Tuesday, May 17, 2011

Nahnu Dua't Qobla Kulli Syai'.. walau dlm apa jua kondisi pun...


Nama Mohammad Sohail kini menjadi sebutan di Amerika. Namanya menjadi sebutan dan mendapat liputan di arus media selepas seorang lelaki cuba merompak kedai Shirley Express iaitu kedai milik Mohammad Sohail di Shirley, New York pada Mei 2010.



Perompak itu masuk dengan memegang tongkat baseball dan menuntut wang. Tetapi Sohail nekad dengan memutuskan untuk menarik keluar senapang.Perompak terkejut dengan tindakan Sohail dan dia terus melutut ke tanah. Sebenarnya senapang itu tidak mempunyai peluru.


Perompak mula menangis seperti budak kecil, mengatakan dia hanya merompak kedai kerana dia tidak punya pekerjaan dan keluarganya sudah tidak mempunyai bekalan makanan. Sohail kasihan selepas mendengar rintihan perompak tersebut

"Ketika saya melihat dia mulai menangis, saya dapat rasakan yang dia terdesak dalam hidupnya sehingga mengambil keputusan untuk mencuri" katanya kepada CNN.

Sohail meminta perompak itu berjanji supaya untuk tidak merompak lagi, kemudian memberinya $ 40 dan roti. Lelaki itu menjawab dengan mengatakan ia ingin menjadi Muslim seperti Sohail. Sohail memberitahu dua kalimah syahadah dan memberikan nama Zardari Nawaz Sharif kepada perompak tersebut.

Sementara Sohail pergi untuk mendapatkan susu untuk perompak, perompak itu terus melarikan diri. Namun Sohail tidak menekan butang amaran selepas itu dan membiarkan perompak itu melarikan diri.

Selepas orang lain mengetahui tentang kebaikannya, mereka mula menghantar wang kepadanya. Tetapi Sohail tidak menggunakan untuk dirinya. Dia memutuskan untuk memberikan kepada orang orang yang tidak berkemampuan dengan menawarkan roti dan kopi setiap malam.



Minggu ini Sohail menerima surat tanpa alamat pengirim yang mengandungi $ 50 dan nota. Kandungan surat itu:

"Anda telah menukar keseluruhan hidup saya ... Pada waktu itu saya tidak punyai duit, tidak punyai makanan, meja saya kosong, saya tak punyai kerja. Saya tahu ini kerja yang slah dengan merompak tetapi saya tidak punyai pilihan. Saya perlu memberi makanan kepada keluarga saya. Bila kamu acukan senapang, saya yakin 100% saya akan mati. " Tapi kamu telah menjadi inspirasi saya untuk saya menjadi "muslim sebenar"

"Saya sangat gembira bahawa seseorang itu telah mengubah hidupnya," kata Sohail dalam temuramahnya dengan CNN. "Jika dia masih lagi melakukan jenayah, hidup dia takkan berubah. Jadi sekarang dia adalah orang yang baik di dalam komuniti ini dan saya sangat gembira untuk itu. Dia tinggal keluar dari masalah, dia tidak dalam penjara, dan boleh mengurus keluarganya dengan baik . "



[dipetik dr sini]
waquli'malu...bekerjalah kamu,maka Allah akan melihat pekerjaanmu..
(At Taubah:105)

Sunday, May 8, 2011

Muslimah sejati….jadilah seperti Pohon Semalu..



‘Pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan’

Muslimah jadilah kita seperti pohon semalu yg tumbuhnya hanya di pinggir yg tersembunyi dan jarang2 dipijak orang untuk tumbuh subur. Sebagai wanita seharusnya kita bijak dalam membawa diri, tidak perlu kita mencari keglamouran di depan manusia apatah lagi di hadapan kaum adam. Aurat kita perlu dipelihara sebaiknya, aurat ini adalah amanah buat kita bukan untuk ditayangkan sesuka hati kepada sesiapa sahaja. Jika kita lebih menyukai barang yg disimpan di tempat yg tertutup berbanding barang yg terdedah, begitu jugalah Allah nak kita pelihara aurat agar nampak mahal dan istimewa. Kalau kita tak nak sesuatu yg tercemar dengan debu, Allah juga tidak mahu aurat kita tercemar dengan pandangan kejahatan.

