tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai sahabat dengan baik, terlalu banyak hak yg tidak tertunai, terlalu banyak hati yg telah diguriskan kerana kelemahan diri, maafkan diriku……dikaulah sahabat dunia akhiratku…….