Friday, July 3, 2009

jalan pulang

Esok aku akan balik ke Kuantan meneruskan perjuangan bersama sahabat2 tersayang. Puas sudah bercuti kali ini. Berehat sepenuh masa tanpa perlu memikirkan pasal study. Alhamdulillah , cuti ini banyak benda aku dapat belajar. Rasa bermakna cuti kali ini, walaupun masih tak mencukupi tapi aku bersukur kerana dapat mengisi masa ini dengan sesuatu yg mampu mendekatkan diriku kepada DIA. Terima kasih kepada sahabatku yg tersayang kerana banyak mengajar diri ini juga banyak menasihati& memberi sokongan tika ujian menimpa. Aku harap aku mampu istiqamah dalam meneruskan usaha mendekatkan diri kepada DIA& harapnya aku mampu membantu sahabat2 yg masih terkapai2 mencariNYA. Bukan mudah untuk menyedari hakikat kesilapan yg kita lakukan& tak mudah juga untuk memperbetulkan segalanya. TETAPI, sekali kita menyedari tentang dosa2 silam kita, maka cubalah untuk mengubahnya. Jangan biarkan diri kita hanyut dalam dosa yg sama berulang kali. Syukur padaMU YA RABBI, Kau tunjukkan aku jalan yg lurus, jalan orang2 yg Kau redhai……………..

Ya Allah…..
Ku bersyukur padaMU kerna tunjukkan aku jalan pulang
Tika aku lemas dengan dosa&noda
Kau benarkan aku merasai nikmat rasa berada di bawah lindunganMU
Terasa begitu tenang ya Allah
Hati ini, jiwa ini…terasa terisi
KasihMU begitu lembut
Ikhlaskan hatiku ya Allah
Untuk terus beribadah hanya kepadaMU
Kuatkan aku agar dapat aku menghulurkan tangan buat sahabat2 lain
Terimalah taubatku ya Allah
Ampunkan aku….
Janjiku padaMU abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya KAU seru hujung nyawaku
Andai langkah ini terhenti…
Kau permudahkan segalanya untukku ya Allah
Ampunkan segala dosa2 silamku ya Allah
Ya Rahman, Ya Rahim….
Kurniakan buat keluargaku, sanak saudaraku, sahabat2ku, seluruh umat Islam
HidayahMU….
KeampunanMU…..
Berkatilah tiap apa yg mereka lakukan
Aku tak mampu membalas segala jasa mereka
Hanya KAU mampu memberikan selayaknya buat mereka
Terima kasih untuk segalanya akak…
Kasih sayangmu terlalu berharga buat diri adik
insyaAllah panjang umur kita bertemu kembali
Bersama2 kita bantu mereka di luar sana
Yang masih dahagakan cinta Ilahi, yg masih mencari RABB yg satu
Moga ukhwah kita kekal hingga ke syurga……ameen
Sayang semua………….

No comments:

Post a Comment

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.