Friday, November 19, 2010

Anugerah....


Bismillah hirahman nirrahim………

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Anugerah dariMu ya Allah, cahaya hidayah buat menerangi kehidupanku yg masih tersisa ini. Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana nur yg memancar dalam hidup ini. Tidak pernah terdetik hati ini bahawa aku akan merasai hidayah Allah yg terlalu indah. Aku pasti ramai yg telah melalui apa yg aku lalui, ditunjukkan jalan pulang setelah kian lama lemas dalam dunia yg menyempitkan nafas ini.

Iman dalam diri kita ini ada naik turunnya, dan tika iman sedang memuncak maka segala yg kita lakukan terasa ada ruhnya tapi apabila iman sedang menurun, kekosongan merobek hati. Terasa semuanya serba tak kena, ibadah pun mula hilang lazatnya. Maka, saat itu kita harus sensitive dengan diri kita, jangan biarkan diri kita terus jatuh menjunam, jangan biarkan syaitan menang menguasai diri kita. Bangkitlah, perbaharui niat kita, sucikan kembali hatimu. Mungkin kerana terlalu asyik dengan urusan dunia menyebabkan kita alpa kepada kekasih hati kita.

Rawatlah hati yg sedang mendambakan kasih Ilahi itu tapi sepertimana pahitnya ubat untuk merawat penyakit seperti itu jugalah pahitnya ubat untuk merawat hati kita. Berzikir, solat sunat, qiyam, membaca Al Quran, berselawat… semuanya pasti terasa berat untuk dilakukan, tapi itulah ubat yg paling mujarab untuk menyembuhkan hati yg sedang menderita. Biar terpaksa pada awalnya, kerana akhirnya pasti akan muncul kemanisannya.

Walau kita kalah dalam mujahadah kita tetapi janganlah berputus asa. Teruskan bermujahadah walaupun kita rasa terseksa walau kita rasa menderita ,kerana Allah melihat tiap usaha kita, tiap tangisan kita. Apa yg penting agar kita terus berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada pencipta kita. Tiada apa yg kita cari dalam hidup ini melainkan ‘Mardhatillah’ iaitu keredhaan Ilahi. Hanya padaNya kita sandarkan seluruh hidup kita, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku juga matiku hanyalah untukMu ya Allah. Terimalah pengabdian kami ini ya Allah………..

Mujahadahku...

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.