Ya Allah…
Segala nikmat ini hanyalah milikMU
Tiada satu pun milikku ya Allah
Mataku ini…
Walaupun sering dikatakan macam anak cina
Aku tetap mensyukuri-NYA ya Allah
Dengan mata pemberianMU ini
Aku mampu melihat keindahan alam fana ini
Aku mampu menatap wajah2 org yg aku sayangi
Mungkin dulu sepasang mataku ini pernah ternoda
Menghayati raut wajah yg tak sepatutnya
Tapi aku insaf ya Allah
Jadikan mataku tunduk hanya padaMU
Melihat pada tiap kekuasaanMU
Mulutku ini…
Walau kadang2 tak mampu dikawal
Tapi aku bersyukur
Kerana masih mampu berzikir mengingatiMU
Mengungkap sayang pada insan2 lain
Insan2 yg halal buatku
Moga mulutku ini hanya menguncapkan yg baik2
Moga dengan mulutku ini mampu
Membawa org sekeliling aku kembali padaMU
Akal yg KAU kurniakan buatku
Memandu aku dalam mencariMU
Membantu aku dalam menelusuri hidup ini
Hartaku ini
Terlalu banyak yg KAU berikan padaku
Moga aku gunakan untuk membantu insan2 lain
Harta ini milikMU ya Allah
Maka lapangkanlah hati ini
Untuk terus memberi& terus memberi
Kerna erti hidup pada memberi
Biarpun tidak sebanyak mana yg aku ada
Tapi aku pasti lebih ramai yg memerlukan
Maka akan aku infakkan segala hartaku buatMU
Ikhlaskan aku ya Allah
Dalam melaksanakan segala kebajikan
HidayahMU laksana cahaya baru dalam hidupku
Mewarnai tiap detik
Mencorakkan hati yg telah lama sepi
Kerna hidayahMU
Aku mula kuat untuk bermujahadah melawan perasaan sendiri
Indahnya rasa berada dekat denganMU
Deritanya jiwa bila terasa jauh dariMU
Ilmu yg KAU kurniakan buatku begitu luas
Dari dulu sehinggalah sekarang
KAU lapangkan dadaku untuk menerima tiap ilmu
KAU tajamkan fikiranku untuk mempelajarinya
Tika rasa tertekan kerana lelah mendalami ilmu milikMU
KAU kurniakan ketenangan buatku untuk terus berjuang
KAU tiupkan semangatku agar berkobar-kobar
Semua ilmu ini hanyalah milikMU
Andai ada yg berkata aku bijak
Kebijaksanaan ini , tak lain tak bukan hanyalah dariMU
Andai ingin disebut rahmatMU dalam hidupku
Rasanya tak tertulis semuanya
Jika diambil semua air lautan pun untuk menulis tentang nikmat Ilahi
Mustahil akan cukup
Kerna rahmat ALLAH terbentang luas di muka bumi ini
Jadikanlah kami insan2 yg mensyukuri tiap pemberianMU
No comments:
Post a Comment
Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.