
Wahai diri..
Biarlah dirimu jatuh bangun..
merangkak tegak..
dalam taubat demi taubat yg tdak 'menjadi'..
berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti2...
lebih baik terbentur daripada patah..
lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat...
daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat..
aku msg sahabatku."tolong beri nasihat,rasa jauh drp Allah n lemah".dia,sahabatku yg baik itu segera sempurnakan hak shbt,menasihati pabila minta dinasihati..terima kasih sahabatku..sangat mendamaikan sgl nasihat2mu..terasa hati n jiwa ini gagal untuk sentiasa dlm zikrullah.lalai dalam kesenangan.Tuhan jgn tinggalkan aku..sebenarnya Dia tak pernah meninggalkanmu.kau yg selalu meninggalkanNya! betapa hina n kejinya aku!siapa aku untuk berasa jauh dr Tuanku?seorang hamba perlu sentiasa berasa tidak merdeka.berasa takut untuk melakukan sesuatu yg dilarang kerana sentiasa diperhatikan Tuannya.bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba...
Oh Allah..duhai Tuhanku..duhai Tuanku..duhai Pemilik seluruh jiwa..
ampunkan aku
ajari aku mnjd hambaMu yg taat
ajari aku mnjd hamba yg disayangiMu
ajari aku mnjd hamba yg patuh pd suruhanMu
ajari aku mnjd hamba yg benar2 punya sifat hamba..
ajari aku mnjd hamba yg sentiasa merasa diawasiMu
ajari aku mnjd hamba yg hidupnya hanya keranaMu
ajari aku mnjd hamba yg takut dan harap hanya pdMu
ajari aku mnjd hamba yg selalu menangis keranaMu
ajari aku mnjd hamba yg selalu merinduiMu
ajari aku mnjd hamba yg selalu resah mengenang dosa2nya yg menggunung tinggi
ajari aku mnjd hamba yg kuat menghadapi dugaan drMu
ajari aku mnjd hamba yg sangat n terlalu mencintaiMu...
terimalah taubat nasuhaku...
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.