MengenalMu ya ALLAH
Jalannya penuh onak duri
Mulanya aku tersungkur& terus tersungkur
Namun Kau MAHA PENYAYANG
Tak dibiarkan aku terus rebah
Kau beri cahaya hidayah dalam hidupku
Pantas mengubah hidupku
Kau warnai hidupku ya ALLAH dengan lukisan2 pelangi
Kini aku berupaya mengenalMU
Terasa bagai semalam
Semuanya berlaku
Itulah kekuasaanMU
Bila Kau katakan ‘kun fayakun’
Maka terjadilah segala mengikut kehendakMU
Begitu sulit aku mengenaliMU
Kerana aku dibayangi dosa2 semalam
Alhamdulillah ya Allah
Terasa kini belaian dariMU buat insan kotor sepertiku
Ya Allah
Peliharalah aku senantiasa di bawah kasihMU
Penuhilah jiwaku dengan cinta untukMU
Aku rela sendiri hingga hujung nyawa
Asalkan hatiku sarat dengan cinta untuk MU ya ALLAH
Jalan menuju ALLAH sangat jauh,hanya mereka yang sanggup berkorban jiwa dan raga yang ikhlas sahaja yang akan sampai kepada ALLAH..--Hassan al-Banna
ReplyDelete