
Seringkali kita mendengar masyarakat mencaci remaja-remaja yg terlibat dengan gejala social, mengutuk mereka yg membuang bayi, mencemuh mat rempit di jalanan dan macam-macam lagi. Siapakah kita untuk menilai mereka apatah lagi untuk menghukum mereka dengan pelbagai gelaran, adakah kita merasakan kita sudah cukup baik, sudah cukup sempurna? Adakah kita yakin syurga itu akan kita diami kelak?
Janganlah kita memandang mereka yg dalam kegelapan dengan pandangan yg hina, tapi sambutlah dan peganglah tangan mereka. Mereka juga manusia biasa, yg punya hati dan perasaan. Mereka juga inginkan kehidupan yg bahagia dan tenang. Kadang-kadang segalanya berlaku kerana desakan hidup juga kerana kurangnya didikan agama daripada keluarga. Maka tidak seharusnya kita menambahkan lagi penderitaan mereka. Lihatlah mereka dengan pandangan kasih sayang, cubalah untuk memahami jiwa mereka.
Semua manusia merupakan mad’u yg perlu didekati dengan cara yg berhemah. Kita manusia berasal dari tanah, dan tanah ini bermacam2 jenis; tanah liat, tanah pasir, tanah gambut dan bermacam2 lagi. Manusia juga begitu, terdapat berbagai ragam dan setiap dari kita punya kisah hidup yg berbeza. Dekatilah manusia melalui cara yg terbaik dan disenanginya. Jangan menggunakan kekerasan dan sindiran dalam menjalin hubungan dengan manusia. Mungkin dia telah melakukan dosa-dosa yg tidak terkira tapi itu adalah kisah silamnya, mungkin ibadahnya hari ini lebih baik dari kita. Allah tidak melihat kepada permulaan hidup seseorang tetapi bagaimana pengakhiran kehidupan seseorang itu.
Kita sebagai insan-insan yg telah menjumpai dan menikmati fikrah Islam perlu berusaha dan bergerak mendekati insan-insan yg masih jauh dari Islam. Kita tidak boleh berkata bukan-bukan kepada mereka dan menyalahkan mereka. Mereka adalah objek dakwah kita. Apakah kita punya hak untuk menafikan hidayah Allah kepada manusia lain? Bahkan manusia yg faham itu, bertanggungjawab menyampaikan kefahaman Islamnya kepada orang yg tidak memahami, walaupun dia baru memahami Islam sedikit sahaja.
“Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”( Riwayat Bukhari)
jauhnya saya dari ciri2 pendakwah itu...
ReplyDeleteusaha terus!
satu peringatan yg cukup bermakna buat setiap da'ie..moga kita menjadi da'ie yg sebenar2nya..
ReplyDelete