Saturday, June 26, 2010



Setelah hampir 3 minggu diberi peluang oleh Allah agar digunakan sebaiknya memberi hak kepada ibu ayah,hak kepada saudara-mara dan jiran tetangga,juga sahabat-sahabatku yang lama tidak berjumpa, kini tiba masanya menyambung kembali perjuangan di bumi kuantan.

Banyak yang aku pelajari di rumah.
Apabila berseorangan baru aku terasa beratnya mujahadah.
Aku akui betapa tingginya nilai ukhuwwah.
Yang mengajak kepada membesarkan dan mengagungkan Allah.
Apabila sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan tiada disisi.
Lalu aku sedar tinggi rendahnya iman dalam diri.
Kadang-kadang terleka dibuai dengan nikmatnya dunia.
Sedang malaikat penjaga setia mencatat amalku di kanan kiri.
Sedang Allah tak pernah leka melihat hambaNya.
Malunya aku..
Ibadahku yang tidak sempurna.
Amalku yang sedikit.
Umurku yang berkurang.
Dosaku yang menggunung tinggi.
Taubatku yang hambar.


Pulangku ke kampung halaman baru-baru ini banyak mengajarku erti kematian. Seolah-olah 'hint' daripada Tuhan agar aku lebih menghayati makna dan hakikat kematian..Buku 'Malam Pertama di Alam Kubur', Dr A'idh Al Qarni, pernah aku baca dan tinggal beberapa mukasurat sahaja lagi untuk aku khatamkan ketika aku masih dalam tahun pertama pengajian. Namun buku kesayanganku itu entah pada siapa yang meminjamnya,masih belum dipulangkan. Tak apalah,mungkin dia terlupa,andai benar-benar terlupa,aku halalkan sahaja.

Sejak hari pertama aku tiba di rumah, berita kematian guru kesayanganku sampai di telinga. Kemudian menyusul dengan semua peristiwa, seolah mengingatkan aku 'hari itu' sangat hampir..:

Dalam inbox- Jemputan ke Pengurusan Jenazah oleh sahabatku di UIA pada 22 MEI lepas (tanggal hari lahirku).

Sedang makan bersama mak abah di sebuah gerai, tiba-tiba seorang pakcik yang berwajah tulus/hanif hulurkan sebuah buku 'Panduan Pengurusan Jenazah dan Yaasin'. Buku tersebut ada padaku sekarang,siapa yang berminat bolehlah msg(sempat promote^_^).

Jiranku meninggal dalam kemalangan,meninggalkan 3 orang anaknya..suami,isteri,2 orang anak,semuanya meninggal dalam kemalangan ngeri.

Banyak lagi sebenarnya.
Hati rasa tidak tenteram.
Seolah rindukan sesuatu..
Andai pengakhiranku sudah semakin hampir..
Ambillah nyawaku dalam husnul khotimah..
Takutnya aku saat itu..
Kerana ia titik awal kenikmatan atau azab kehidupanku di alam abadi..

Doaku agar..
Ketika sakaratul maut
Datanglah beribu-ribu malaikat
Mereka berhenti sejauh mata memandang
Dan hanya dua malaikat yang datang mendekat
Sambil membawa haanut (kain kafan yang sangat halus dan wangi)
Dan dikatakan kepada ruh itu..
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhoi, masuklah dalam golongan-golongan hamba-hambaNya,dan masuklah ke dalam syurgaNya.."
Allahuakbar!!
Aku mohon dengan sangat..

2350
260610

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.