Saturday, June 11, 2011

Agar kesalahan menjadi pintu kebaikan

“ Tidak ada seorangpun yg meninggalkan suatu keburukan yg ia rasakan nikmat, hanya kerana Allah, kecuali ia pasti ia akan menemukan gantinya dari Allah”( Ibnu Sirin)

Alhamdulillah dalam satu majlis ilmu minggu ini, mak cik telah berkongsi tentang tazkirah ni. Mak cik memetik tazkirah ini daripada buku indon bertajuk, ‘ Mencari Mutiara di Dasar Hati’ keluaran Tarbawi Press. Buku2 Tarbawi Press sangat menyentuh hati dengan ayat-ayatnya yg sangat mendalam.

Rabi’ bin Hutsaim, seorang tabi’in yg terkenal dengan sikapnya dalam mensucikan jiwa mengatakan, “ Seandainya manusia itu tahu tentang aibnya sendiri niscaya tidak ada orang yg mau mencela aib org lain.” Suatu ketika, dia pernah ditanya seorang sahabatnya, ‘ Wahai Abu Yazid(panggilan Rabi’); mengapa engkau tidak pernah mencela org lain? Dia menjawab, “ Demi Allah, Jiwaku saja belum tentu diredhai Allah, lalu untuk apa aku mencela orang lain? Benar kata Rabi’ , kita hari ini hanya melihat kepada dosa orang lain dan mencela mereka sedangkan dosa kita sendiri menggunung tinggi. Kita sibuk mengkritik kehidupan orang di sekeliling kita, ‘dia ni social la, tak tutup aurat la’ tapi kritikan kita itu hanya sekadar kritikan bukan untuk membantu mereka di luar sana.

Sahabat-sahabat…
Siapa di antara kita yg kuat menahan malu andai kita tahu list-list kesalahan kita, kemaksiatan juga perintah Allah yg telah kita langgar? Siapa di antara kita yg mampu menahan rasa hina tiada tara, jika kita mengetahui catatan perilaku buruk yg sudah kita lakukan? Hidup yg kita lalui terlalu singkat. Adakah kita mahu menanggung penyesalan akibat dosa noda yg kita lakukan berulang-ulang kali?

Saudaraku, mari perbaharui taubat
Mari perbanyak istighfar dan memohon ampun pada Allah. Rasulullah menggambarkan, dosa seperti noda hitam di dalam hati. Kian banyak noda hitam dalam hati, maka hati bisa menjadi hitam legam, kelam. Titik2 hitam inilah yg akan menyebabkan manusia tak mampu lagi memandang dan meninmbang kebenaran. Hasan Al Bashri menyebutkan kebaikan itu member cahaya dalam hati, melahirkan kekuatan bagi tubuh. Sementara keburukan akan menggelapkan hati, melemahkan tubuh, serta mempengaruhi fizikal. Kesan dosa dalam hidup kita sangat besar, mungkin kita tidak menyedarinya. Antara kesannya adalah seperti dalam sabda Rasulullah saw, “ Seseorang dihalangi rezkinya kerana dosa yg dia lakukan”( HR Ibnu Majah).

Kemaksiatan yg pernah kita lakukan bukanlah penghujung segalanya. Dosa-dosa silam kita yg tidak diketahui sesiapa tidak bermakna sudah tiada sinar harapan buat kita, melakukan dosa tidak bererti kejatuhan yg tak mungkin untuk kita bangkit kembali. Yang penting di sini adalah, memperbaharui taubat kita walau kita berulang-ulang melakukan kesalahan yg sama. Imam Ibnul Qyyim menghuraikan tentang kesalahan dan dosa yg dibuat oleh Nabiyullah Adam as hingga dikeluarkan dari syurga.

Dalam kitab Al Fawaid, Ibnul Qayyim menulis bahawa mungkin syaitan yg dengki gembira dengan jatuhnya Adam dan Hawa ke lembah dosa dan terpeleset dari surge. Tapi sesungguhnya , keluarnya Adam dan Hawa dari surga menyebabkan lahirnya anak cucunya yg kelak menajdi khalifah di muka bumi ini. Bahkan ada hadis Rasulullah yg menyebutkan, “ Dan demi Dzat yg diriku ada di kekuasaanNya, jika kalaian tidak melakukan dosa, niscaya Allah akan mendatangkan kaum lain yg akan berdosa, kemudian mereka bertaubat dan Allah menerima taubat mereka.”(HR Muslim)

Ibnul Qayyim setelah itu memberi komentar sangat indah bahwa ketika Adam dikeluarkan dari surge kerana kesalahannya, tidak bererti bahawa Allah tidak mempedulikannya. Allah tetap memelihara keturunan Adam dan anak cucunya. Kerana selanjutnya, Allah pun tetap akan memberikan syurga untuk Adam dan anak cucunya yg beriman dan taat kepada Allah. “ Jadi ,dikeluarkankannya Adam dari syurga hanya sementara waktu seolah-olah untuk menyempurnakan bangunan syurga itu sendiri. Sama seperti manusia yg ingin melakukan renovasi tempat tinggal lalu ia harus keluar dari rumah itu sementara dan kembali lagi,” tulis Ibnul Qayyim

Kemaksiatan dan dosa, ternyata bisa saja menjadi pintu kebaikan bagi pelakunya, syaratnya hanya satu iaitu perbaharui taubat. Pintu kebaikan ada di mana saja. Termasuk di hadapan pelaku kemaksiatan. Jangan mencela berlebihan perilaku maksiat yg dilakukan oleh orang lain kerana mungkin pelakunya itu di suatu ketika menjadi insan yg lebih baik berbanding kita.

Tinggalkan kemaksiatan, sesali dosa, perbaharui taubat, jangan biarkan diri hanyut dalam nikmatnya ayunan kesalahan. Ingat saudaraku, jika kita ikhlas, Allah pasti akan menggantikan kenikmatan dosa yg kita tinggalkan dengan sesuatu yg jauh lebih indah dan nikmat sejak di dunia, terlebih di akhirat…..

1 comment:

  1. "jangan kamu memanggil pendosa kepada orang yang melakukan maksiat,kerana dia melakukan dosa dalam gelap,sedangkan kita melakukan dosa dalam terang. jangan menghukum orang yang melakukan dosa yang menggunung,kerana sebesar-besar dosa yang dilakukan,lebih besar pengampunan Allah kepada hamba-Nya. jangan kamu mencela orang yang bebruat jahat,kerana dia bisa bertaubat."-HAMKA

    ReplyDelete

Pesanan,komen,luahan hati,nasihat,kritikan dialu-alukan. Terima Kasih.