
Kadang2 aku tak mengerti mengapa ada manusia yg suka menyusahkan& menganggu kehidupan org lain. Ketenangan aku semalam bersama2 keluarga tersayang diragut oleh satu msg dari insan yg tak ku kenali. Entah la , syaitan apa yg merasuk diri semalam sehinggakan aku tak mampu mengawal kemarahan aku. Aku terpandang terjemahan Al-Quran di atas meja lantas memegangnya kerana hatiku tika itu tersangat membara panas.
Kemudian aku mhantar sms pd akak& bercakap phone dengan akak. Akak memberitahuku dia sedih dengan percakapan aku yg tidak berakhlak. Aku beristighfar panjang mengenangkan diri ini yg sudah terlanjur bicara dengan akak aku disebabkan aku tidak berupaya mengawal diri. Sebelum tidur, aku msg akak& memohon maaf atas segala kata2 aku. Maafkan adik akak. Maafkan atas segala kekasaran bahasa adik.
Kini aku sedar, tiada apa yg kekal dalam hidup ini. ketenangan yg baru dirasai begitu juga. Allah mahu menguji sejauh mana aku mampu bersabar atas segala ujianNYA.
Ampunkan aku ya Allah kerana kalah tika ujianMU menimpa. Jadikan aku insan yg tetap bersabar& redha dengan segala ujian yg KAU datangkan. Aku ni jarang betul2 marah sepanjang aku berada di muka bumi. Seingat aku baru 2 kali aku benar2 marah. First bila rumate aku bergaduh dahulu, rumate aku begitu ego& tidak mahu meminta maaf membuatkan aku yg mulanya begitu sabar menjadi sangat marah. Tambahan pula bila rumate aku membangkitkan bahawa dia& aku tak sama. Dia kata aku sekolah agama& dia tak, aku selalu membicarakan soal agama. Bertambah berapi aku saat itu, lantas mengeluarkan kata2 yg pedas padanya. Aku mohon maaf sahabat, tiada terniat semua itu, hanya untuk mneyedarkanmu tentang hakikat sebuah perhubungan. Alhamdulillah keesokan harinya, kau meminta maaf dengan rumate kita.
Aku cukup tak suka untuk marah sesiapa kerana aku pasti terasa panas& aku akan sakit kepala yg pasti. Ya Allah , peliharalah aku dari nafsu amarah yg membelenggu diri. Tika aku dilanda kemarahan, maka Kau sejukkanlah hatiku ini.Jangan biarkan aku terus dibakar oleh nafsu amarahku sendiri.
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.