Siang tadi aku ber’ym’ dengan dia. Sehingga kini dia tak dapat memahami tindakan aku suatu ketika dahulu. Sudah berulang kali aku terangkan pada dia tapi masih juga begitu. Bukan tak paham tapi awk sengaja buat2 tak paham, mana mungkin orang yg berpelajaran seperti awk tidak memahami apa yg sy perkatakan. Sy sedih, bukan kerana tidak dapat bersama awk tapi kerana awk masih seperti dulu, masih mengejar cinta yg tak berkesudahan. Awk tanya sy samada sy masih mempunyai perasaan terhadap awk, jawapannya, sy sudah tak merasakan apa2 perasaan dengan awk. Semua perasaan itu sy kuburkan satu ketika dahulu,tika sy membuat keputusan untuk meninggalkan dunia percintaan yg hanya khayalan. Awk tanya samada sy akan tunggu awk, sy jawab sy tidak akan menunggu sesiapa pun. Pada saat& ketika bila mana ALLAH membuka pintu hati , maka pada waktu itulah sy akan menerima insan yg hadir. Sy sesekali tidak akan mendekatkan diri dalam jurang percintaan lagi. Berulang kali sy tegaskan pendirian sy, sy tidak akan bercinta sebelum kahwin. Bagi sy , cinta hanyalah selepas kahwin& cinta sy bukan untuk mana2 lelaki tetapi hanyalah untuk ‘dia’ yg telah ditetapkan oleh Allah.
Awk mengatakan sy sudah kuat& awk bangga dengan sy. Mengapa awk hanya berkata2 tetapi mengapa tidak awk laksanakan apa yg awk banggakan. Awk kata awk tak mampu, tapi sebenarnya semua itu hanyalah alasan awk. Tiada cinta yg lebih agung dari cinta Ilahi awk. sy tulis semua ni kerana sy tak mampu nak luahkan semua ni pada awk masa kita ym. Sy suruh awk baca blog sy tapi awk kata awk tak nak kerana akan teringat kat sy. Awk tanya semua dalam blog itu untuk awk ka..mestilah tak awk..semua yg ada dalam blog sy tu merupakan kehidupan sy setelah kita tiada apa2 hubungan lagi. Kehidupan yg sy bina setelah lama terpesong dari cinta Ilahi. Kehidupan yg sy amat sayangi kini. Kalau awk baca blog sy, awk akan lebih mengetahui tentang sebab atas tindakan sy. Tindakan sy dulu atas satu sebab yg tersangat kukuh, tiada siapa mampu menyangkalnya. Dan sy yakin dengan tindakan sy dulu, kini& selamanya.
Awk kata awk sangat memerlukan sy tapi sy telah tinggalkan awk. Sebenarnya kita lebih memerlukan Allah dari insan lain. Andai kita mengejar cinta ALLAH kita akan beroleh cinta manusia lain. Tiada apa2 dalam cinta sebelum kahwin awk, hanyalah keseronokan palsu, hanyalah pemuas nafsu yg ingin bermanja awk. Sy mampu hidup tanpa semua itu sehingga kini, mengapa tidak awk. Cukuplah cinta ILAHI& sahabat2 buat diri sy. Walaupun sy ni tidak alim, sekurang-kurangnya sy tidak mahu menambah dosa dengan berkapel. Sy tak tinggalkan sesiapa awk, yg sy tinggalkan hanyalah kehidupan lampau sy. Awk bukanlah milik sy& juga sy bukanlah milik awk. Kita semua milik DIA.
Sy doakan awk menemui cinta yg sebenarnya. Janganlah mengejar cinta manusia kerana awk kan kecewa akhirnya. Rasanya masa ym sy dah jelaskan segalanya, dah cukup terang lagi bersuluh untuk awk memahami semuanya. Terpulang pada awk, untuk menetapkan langkah seterusnya. Maafkan andai kata2 sy ada menyinggung perasaan awk. sy sekadar memberi peringatan sebagai seorang kawan, tak lebih dari itu….
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.