Sunday, July 26, 2009

Kalimat cinta dalam hidupku

Seawal usia aku sudah terdedah kepada cinta manusia.
Sudah hanyut dalam gelombang cinta
Sejak itu hidup aku dipenuhi cinta kaum adam
Hilang patah silih berganti
Walaupun hubungan tidak serius tetapi aku bahagia
Namun aku alpa tentang realiti hidupku yg sebenar
Lama sekali aku lemas, aku leka dalam cinta mainan syaitan
Sehinggakan aku tak sedar yg aku semakin jauh dari DIA
Ibadahku hanyalah sebagai prasyarat
Tiada lansung rasa kemanisan tika mengingati-MU ya Allah
Pabila ujian mendatang baru aku sibuk menangis kepadaMU
Pada saat itu, cintaku hanya disandarkan pada sang manusia
Cintaku hanya penuh tipu daya,hanya penuh kemaksiatan
Tapi Allah itu Maha Penyayang
Dia mengeluarkan aku dari dunia penuh noda
Dia hadiahkan aku hidayah yg tersangat bernilai
Waktu itu, aku mula terjaga dari mimpi semalam
Walau perit untuk aku tinggalkan semuanya
Tapi, itulah yg telah aku lakukan
Berbekalkan sokongan sahabat2 , yg pastinya dengan kekuatan yg DIA kurniakan
Aku menjadi diriku yg sekarang
Tidak lagi sibuk mencari cinta yg tak menjanjikan apa2
Hampir 3 tahun semuanya telah berlalu
Kini aku bukan lagi diriku yg dulu
Pabila terasa nak bermsg dengan kaum berlainan jantina, hatiku terdetik ‘JANGAN DIUJI IMAN SENDIRI’
Kalau dulu, aku hidup bertemankan kaum adam
Tapi kini, aku tidak lagi memerlukan mereka
Cukuplah Allah bagiku
Telah DIA kurniakan aku sahabat2 yg sangat mengasihi aku
Kasih sayang mereka melebihi kasih sayang yg pernah aku rasai dulu
Kasih sayang mereka tulus, suci& tidak mengharapkan balasan
Itulah kasih sayang kerana ILAHI
Cinta …
Aku tak lagi keliru pabila mengungkapkan kalimat ini
Kerana aku sudah merasai cinta manusia juga cinta Ilahi
Dan aku yakin, tiada yg lebih bermakna dari cinta ILAHI
Akan aku membersihkan hati yg telah lama tercemar dengan cinta terlarang
Agar aku dapat meraih cinta yg sebenar-benar cinta…………..

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.