Andai kita mempunyai barangan kesayangan, pasti kita akan menghargainya, menjaganya serta mambalut dan menyampulnya sekemas-kemasnya. Begitu juga salah satu cara Allah nak tunjukkan kasih sayangNya pada kita. Allah menghargai kaum Hawa dengan mensyariatkan perbatasan aurat. Dengan tabir diri, kita akan terpelihara catik, unggul dan istimewa.

Pohon semalu sering dibuang orang contohnya bila ibu-ibu kita membersihkan halaman rumah, pasti semua pohon semalu yg dijumpainya akan dibuang. Apa yg perlu kita hairankan jika sesuatu itu kelihatan terbuang? Rasulullah saw ,nabi kesayangan kita juga terbuang dan dimusuhi kerana Islam. Namun andai Baginda dibuang oleh seorang manusia, berpuluh-puluh yg lain menyanginya. Kenapa? Kerana Baginda dibela Allah, tak pernah terbuang pada pandanganNya, tetap istimewa di hati pencinta Allah dan RasulNya. Yang paling penting dalam hidup kita adalah pandangan Allah bukan pandangan manusia. Biarlah semua manusia membuang kita asalkan kita tetap berjaya memenangi pandangan Allah. Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang kembali. Kita berada di akhir zaman, zaman di mana segala kebaikan dan kebenaran tampak asing di mata manusia. Pabila mujahidah kita mengenakan busana muslimah yg menutup aurat, itu dikatakan pelik dan ketinggalan zaman tapi apabila wanita-wanita berpakaian yg dapat meragut keimanan mujahid-mujahid harapan agama, itu dikatakan mengikut trend dan cantik. Umat Islam hari ini sendiri sudah jauh dari agama ini. Beruntunglah bagi mereka yg terasing kerana Allah.

Pohon semalu bersifat pemalu. Sifat malu adalah lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Malu juga melambangkan keimanan dalam hati kita.

Sabda Rasulullah: ‘Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yg satu diangkat nescaya terangkat pula yg satu lagi(.H.R.al-BAIHAQI)

Bersama dengan sifat malunya itu ada duri yg tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yg lahir daripaa iman. Duri itu ibarat senjata yg mahu meruntuhkan semua kemungkaran yg ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah. Pohon semalu jiga mengeluarkan bunga ungu yg cantik. Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yg cantik menawan.

Selain itu, dedaun yg menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah, dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya. Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup Islam yg sebenar.

Diedit dari Novel ‘Tautan Hati’ tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin

-Mujahadahku-

Monday, May 2, 2011

PERISTIWA-PERISTIWA AKHIR ZAMAN


Dipetik dari buku ‘40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman’

1)Umat Islam Mengikuti Langkah Yahudi& Nasrani

Daripada Abu S’aid Al Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “ Kamu akan mengikut jejak langkahumat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya “ Ya Rasulullah ! Apakah Yahudi & Nashrani yg kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, ‘Siapa lagi kalau bukan mereka”.
H.R MUSLIM


Umat islam akan mengikut jejak langkah atau ‘cara hidup’ orang2 Yahudi& Nasharani. Kita dapat melihat dengan jelas apa yg Rasulullah perkatakan dalam hadisnya ini, ramai umat Islam yg kehilangan pegangan di dalam kehidupan . Mereka banyak meniru ‘ cara hidup’Yahudi & Nashrani samada mereka sedar atau tidak.

2)Penyakit Umat-Umat Dahulu

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit yg pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya , “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw menjawab , “ Penyakit-penyakit itu ialah :
1. Terlalu banyak seronok
2. Terlalu mewah
3. Menghimpun harta sebanyak mungkin
4. Tipu menipu dalammerebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi”
H.R HAKIM

3)Islam Kembali Dagang

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw: “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yg asing”
H.R. MUSLIM


4)Bahaya Kemewahan

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.; “ Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yg bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya Baginda menangis & menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu & memandang nasib Mus’ab sekarang…….Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda “ Bagaimanakah keadaan kamu pada satu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yg lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yg lain. Dan kamu menutupi(menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja & tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw bersabda, “ Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”
H.R TIRMIZI


