dialog2 hati di bwh adlah dipetik dr blog seorg sahabat..adakah semua yg berukhuwwah fillah mengalami perasaan yg sama seperti ini...apabila hati diikat oleh Allah,ikatan keranaNya...terlalu indah n sukar untuk berpisah..langsung tak rapuh seperti cinta couple yg menipu...
"...Dia datang untuk memberikanku hadiah teristimewa bagiku..
Iaitu kehadirannya di situ.
Dan entah mengapa, di saat aku melihat dia pulang ke kampung halamannya, hatiku bagai dicarik-carik dan dihiris-hiris dengan kesedihan yang amat…
Kenapalah begitu sekejap sekali pertemuan aku dan dia?
Kenapa begitu berat aku melihat dia meninggalkan aku??
Dan di akhir sujudku yang panjang, aku tidak dapat menahan derasan air mataku dari mencurah-curah. Seolah-olah air mataku itu gugur dari perasaan yang kudus, perasaan yang tidak dapat dimengertikan kecuali dengan air mata itu sendiri..
Ya Allah, mengapa di saat kita mengasihi seseorang, peritnya rasa di saat perpisahan?
Adakah beginikah rasanya bila kita mengasihi seseorang keranaMu….?
Antara rasa gembira dan sedih, kini aku telah sedar, betapa nikmat sayang dan cinta kerana Allah itu, adalah nikmat teristimewa, yang tentu tidak dapat dibeli dengan segenap kekayaan yang ada di dunia ini…"
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (HR Imam Ahmad)
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.