Tuesday, October 26, 2010

Part 1 SH




Syahadatul Haq

15 October 2010, Alhamdulillah telah Allah memberi peluang kpd kami untuk lebih memahami erti sebenar syahadah, apa ertinya penyaksian selama ini..penyaksian kepada sebuah kebenaran.. Syahadatul Haq= penyaksian kebenaran. Bagaimana yang dikatakan dengan ‘penyaksian’? Samakah maksudnya dengan ‘pengakuan’?

Analoginya seperti ini, ketika Mr X sedang dalam perjalanan pulang, tiba2 Mr X ternampak satu kemalangan yang melibatkan seorang budak lelaki dilanggar oleh sebuah lori membawa barang2. Di mahkamah, Mr X berkata di hadapan hakim:

“ Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak itu dilanggar lori!”

Jadi, kita boleh katakan Mr X sebenarnya adalah seorang ‘syahid’, atau ‘orang yang naik saksi’. Agaknya, kenapa Mr X tak mengatakan sebegini-

“ Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan lori.”

Shbt2 nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.

Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.

Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".

Semoga dengan kasih sayang dan rahmatNya, kita memahami dengan jelasnya sekarang. Lalu, apa ertinya setiap hari kita ucapkan--

‘Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi Muhammad SAW pesuruh Allah’?


Atau ianya hanya sekadar di lisan, diucapkan ketika solat, dan selepas itu ianya berlalu tanpa ada apa2 yang berbekas di jiwa dan berlalu sehari-hari tanpa dibuktikan dengan apa2 tindakan dlm kehidupan?

Mari kita semak wahyu pertama yang Allah turunkan:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Al-‘Alaq (96) : 1-5


Dalam wahyu yang pertama ni, Allah mengenalkan Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana (Allah SWT) kpd Rasulullah SAW. Pada saat itu, Rasulullah sgt ketakutan dan baginda terus pulang ke rumah dan menyelimutkan diri. Semasa masih ketakutan, Allah turunkan pula wahyu-Nya yg kedua:

“Wahai orang yang berselimut. Bangunlah dan berilah peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala (perbuatan) yang keji, dan janganlah engkau (Muhammad) memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah. ”
Al-Muddassir (74) : 1-7


Kalau kita renung sejenak, first wahyu adalah utk beriman dgn Tuhan Yang Maha Esa, kemudian lepas tu Allah menyuruh Rasulullah bangun untuk memberi peringatan kepada manusia, bukannya suruh solat lima waktu sehari semalam or berpuasa di bulan Ramadhan. Kenapa ye?

Macam tu jugalah dgn Islam. bg kita yg dh bertemu jalan yg benar, sudah sepatutnya lah kita memberitahu dan mengajak org lain yg masih belum dapat sinar, agar kita sama2 menjadi org yg beruntung. Biar sebanyak mana pun dosa yg dilakukan, kalau kita yakin dgn syahadah kita bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, dan selagi tidak melakukan benda2 yg boleh membawa kpd syirik, tanggunggajawab dan beban dakwah itu tetap tergantung pada bahu kita. Seandainya keyakinan kepada syahadah yang diucapkan setiap hari itu kekal ‘bersarang’ dalam diri kita, kita pasti akan berusaha membersihkan diri kita kepada ‘zero maksiat’ walaupun tidak dapat mencapainya, sekurang2nya mujahadah semaksimumnya ke arah itu. Sehingga apabila sampai ajal kita nanti, kita adalah hambaNya yang matinya dalam keadaan sentiasa bertaubat kepada Allah. Menjadi hamba yang pemalu dan mati sebagai yang dirindu..


.:To be continue:.

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.