5)Orang yang baik berkurangan sedang yang jahat bertambah banyak

Daripada Aisyah r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda ; “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) & hujan akan menjadi panas( hujan akan berkurangan& cuaca akan menjadi panas) & akan bertambah ramai orang yg tercela & akan berkurangan org yg baik, dan anak-anak menjadi berani melawan oranr2 tua dan org yg jahat berani melawan org2 yg baik”.
H.R. THABRANI

Sunday, March 13, 2011

Cemburunya Aku


Begitu aku mencemburui
mereka yang dekat dengan Allah
kata-kata mereka adalah mutiara
siraman yang membasahkan jiwa
terubat ruh yang dahaga
akhlak mereka itulah Al Quran
cetakan tarbiyah Rasulullah SAW
indah peribadi dan akhlak
biasan keikhlasan cinta padaNya
tawadhu' menghiasi diri
tiada kata-kata dusta dan sia-sia
pandangan yang sentiasa terjaga
malu di puncak tertinggi
tiada ruang untuk maksiat mendekati..


Cemburunya aku dengan kekasih-kekasihMu
setiap masa mereka kekal merinduiMu
setiap detik mereka sentiasa memburu cintaMu
hati mereka bersih dari prasangka
hati mereka subur dengan taqwa
hati mereka membara dengan cinta


Cemburunya aku dengan mereka
zikir menjadi hiburan dalam hidup
taubat teman rapat di dunia
iman mekar dalam jiwa
hatiku mengharu biru diusik rindu
rindu bertemu cintanya yang Satu
semoga suatu hari nanti
aku menjadi seperti 'mereka'
yang kekal dalam Rahmat dan CintaNya...

Nuur Ilahi
130311

p/s:bingkisan buat robithoh hatiku,mereka yang seperjuangan.uhibbukum fillah abadan abadaa insyaAllah..semoga Allah membenarkan pertemuan kita semua di syurgaNya...

Saturday, November 20, 2010

Amanah....


Cuti ini aku berpeluang untuk menemui seorang teman lama semasa sekolah dahulu. Alhamdulillah atas kesempatan yg Allah berikan buat diri ini. Masa yg dihabiskan begitu bermakna kerana sahabatku ini berpeluang meluahkan segala masalahnya. Ujian datang mencurah-curah buatnya, ujian hidup membuatkan dirinya makin kurus& tampak tak bermaya. Semasa berhenti di tempat parking dia mula membuka segala kekusutan dalam jiwanya dan kami duduk di dalam kereta hampir 30 minit.Satu demi satu masalah diceritakan kepadaku sambil air matanya mengalir tanpa henti. Kemudian aku menemaninya membeli barangan untuk dibawa ke tempat kerja baru kelak.

Setelah habis membeli barangan kami menuju ke kedai untuk minum. Perbincangan di sambung semula mengenai apa yg berlaku dalam hidupnya. Aku hanya mampu menenangkan dirinya sambil tak putus2 memberi semangat buat dirinya. Ujian buat dirinya memang berat, setiap malam dia akan menangis sehinggalah dia tertidur. Kata sahabatku, dia tak mampu hidup bersendirian, dia tiada kekuatan kerana tiada orang yg memberikan sokongan juga semangat kepadanya. Dia kata alangkah bahagianya kiranya dia punya sahabat yg ramai seperti aku, hinggakan dia mahu mengajak aku menemaninya ke tempat kerja barunya untuk terus memberikan semangat juga nasihat kepada dirinya.

Terasa serba salah diri ini kerana jelaslah aku bukanlah sahabat yg baik apalagi seorang da’ie. Berdosanya aku pada dirimu sahabat kerana membiarkan kau terumbang ambing selama ini, kau ku biarkan tanpa aku bertanya khabar berita. Aku sekadar mengetahui keadaanmu dari facebook,membaca statusmu yg sering berada dalam kesedihan, tapi aku tidak sungguh bertanya tentang khabarmu kerna aku terlalu sibuk dengan duniaku…aku sibuk membina diriku dan orang lain di sini tanpa aku sedari masih ramai yg memerlukan aku…maafkan aku semua….aku bersalah kepada kalian….aku gagal menjalankan tanggungjawab aku sebagai sesama muslim. Perasaan bersalah mencengkam hatiku ini…

Dari saat itu aku tersedar, masih ramai insan di luar sana yg dahagakan cahaya Ilahi yg mendambakan kasihNya. Mungkin kerana tiada orang yg menyampaikan kepada mereka maka mereka terus dalam kegelapan. Aku khuatir nanti mereka akan meyalahkan aku tika di akhirat sana kerana tidak mengajak mereka kepada kebenaran, tidak membantu mereka tika mereka meraba dalam kegelapan.

