Wednesday, June 24, 2009

indahnya ukhuwwah..



Dakwah ini telah memperkenalkan kita akan erti kemesraan, rasa lapang dan rasa nyamannya cinta.

Mungkin kita pernah merasai cintanya seorang lelaki, mak ayah, anak-anak dan sebagaianya..

tetapi kasih di atas nama Allah, menyayangi manusia yang baru kita kenal beberapa jam dan hari, tidak langsung sama dapat diungkapkan dengan kata-kata berbanding kasih setipikal itu..

Cinta kerana Allah, di atas jalan Allah dan untuk Allah ini….

Membasahkan kekontangan pada kerak-kerak hati yang rindu...

Menyirami suburan tanaman dakwah, yang tentu mengeringkan hati-hati yang kepenatan beramal...

Serta menjadikan hidup ini serba indah dengan matahari pada redupnya hari..

Hari-hari yang suram tatkala ujian dakwah itu mendatang..

Ukhuwah itu menyelamatkanku dari kekusutan yang ada..

Inilah dia ukhuwah

dipercikkan pada hamba-hambaNya tanpa disedari...

Asyik n manis...

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)

Dunia ukhuwah penuh cinta…betul tak sahabat2ku sayang?

kekadang rasa tak mampu untuk mengasihi semua shbt2 n adik2, merasai takutnya perasaan ditinggalkan dan dikecewakan...

Tapi Allah yang menciptakan hati manusia ini, hati yang satu-satunya anggota badan manusia yang boleh expand seluas-luasnya.. dan tentunya Allah tahu hati kita mampu untuk menampung banyaknya hati-hati manusia lain..Cuma tulah masalah aku….

nak sayang semua orang boleh..

nak follow up, nak bimbing, nak tanya khabar, nak call sorang-sorang tu,cabaran yang agak besar jugalah, sebab itu semua memerlukan masa n pengorbanan…dan aku selalu berharap, kesabaran mereka, kemaafan mereka padaku dapat membuatkan setiap ilmu yang kusampaikan buat mereka, walaupun sekejap, akan membuahkan kefahaman yang mendalam, lebih dalam dari mereka yang dapat bertemuku saban waktu…

hmm...The more you give, the more you get. Jgn risau krn Allah akan mudahkan walaupun kita rasa sgt tak mampu dan tak berdaya...jd, sayangilah n tunjukkanlah jalan kepada semua org disekelilingmu dgn penuh rasa mahabbah n rahmah!!

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.