Wednesday, June 24, 2009

Rejab

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu... -La Tahdzan

rejab dah menjelma...terasa bahang Ramadhan tak lama lg..
aku berazam nak menjadi yg lebih baik.
cukup dgn diri yg alpa n leka.

“Sesunguhnya bilangan bulan-bulan disisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian ialah agama yang betul lurus,maka janganlah kamu mengganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu(dengan melanggar larangannya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” -At Taubah;36

4 bulan tu ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. bulan2 yg dimuliakan subhanallah..aku mengajak diriku,ahli keluargaku,shbt2ku, n seluruhnya untk perbanyakkan amalan sunat.Mari kita banyakkan:

1) Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab

“Aku mendengar Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa rejab sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa”.-imam muslim

2) Banyakkan sedekah

“Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik dari dari tangan yang dibawah (penerima)”

3) Banyakkan zikir- tahmid,takbir,tasbih,wirid etc

“Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia”.- Ar Ra'd;28

Allah memandang hambaNya dgn penuh kasih sayang bg yg membanyakkan ibadah dgn ikhlas di hati...Ya Allah...kuatkan n ringankan badan kami melakukan ketaatan pdMu...hanya keranaMu...jdkan kami hamba yg dicintaiMu..

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.