Hujan yg turun…
Menenangkan hatiku yg sedih ini
Terasa dingin angin milikMU
Bagaikan KAU sedang memujuk hatiku ini
Solatku tadi terasa aman
Ku lihat burung bermandian gembira
Hatiku terhibur seketika
Hujan ini adalah rahmatMU buat sekelian alam
Ya Allah…
Tika hujanMU menitis
Air mataku turut mengalir sayu
Aku insan lemah
Kadang terkalah sendiri
Ya Allah………
Ku pohon padaMU tunjukkan pada adik-adikku jalan kebenaran
Jalan yg KAU redhai
Aku bukanlah kakak terbaik bagi mereka
Kerana aku serba kekurangan
Tapi ya Allah..
Kurniakan yg terbaik buat setiap adik-adikku
Pimpinlah mereka mengenalMU
Jangan biarkan mereka jauh dariMU
Jadikan mereka anak2 yg soleh bukan tholeh
Kabulkan doaku ini ya ALLAH..
AMEEN….
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.