Friday, May 20, 2011

SEPULUH WASIAT Hassan Al-Banna



Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).

(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara

(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Tuesday, May 17, 2011

Nahnu Dua't Qobla Kulli Syai'.. walau dlm apa jua kondisi pun...


Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010.



Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.


Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.



Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang slah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "



[dipetik dr sini]
waquli'malu...bekerjalah kamu,maka Allah akan melihat pekerjaanmu..
(At Taubah:105)

Sunday, May 8, 2011

Muslimah sejati….jadilah seperti Pohon Semalu..



‘Pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan’

Muslimah jadilah kita seperti pohon semalu yg tumbuhnya hanya di pinggir yg tersembunyi dan jarang2 dipijak orang untuk tumbuh subur. Sebagai wanita seharusnya kita bijak dalam membawa diri, tidak perlu kita mencari keglamouran di depan manusia apatah lagi di hadapan kaum adam. Aurat kita perlu dipelihara sebaiknya, aurat ini adalah amanah buat kita bukan untuk ditayangkan sesuka hati kepada sesiapa sahaja. Jika kita lebih menyukai barang yg disimpan di tempat yg tertutup berbanding barang yg terdedah, begitu jugalah Allah nak kita pelihara aurat agar nampak mahal dan istimewa. Kalau kita tak nak sesuatu yg tercemar dengan debu, Allah juga tidak mahu aurat kita tercemar dengan pandangan kejahatan.

Andai kita mempunyai barangan kesayangan, pasti kita akan menghargainya, menjaganya serta mambalut dan menyampulnya sekemas-kemasnya. Begitu juga salah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangNya pada kita. Allah menghargai kaum Hawa dengan mensyariatkan perbatasan aurat. Dengan tabir diri, kita akan terpelihara catik, unggul dan istimewa.

Pohon semalu sering dibuang orang contohnya bila ibu-ibu kita membersihkan halaman rumah, pasti semua pohon semalu yg dijumpainya akan dibuang. Apa yg perlu kita hairankan jika sesuatu itu kelihatan terbuang? Rasulullah saw ,nabi kesayangan kita juga terbuang dan dimusuhi kerana Islam. Namun andai Baginda dibuang oleh seorang manusia, berpuluh-puluh yg lain menyanginya. Kenapa? Kerana Baginda dibela Allah, tak pernah terbuang pada pandanganNya, tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Yang paling penting dalam hidup kita adalah pandangan Allah bukan pandangan manusia. Biarlah semua manusia membuang kita asalkan kita tetap berjaya memenangi pandangan Allah. Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang kembali. Kita berada di akhir zaman, zaman di mana segala kebaikan dan kebenaran tampak asing di mata manusia. Pabila mujahidah kita mengenakan busana muslimah yg menutup aurat, itu dikatakan pelik dan ketinggalan zaman tapi apabila wanita-wanita berpakaian yg dapat meragut keimanan mujahid-mujahid harapan agama, itu dikatakan mengikut trend dan cantik. Umat Islam hari ini sendiri sudah jauh dari agama ini. Beruntunglah bagi mereka yg terasing kerana Allah.

Pohon semalu bersifat pemalu. Sifat malu adalah lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Malu juga melambangkan keimanan dalam hati kita.

Sabda Rasulullah: ‘Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yg satu diangkat nescaya terangkat pula yg satu lagi(.H.R.al-BAIHAQI)

Bersama dengan sifat malunya itu ada duri yg tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yg lahir daripaa iman. Duri itu ibarat senjata yg mahu meruntuhkan semua kemungkaran yg ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah. Pohon semalu jiga mengeluarkan bunga ungu yg cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yg cantik menawan.

Selain itu, dedaun yg menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya. Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup Islam yg sebenar.

Diedit dari Novel ‘Tautan Hati’ tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin

-Mujahadahku-

Monday, May 2, 2011

PERISTIWA-PERISTIWA AKHIR ZAMAN


Dipetik dari buku ‘40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman’

1)Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi& Nasrani

Daripada Abu S’aid Al Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “ Kamu akan mengikut jejak langkahumat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya “ Ya Rasulullah ! Apakah Yahudi & Nashrani yg kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, ‘Siapa lagi kalau bukan mereka”.
H.R MUSLIM


Umat islam akan mengikut jejak langkah atau ‘cara hidup’ orang2 Yahudi& Nasharani. Kita dapat melihat dengan jelas apa yg Rasulullah perkatakan dalam hadisnya ini, ramai umat Islam yg kehilangan pegangan di dalam kehidupan . Mereka banyak meniru ‘ cara hidup’Yahudi & Nashrani samada mereka sedar atau tidak.

2)Penyakit Umat-Umat Dahulu

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit yg pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya , “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw menjawab , “ Penyakit-penyakit itu ialah :
1. Terlalu banyak seronok
2. Terlalu mewah
3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
4. Tipu menipu dalammerebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”
H.R HAKIM

3)Islam Kembali Dagang

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw: “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yg asing”
H.R. MUSLIM


4)Bahaya Kemewahan

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.; “ Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yg bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya Baginda menangis & menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu & memandang nasib Mus’ab sekarang…….Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda “ Bagaimanakah keadaan kamu pada satu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yg lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yg lain. Dan kamu menutupi(menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja & tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw bersabda, “ Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”
H.R TIRMIZI


5)Orang yang baik berkurangan sedang yang jahat bertambah banyak

Daripada Aisyah r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda ; “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) & hujan akan menjadi panas( hujan akan berkurangan& cuaca akan menjadi panas) & akan bertambah ramai orang yg tercela & akan berkurangan org yg baik, dan anak-anak menjadi berani melawan oranr2 tua dan org yg jahat berani melawan org2 yg baik”.
H.R. THABRANI