Saturday, June 27, 2009

petanda

aku tgh tunggu subuh,pasni nak berduaan dgn Kekasih.nak msg shbtku,kot2 ada rezeki bleh bgn qiyam sekali.aku terfikir pasal shbtku.aku fhm perasaan shbtku sekarang ni,risau dlm pengharapan pd Yg Esa..memikirkan masalah adik2 yg tak tau bagaimana kesudahannya..memikirkan bagaimana harus disentuh hati adik2 yg terleka dgn ujian dunia yg indah pd pandangan manusia..usah kau risau sahabatku..pertolongan Allah sgt dekat..Allah tak pernah memungkiri janjiNya..usaha,sabar n bertaqwalah..dan masa itu pasti tiba.."siapa yg bertaqwa kepadaKu akan Aku tunjukkan jalan keluar bgnya, dan rezeki dari arah yg tidak disangka2nya,dan siapa yg bertawakkal kepadaKu maka Aku akan cukupkan keperluannya.."(At Talaq)doaku sentiasa untukmu sahabatku..adik2mu adik2ku jua..tanggungjawabku jua...kesatlah air matamu,diri ini akan sentiasa bersamamu,melangkah bersamamu...

jam dah 4.44am,aku baca tentang kematian.kisah dialog ant seorg lelaki dgn malaikat maut.cerita ni tak pasti kesahihannya,tp iktibar moralnya boleh diambil n yg penting sgt menginsafkan..if only I know that before...

seorg lelaki berkata kpd Malaikat Maut," Kau mendatangi manusia dgn cara yg tak sepatutnya. Kau dtg dgn cara mengejutkan n tanpa sebarang peringatan terlebih dahulu. peraturan yg menjadi sunnah alam ialah sebelum menghukum org bersalah, suatu peringatan akn diberi kepadanya untuk mberitahu pd sekian2 masa, hukuman akn dijatuhkan kepadanya. dgn demikian, org tersebut dapat membuat persedian rapi untuk berhadapan dgn tindakan yg akn dikenakan atas dirinya."

lalu Izrail menjawab,"Aku telah mengeluarkan begitu banyak peringatan yg tidak akan ada sesiapapun di dunia yg akan berbuat sepertiku.Tetapi tidak ada sesiapapun yg memberi perhatian terhadap peringatanku ini.Apa lagi yg perlu aku lakukan? Tidak sedarkah engkau wahai manusia, demam yg mendatangi, sakit kepala, pelbagai penyakit terutama di kala tua beserta uban di kepala dan lahirnya keturunan hingga ke cucu cicit adalah semuanya berupa bentuk2 peringatan dariku?Aku sentiasa memberi peringatan tanpa henti namun manusia tidak mengambil kisah mengenainya.Kesemua kesusahan n penyakit adalah berupa peringatan n amaran drp Allah yg menarik perhatian bahawa saat kematian sedang menjelang tiba!"

Cerita ini cukup menyentak jantungku.terdiam seketika.rupanya sudah terlalu banyak amaran n peringatan drp Allah di sekelilingku bhw kematian itu sgt dekat.ampunkan kami atas kelalaian kami...matikanlah kami dlm husnul khotimah...ameen..benarlah kata Rasulullah SAW, cukuplah mati sebagai peringatan...

459am
280609

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.