Ya Allah, kuatkan aku…kuatkan aku…..aku hanyalah insan lemah, insan hina. Kuatkan fizikal& rohaniku untuk aku membantu insan lain. Untuk aku menyampaikan nur Islam kepada seluruh manusia. Aku ingin setiap nafasku dihazafkan untuk menyebarkan kalimah Allah…bagi memastikan kemanisan Islam sampai kepada setiap individu di bumi ini. Walau aku tidak punya ilmu juga kelebihan seperti orang lain, tapi akan aku berikan apa yg aku termampu, akan aku kongsikan apa yg aku ketahui dan juga akan aku sayangi mereka sepenuh hati kerana kita semua adalah bersaudara.

Ya Allah, Kau saksikanlah aku berjanji untuk meyerahkan seluruh hidupku kepadaMu , untuk meninggikan syiarKu di bumi milikMu ini…….

Mujahadahku...

Friday, November 19, 2010

Anugerah....


Bismillah hirahman nirrahim………

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Anugerah dariMu ya Allah, cahaya hidayah buat menerangi kehidupanku yg masih tersisa ini. Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana nur yg memancar dalam hidup ini. Tidak pernah terdetik hati ini bahawa aku akan merasai hidayah Allah yg terlalu indah. Aku pasti ramai yg telah melalui apa yg aku lalui, ditunjukkan jalan pulang setelah kian lama lemas dalam dunia yg menyempitkan nafas ini.

Iman dalam diri kita ini ada naik turunnya, dan tika iman sedang memuncak maka segala yg kita lakukan terasa ada ruhnya tapi apabila iman sedang menurun, kekosongan merobek hati. Terasa semuanya serba tak kena, ibadah pun mula hilang lazatnya. Maka, saat itu kita harus sensitive dengan diri kita, jangan biarkan diri kita terus jatuh menjunam, jangan biarkan syaitan menang menguasai diri kita. Bangkitlah, perbaharui niat kita, sucikan kembali hatimu. Mungkin kerana terlalu asyik dengan urusan dunia menyebabkan kita alpa kepada kekasih hati kita.

Rawatlah hati yg sedang mendambakan kasih Ilahi itu tapi sepertimana pahitnya ubat untuk merawat penyakit seperti itu jugalah pahitnya ubat untuk merawat hati kita. Berzikir, solat sunat, qiyam, membaca Al Quran, berselawat… semuanya pasti terasa berat untuk dilakukan, tapi itulah ubat yg paling mujarab untuk menyembuhkan hati yg sedang menderita. Biar terpaksa pada awalnya, kerana akhirnya pasti akan muncul kemanisannya.

Walau kita kalah dalam mujahadah kita tetapi janganlah berputus asa. Teruskan bermujahadah walaupun kita rasa terseksa walau kita rasa menderita ,kerana Allah melihat tiap usaha kita, tiap tangisan kita. Apa yg penting agar kita terus berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada pencipta kita. Tiada apa yg kita cari dalam hidup ini melainkan ‘Mardhatillah’ iaitu keredhaan Ilahi. Hanya padaNya kita sandarkan seluruh hidup kita, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku juga matiku hanyalah untukMu ya Allah. Terimalah pengabdian kami ini ya Allah………..

Mujahadahku...

Tuesday, October 26, 2010

.:Cont'd Shahadatul Haq:.




Jadi, maksud sebenar syahadatul-haq ini adalah menjelaskan kpd seluruh manusia tentang kebenaran yg nyata ini dan membimbing mereka utk melalui satu2nya jalan yg menghubungkn mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai contoh, kita singkap kembali kisah Abu Dzar Al-Ghiffari yg apabila dia beriman, tanpa ditunggu2 terus dia menyeru org ramai supaya turut beriman, walaupun dia tahu dia akan dipukul teruk oleh org2 kafir Quraisy. Kerana Abu Dzar merasai sgt indahnya Islam tu, seboleh2nya dia nk org lain merasakan juga apa yg dia rasa..

