Saturday, June 13, 2009

kosong...

dia cuba untuk melelapkan mata.. sesekali dia terkebil2. mengengsot ke kanan, letak bantal di belakang. cuba lelap, tapi tak berjaya.. dia menelangkup di bawah selimut, barangkali lebih selesa kalau begitu.. tapi sakit kepala masih menyengat..dada pun terasa sempit,sesekali pedih...ah,biarkan aja,baru skit ujian berbanding shbt2 Rasulullah dulu...

hatinya meronta-ronta, nak sujud pada Yang Esa.. tapi keadaan diri tidak mengizinkannya utk solat.. itulah, bila berpeluang tak mahu gunakan sebaiknya. bila tak boleh solat, waktu itulah baru terasa kosong. tanyalah kebanyakan muslimat, kebanyakan yg dia kenal, iman akan merudum sedikit bila tiba waktu ‘itu’ setiap bulan.. dan dia tidak terkecuali.. dan bila hati rasa kosong begini, mulalah dia merinduiNya…

dia mula berkira2 sendiri.. entah bila agaknya kali terakhir dia merasai Qiyamullail yg manis dan penuh nikmat. sejak kebelakangan ini, ‘kesibukan’ sering mencuri masa berdua-duaannya dgn kekasihNya Yang Satu itu. sudahnya, dia hanya ambil kesempatan utk solat malam bila dia perlu bangun sahur untuk berpuasa. itupun beberapa kali shj...org kata, sambil menyelam, minum air.. entahlah.. sedikit sgt mujahadahnya akhir2 ini... kenapalah dia tidak merasai nikmat ibadah yg pernah dirasainya dahulu sewaktu di matrik? dulu, bila lihat orang lain juga bangun Qiyam, dia mula rasa cemburu. kalau boleh nak Allah tumpukan kasih sayangNya pada dirinya seorang je.. yaAllah, dia sangat rindukan saat itu.. terasa kemanisan dan kenikmatan beribadah! tp sekarang, tahajjud pun ala kadar.. bila bangun sahur, bolehlah qiyam sekali. hari lain, sampai ke subuh tidurnya malah kadang2 lebih dari itu. melampau sungguh, ini sajakah yg mampu dikorbankan utk Allah sedangkan Dia bagi kita nikmat siang malam tak henti2?

entahlah, saat ini, dia dpt merasai.. amalnya kosong sama sekali. mungkin ada, tapi tiada makna di sisi Illahi.. ah.. betulkah ada amal yg dibuatnya? bagaikan tiada sama sekali.. sudahlah amal ibadah makin berkurang, dosanya pula makin bertimbun setiap hari.. dia tercari-cari tarbiyyah pencipta.. umpama meraba dalam kegelapan, dia sangat ketandusan tazkiyyatunnafs saat ini.. jika ditakdirkan dia pergi menemui Illahi dalam keadaan kotor begini, mahukah Allah memandangnya simpati? sedangkan dahulu, peluang telah pun Dia beri? sungguh, imannya benar2 bukan setakat sifar, bahkan negative di waktu ini.. "Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, tolonglah hambaMu yang lemah ini" rontanya dalam hati…

1.35am
130609

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.