Sunday, May 8, 2011

Muslimah sejati….jadilah seperti Pohon Semalu..



‘Pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan’

Muslimah jadilah kita seperti pohon semalu yg tumbuhnya hanya di pinggir yg tersembunyi dan jarang2 dipijak orang untuk tumbuh subur. Sebagai wanita seharusnya kita bijak dalam membawa diri, tidak perlu kita mencari keglamouran di depan manusia apatah lagi di hadapan kaum adam. Aurat kita perlu dipelihara sebaiknya, aurat ini adalah amanah buat kita bukan untuk ditayangkan sesuka hati kepada sesiapa sahaja. Jika kita lebih menyukai barang yg disimpan di tempat yg tertutup berbanding barang yg terdedah, begitu jugalah Allah nak kita pelihara aurat agar nampak mahal dan istimewa. Kalau kita tak nak sesuatu yg tercemar dengan debu, Allah juga tidak mahu aurat kita tercemar dengan pandangan kejahatan.

Andai kita mempunyai barangan kesayangan, pasti kita akan menghargainya, menjaganya serta mambalut dan menyampulnya sekemas-kemasnya. Begitu juga salah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangNya pada kita. Allah menghargai kaum Hawa dengan mensyariatkan perbatasan aurat. Dengan tabir diri, kita akan terpelihara catik, unggul dan istimewa.

Pohon semalu sering dibuang orang contohnya bila ibu-ibu kita membersihkan halaman rumah, pasti semua pohon semalu yg dijumpainya akan dibuang. Apa yg perlu kita hairankan jika sesuatu itu kelihatan terbuang? Rasulullah saw ,nabi kesayangan kita juga terbuang dan dimusuhi kerana Islam. Namun andai Baginda dibuang oleh seorang manusia, berpuluh-puluh yg lain menyanginya. Kenapa? Kerana Baginda dibela Allah, tak pernah terbuang pada pandanganNya, tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Yang paling penting dalam hidup kita adalah pandangan Allah bukan pandangan manusia. Biarlah semua manusia membuang kita asalkan kita tetap berjaya memenangi pandangan Allah. Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang kembali. Kita berada di akhir zaman, zaman di mana segala kebaikan dan kebenaran tampak asing di mata manusia. Pabila mujahidah kita mengenakan busana muslimah yg menutup aurat, itu dikatakan pelik dan ketinggalan zaman tapi apabila wanita-wanita berpakaian yg dapat meragut keimanan mujahid-mujahid harapan agama, itu dikatakan mengikut trend dan cantik. Umat Islam hari ini sendiri sudah jauh dari agama ini. Beruntunglah bagi mereka yg terasing kerana Allah.

Pohon semalu bersifat pemalu. Sifat malu adalah lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Malu juga melambangkan keimanan dalam hati kita.

Sabda Rasulullah: ‘Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yg satu diangkat nescaya terangkat pula yg satu lagi(.H.R.al-BAIHAQI)

Bersama dengan sifat malunya itu ada duri yg tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yg lahir daripaa iman. Duri itu ibarat senjata yg mahu meruntuhkan semua kemungkaran yg ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah. Pohon semalu jiga mengeluarkan bunga ungu yg cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yg cantik menawan.

Selain itu, dedaun yg menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya. Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup Islam yg sebenar.

Diedit dari Novel ‘Tautan Hati’ tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin

-Mujahadahku-

3 comments:

  1. Jom kita jadi seperti pohon semalu! :)

    ReplyDelete
  2. saudari,

    saya ingin bertanya..

    'Beruntunglah bagi mereka yg terasing kerana Allah.'

    tentang penyataan di atas, saya terfikir, bagaimana dengan masyarakat islam di luar sana yang jauh dari islam?

    jika kita tergolong dalam golongan yang terasing, pasti susah untuk kita menegur kekurangan mereka atau dalam kata lain, dakwah.

    ini pendapat saya yang sangat lemah..
    mohon pandangan saudari.

    ReplyDelete
  3. kepada Anonymous yg bertanya mengenai 'org yg terasing', mohon diberikan emel agar saya dapatkan emelkan jawapan n buah fikiran saya. jazakillah =)

    ReplyDelete

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.