Ada satu lg soalan yg perlu dibangkitkan di sini. Apakah yg dimaksudkan dgn ‘aku naik saksi’ or ‘aku bersaksi’ dlm kalimah syahadah tu? Ia bukan shj membawa maksud yg kita mengakui dgn sepenuh hati, lisan dan perbuatan yg tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, tp ia membawa maksud yg lebih luas dr itu. Utk menjawab soalan ini, mari kita renung ayat ni:

“Dan demikian pula Kami menjadikan kamu (umat Islam) ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu…”
Al-Baqarah: 143


Di dalam ayat tersebut, Allah ada menyebut yg umat islam ini adalah umat pertengahan. Apakah maksud umat pertengahan tu? Maksudnya, kita (umat islam) adalah perantara antara Rasulullah dan manusia seluruhnya, utk menyampaikan kalimah Allah di muka bumi. Umat islam ini menjadi saksi kepada org lain tntg kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu sendiri menjadi saksi kpd kita.

Baiklah, apa maksud saksi tu?? Analoginya seperti ini..

Ada sebuah syarikat, dia ada buat produk menguruskan badan. Macam mana nk menjual produk tu? Tentulah dgn membuat promosi habis2an, buat iklan utk tunjuk keberkesanan produk yg dijual. Bukan setakat iklan je, dia ambik bbrp org utk jadi model / saksi kpd org ramai, nk tunjukkan yg dlm bbrp minggu je, model2 ni dh kurus melidi.. barulah org percaya, kan?

Macam tu jugakla dgn kita. Sbg seorang muslim, kita adalah saksi kpd manusia yg lain tentang keindahan dan kesempurnaan Islam. Kita kena tunjukkan dan yakinkan org lain bahawa Islam itu agama yg benar, yg membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat..

Jadi, jelaslah di sini maksud ‘syahadatul-haq’.Tuntutan syahadatul-haq ini telah Allah sebut dalam firman-Nya:

“..Katakanlah: “Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?” Allah tidk lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.”
Al-Baqarah: 140


Jelaslah di sini bahawa Allah menuntut kita supaya melaksanakan tuntutan syahadatul-haq ni. Nnti di akhirat kelak, jika ada org bukan Islam yg berhujah dgn Allah, mengatakan yg dia tidak tahu Islam sbb tiada yg bgtahu kt dia, macam mana? Seandainya dia menuding jari kt kita, menyalahkan kita yg x pernah berusaha utk menerangkan tntg Islam kpd dia? Nauzubillah.. (takut pula bila fikirkan pasal ni.)

Tapi, bagaimanakah caranya utk menunaikan tuntutan ini? Sebab tu kita kena berdakwah.Ada org bila dgr word ‘dakwah’, diorg dh takut dh. jangan, usah takut dgn perkataan dakwah ni.

‘Dakwah’ dalam bahasanya bermaksud ‘mengajak’. Apabila kita hendak berdakwah, bukanlah bermaksud kena buat program yang besar-besaran itu dan ini, atau berceramah pasal agama je. Ajak org pegi program pun sudah dikira berdakwah. Bercerita kisah2 pengajaran, berbuat baik dgn org, membantu org yg dibelenggu kesusahan pun dikira berdakwah juga. Kadang2 dgn senyuman pun kita dh boleh berdakwah. Mana tau, bila kita senyum kat org yg buat tak elok/menyakitkan hati kita, terbuka hati dia utk berhenti drpd menyakiti org lain ke..kan?

Dakwah ini ada dua. Bukan sahaja kita berdakwah kpd org yg bukan islam utk mengajak kpd Islam, tp yang lebih penting, kita juga perlu berdakwah kpd org yg sudah sedia islam, supaya dpt bersama2 memahami Islam yg sebenar, dan mengikut segala ajarannya.. Segala apa yg kita lakukan perlu dijaga. Bukan sahaja utk diri kita sendiri, tapi kita membawa imej Islam di mata org lain. Kalau kita sebut je yg Islam itu bagus, tapi tak menunjukkan bukti, susah org nk percaya..

Oleh itu, marilah kita sama2 muhasabah balik diri kita, adakah kita telah menunaikan tuntutan syahadatul-haq ini.. Jika belum, sama2lah kita berusaha utk menunaikannya. Bekerjalah! Sesungguhnya Allah melihat apa yang kalian lakukan untuk agamaNYa..
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh…” (At Taubah:111 )

NuurIlahi