
Satu azamku cuti ini, biar segalanya bermakna& berkualiti. Aku suka melihat& mengamati keindahan alam ini. Terasa begitu kerdil diri ini berbanding dengan Pencipta alam ini. Bila melihat lautan yg terbentang luas, lautan yg membiru, hatiku berasa sangat tenang. Sebab itulah aku suka sangat pergi ke pantai ketika tertekan dengan bebanan tanggungjawab. Air laut yang mengalir tak pernah kering, terus menerus berbakti kepada makhluk2 Allah di muka bumi ini. Aku ingin jadi seperti lautan ini yang tiap masa mampu memberikan khidmat buat semua. Aku ingin membahagiakan semua orang di muka bumi ini. aku ingin melihat senyuman dalam setiap insan yg aku lihat. Andai aku harus mengorbankan kebahagiaan aku demi melihat kebahagiaan insan lain, aku rela ya Allah kerana aku tahu tiap apa yg dikorbankan sudah pasti KAU akan menggantikannya.
Sambil menghadap laptop, aku menghayati lagu ‘kita satu hati’. Bilakah lagi kita semua hati?bilakah lagi keamanan kan dikecapi,bilakah lagi islam kan dijulang tinggi….bangunlah ummah ,kita satu hati.. mm agaknya bilakah umat islam di seluruh dunia akan bersatu hati, menentang kezaliman org2 kafir , menghentikan penindasan umat islam di seluruh dunia… usah cakap tentang umat islam antarabangsa, umat islam di Malaysia sendiri pun tak mampu bersatu hati membangunkan negara , sibuk masing2 menunjukkan kuasa masing2. Yang menjadi mangsa adalah rakyat2 yg tidak mampu berbuat apa2. Entah la, aku sendiri bosan hendak mengikuti perkembangan politik di Malaysia, penuh tipu daya juga rasuah. Tiada lansung keadilan, tiada kejujuran. Sibuk melaung slogan hendak membantu rakyat konon, padahal semuanya hanya untuk kepentingan masing2. Itulah hakikat manusia , selalu lupa dengan amanah mereka. Bila harta mengaburi mata, mulalah terumbang ambing, yg sepatutnya dilakukan tak dilakukan, yg disibukkan hanyalah untuk menggandakan harta kekayaan. Padahal wang ringgit tak mampu menjamin apa2, percayalah. Banyak sudah bukti kukuh. Bagi aku wang ringgit penting tapi tak bermakna mampu membeli kebahagiaan. Sudah berapa ramai anak muda yg rosak akibat wang ringgit, terlalu dimewahkan oleh ibu bapa. Cukuplah saudara terdekat menjadi bukti bahawa kemewahan hanya membawa kehancuran andai tidak tahu mengatur.
Jika dari kecil sudah dimanjakan, didikan agama tidak pula dititik beratkan maka lahirlah anak luar nikah yang tak bersalah. Yg peliknya, si ibu tidak pula rasa bersalah, malah kelihatan gembira sahaja. Macam mana nak rasa bersalah kerana rupanya teman2 di sisi juga melakukan benda yg sama. Pincang benar anak2 muda zaman sekarang, gaya hidup sudah seperti orang barat pulak tu. ASTAGHFIRULLAH..
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.